Ikan Kandaman Panggang & Sambal Tomato

11:38 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat menikmati cuti tambahan pada hari ini, dan seoga dapat dimanfaatkan bersama keluarga tersayang. Apa agaknya juadah tengah hari ini?

Agak lama juga dapur Amie tidak berasap. Entri kali ini merupakan entri tertunggak. Ceritanya sudah berlalu iaitu pada hari Jumaat lepas, hari cuti sempena PRU15. Pada hari itulah Fairuz kenakan kami di sini: ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-28

Seronok sungguh pada itu kerana dapat makan tengah hari bersama Abang Farid dan Fairuz. Cuma Fuad seorang yang tidak bersama kami. Sebaik sahaja semuanya pulang dari menunaikan solat Jumaat, hidangan sudah tersedia di atas meja.

Amie panggang ikan kandaman, bungkus dalam aluminium foil. Oleh kerana sudah ada sambal tomato, Amie tidak sediakan kicap lada. Cukuplah cecah ikan kandaman panggang tadi dengan sambal tomato.


Ikan Kandaman


Ikan yang Amie panggang tidak garing, sebab kami sukakan isi ikan yang berjus. Nampak matanya sudah tersembul menandakan ikan sudah masak.

Lauk-pauk hidangan makan tengah hari.

Sambal Tomato

Sambal tomato ini Amie tambahkan udang kering. Amie gunakan cili padi, bawang besar, bawang putih dan tomato. Untuk rasa lebih masam, Amie masukkan asam keping. 

Sup Ceker Kurma Merah & Longan Kering

Sup ceker @ kaki ayam ini Amie tambahkan kurma merah dan longan kering. Abang Farid asyik sebut : Sedapnya bau sup. Gandingan kurma merah dan longan serta hirisan halis membimbulkan aroma yang semerbak! Memang tak senang dibuatnya ketika menunggu sup ceker ini direnih.

Isi Ikan Kerapu Kering & Petai Goreng

Untuk memenuhi selera sendiri, Amie goreng isi ikan kering kerapu bersama petai. Aduhai! Makan begitu saja dengan nasi, tersangatlah nikmatnya! Lupa lauk lain di depan mata.

Mangga Udang

Kebetulan pula mangga udang di belakang dapur ada yang sudah masak. Kita petik sebiji dan timbang. Beratnya 1.7 kg. Bolehlah kupas untuk dijadikan pencuci mulut. Selebihnya boleh dibuat jus.

Mangga Udang

Hari ini, hanya mampu mengimbau kenangan dan menghitung rindu. Moga Abang Farid di Perak, Fuad di Selangor dan Fairuz di Kota Kinabalu sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Tak sabar menanti hari untuk bersua pada minggu depan.

16 comments

  1. selamat ulang tahun perkahwinan amie moga tiasa bhgia bersama menuju jannah

    BalasPadam
  2. cantiknya warna ikan ni...mcm ikan salmon..

    BalasPadam
  3. nampak sedap semua hidangan kak amie..

    BalasPadam
  4. Ikan kandaman ni ikan laut ke ikan sungai kak? Mcm ikan merah pulak tp saiznya kecik

    BalasPadam
  5. ikan kandaman tu macam ikan merah ye kak..tapi warnanya lagi terang kan

    BalasPadam
  6. hari bahagia ye kak, mesti la teringat kan. Geram tengok ikan kandaman tu besar betul dan mesti isinya lembut gebu

    BalasPadam
  7. sekali tgk ikan ni ingatkan kecil tapi besar juga saiznya

    BalasPadam
  8. Cantiknya ikan kandaman...merah macam kerapu bara..
    Semua lauk menggoda selera
    Setiap kali sebut atau terbaca nama mangga udang pasti terbayang mangga udang dipohon cikgu..Nanti kongsikan juga gambar pohonnya cikgu..pasti sudah dewasa pohon mangga udang tu agakny🤭

    BalasPadam
  9. sy igt warna merah ikan ni akn berubah bla dah masak. selain panggang, ikan ni jg sesuai utk msk apa ya kak?

    BalasPadam
  10. Apabila semua ada masakan pun bayak.
    Anak-anak bertebaran dan duduk berjauhan daripada ibubapa.

    BalasPadam
  11. Sedap x ikan tu kak...manis x isinya....nampak sedap tu...

    BalasPadam
  12. Selamat ulangtahun perkahwinan buat kak amie dan suami..
    Unik betul ikan tu.. Rasanya tak pernah lagi terjumpa disini.. Merah betul warnanya..
    Sambal tomato tu di masak ke kak?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe