Khasiat Sup Kaki Ayam dengan Kurma Merah & Herba Lain

8:47 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cuaca sejuk di LD. Rasanya di tempat lain pun begitu juga. Maklumlah musim hujan sudah tiba.  Cerita tentang sejuk-sejuk, kalau masuk dapur memang berselera sungguh hirup kuah sup panas!

Amie sempat renih sup ayam dengan kurma merah, tapi bukan guna kaki ayam @ ceker. Apabila badan letih, penat bekerja siang dan malam, eloklah kembalikan tenaga dengan menghirup sup yang masih panas. Salah satunya ialah sup kaki ayam. 

Sebelum itu, mari kita baca: 1001 KHASIAT KAKI AYAM by DR. RIZAL ABU BAKAR

Antara khasiat kaki ayam yang dikongsikan oleh Dr. Rizal Abu Bakar termasuklah:
Kaki ayam ni ramai yang tolak tepi. Mungkin tak ‘terliur' dengan bentuknya. Macam alien pun ada jugak. Ada yang cakap ‘geli' sebab makan kaki ayam tak pakai selipar. Namun, do not judge a book by its cover bak kata orang putih. 

Kena fokus khasiat sebelum menilai luaran. Kalau sesiapa yang nak kulit cantik maka kaki ayam wajib ada dalam senarai diet.

Kaki ayam terdiri daripada tisu penghubung iaitu kulit, tulang rawan, tendon dan tulang. Terdapat kira-kira 70% kandungan protein dalam kaki ayam. Ini menjadikannya padat dengan kandungan kolagen. Kolagen selalunya boleh dikenalpasti melalui teksturnya yang lembut dan chewy.

Kolagen adalah protein berstruktur yang memberi kekuatan serta bentuk kepada kulit, otot, ligamen dan tulang kaki ayam. Kolagen sering dikaitkan dengan kesihatan kulit serta rambut. Namun, kaki ayam juga bagus untuk kesihatan usus. Ramai yang tidak tahu tentang ini. Kolagen juga turut dikenali kerana fungsinya. Lindungi saluran pencernaan agar tidak terkena Leaky Gut Syndrome. Apa pula Leaky Gut Syndrome ni? Sindrom usus bocor di mana sel-sel pada dinding usus menjadi longgar. Akibatkan antigen, toksin dan bakteria jahat boleh memasuki saluran darah melalui ruang-ruang bocor. Apabila kolagen berkurang, maka timbul masalah seperti kulit kasar, kering dan bersisik. 

Perasan kan kenapa penduduk di negara Asia lain seperti Vietnam, Korea, Taiwan, Cina, kebanyakannya mempunyai kulit yang halus, mulus dan glowing.
Mereka gemar makan sup kaki ayam dengan menggabungkan bahan-bahan power seperti kurma merah, goji berries, ginseng dan herba lain.

Banyak juga Amie kongsikan resipi Sup Kaki Ayam dengan Kurma Merah. Bukan setakay kurma merah sahaja, tetapi banyak lagi herba lain yang boleh dicampurkan. Kadang-kadang kalau kehabisan kaki ayam, Amie gunakan bahagian lain seperti sayap atau peha ayam. Ada kalanya masak seekor ayam bulat!

Sup Kaki Ayam dengan Kurma Merah

Sup Ayam dengan Kurma Merah, Longan, Goji Berries & Cendawan Shiitake.

Sup Ayam dengan Kurma Merah, 


Baca di sini untuk resipinya:

Kurma Merah


Kata Dr. Rizal Abu Bakar lagi:
Dalam buku perubatan Cina karya Ben Jin, kurma merah bagus untuk seimbangkan tenaga di limpa dan usus. Bagus untuk hati. Dengan vitamin C yang tinggi, pengambilan kurma merah juga dapat tingkatkan sistem imun, remajakan semula kulit.

Goji Berries

Cendawan Shiitake



Pak Kei (Cantonese)

Pak Kei banyak tumbuh di Korea dan wilayah Shanxi dan juga Gansu di China. Akar pak kei yang berwarna kuning pucat ini dipercayai sangat baik for the treatment of poor blood curculation and fatigue. Pak kei juga disebut huang shi dalam bahasa Mandarin.

Wai San (Cantonese)

Wai san juga banyak didapati di Korea dan China terutama di wilayah Henan dan Hunan. Wai san di dalam gambar merupakan akar berwarna putih seperti kapur atau keperakan. Wai san atau shan yao (bahasa Mandarin) dipercayai sangat berkesan sebagai ubat menyegar dan menguatkan badan terutama for the kidneys and lungs, and prescribed for diarhoea, diabetes, and urinary problems.
Bahan untuk sup.

Amie tambahkan daging ayam (protein) dan kentang  (karbohidrat) dari Kundasang.

Masak Sup Ayam Kurma Merah dalam slow cooker.

Ini Sup Ayam Kurma Merah dan campuran beberapa jenis herba lain. Amie masak alam slow cooker. Kalau tak silap Amie masak pada hari minggu lepas. 

Sup Ayam dengan kurma merah dan herba lain.

Inilah hasilnya, daging ayam dan campuran herba seperti goji berries, pak kei dan wai san. Tidak ketinggalan kurma merah.


Sup Ayam dengan Kurma Merah

Yang ini pula, Amie masak petang tadi. Oleh kerana kaki ayam sudah habs, Amie gunakan peha ayam, ditambah kurma merah, longan kering, cendawan shiitake  dan goji berries. Harum semerbak aroma longan kering direnih bersama kurma merah. 

Kalau masak sup kaki ayam, Amie masukkan sekali harung dalam periuk, tetapi kalau Amie gunakan peha atau bahagian ayam yang lain, Amie masak masak dahulu herba yang lain. Setengah jam kemudian barulah masukkan peha ayam. Bukan apa, peha ayam kalau terlampau lembut, lain pula rasanya. Kalau kaki ayam, makin lembut makin sedap!

Mama Cella!
Bila lagi nak kongsikan menu sup kaki ayam dengan kurma merah?

13 comments

  1. Wah.. Sha tak pernah masak sup macam ini.. Nampak lebih berkhasiat..

    BalasPadam
  2. Saya banyak simpan kaki ayam, konon nak buat sup, tapi sampai ke sudahhh, hahaha. Terliur tengok sup ceker Kak Amie.

    BalasPadam
  3. Ceker ayam memang peberet wak
    Easak apa2 pun tak tolak

    BalasPadam
  4. sup kaki ayam dgn segala campuran sedap berkhasiat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak PI. Hirup kuahnya, berpeluh-peluh.

      Padam
  5. Sebab tu kot agaknya orang Asia lambat nampak berusia berbanding orang putih kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga kan Sal. Kulit orang Asia lebih lembab, berbanding kulit orang putih. Mungkin faktor suhu juga kan.

      Padam
  6. Dana biasa buat sup kaki dengan rempah biasa tu kak, tak pernah lagi guna herba cina macamni,. Boleh la dicuba nanti

    BalasPadam
  7. Saya antara golongan tolak tepi kaki ayam tu...akar putih tu nampak macam ubi kayu pula. Sedap jenis sup macam ni. Kalau saya nak buat, kaki ayam dilarang masuk periuk. hehe...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe