Antologi Anekdot Sayang Abah

12:56 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sementara menunggu Encik Suami selesai solat Jumaat bersama Firdaus, kita buka Mr. lappy dan taip apa yang patut untuk dijadikan entri. Encik Suami hantar mesej, maklumkan selepas solat Jumaat, terus ke salah sebuah sekolah di bawah seliaannya untuk ambil invois. Firdaus pula, hari ini hanya sekolah agama di sebelah pagi. Sebelah petang pula, sekolahnya ambil cuti peristiwa sebab dua hari berturut-turut diadakan sukan tahunan di stadium LD. Amie minta Encik Suami bawa kami makan tengah hari di luar.

Berbalik kepada tajuk entri, Antologi Anekdot Sayang Abah selamat menyeberangi Laut China Selatan dari tanah sanun ke Lahad Datu pada bulan Ogos lepas. Namun begitu, hari ini barulah sempat dijadikan entri, kongsi hasil tukangan sendiri serta ilham rasa 29 rakan penulis yang lain.


Tahniah dan terima kasih sekalung budi buat penyelenggara antologi Anekdot Sayang Abah, Puan Nor Azreen Abu Bakar dan penerbit SHE atas kelahiran buku yang dinanti-nantikan ini.
Rasa sangat terharu menghayati bait bicara pada perenggan 8 yang menyentuh hasil tukangan kita di bahagian Kata Pengantar oleh Tuan Nurimas SN:
Di samping memori yang bernada lucu, gembira dan menyenangkan, ada juga kenangan yang menggamit rasa hiba dan menghiris rasa. Dalam Bapa, Andainya Kau Mendengar Ketika Ini nukilan Salami Simon, juga beberapa karya yang lain yang membangkitkan rasa kesal, kasih dan sayang yang amat sangat terhadap insiden yang pernah dialami bersama ayah.


Karya Amie berjudul Bapa, Andainya Kau Mendengar Ketika Ini mengandungi 4 anekdot di bawah tajuk kecil:
  • Si Merah
  • Mengaji Atau Tidur?
  • Sup Ayam Kampung
  • Kurang 10 Sen
Kisah Si Merah menceritakan setiap petang Amie sabit rumput di kebun, penuhkan guni besar untuk makanan lembu peliharaan ayahanda. Guni penuh rumput ayah akan ikat di belakang basikal. Ayah kayuh basikal, dan kita membonceng di belakang, duduk atas guni rumput. Usia kanak-kanak kita pada waktu itu, menyebabkan timbul rasa malu sepanjang perjalanan pulang ke rumah kerana kanak-kanak di jalanan yang sebaya akan memandang kita. Suatu hari kita bohongi ayah, dengan mengatakan tidak sihat. Jadi, pada hari tersebut terlepaslahj dari rasa malu duduk atas guni rumput ketika membonceng basikal. 

Rasa bosan pula berada di rumah kerana menunggu ayah pulang dari kebun. Kita suruh Kak Ros ambil lembu nama Si Merah yang ditambat di tepi sungai untuk bawa pulang ke kandang. Si Merah buat hal! Tali tambatan yang dipegang Kak Ros terlepas dari pegangan. Si Merah dan lari ke tempat lain. Kebetulan ayah sampai ke rumah membawa seguni rumput. Ayah dapat kejar Si Merah dan bawa ke kandang. Kak Ros duduk menangis di bawah pokok getah kerana jari tangannya terseliuh kesan tarikan tali di leher Si Merah yang hendak melepaskan diri.

Sehingga hari ini Kak Ros tidak tahu kita membohonginya, dan arwah ayah pun tidak pernah tanya siapa yang suruh lepaskan Si Merah dari tambatan.

Jahatnya Amie waktu kanak-kanak dulu... ahaks!


Kisah Sup Ayam Kampung pula mengenang kisah zaman dahulu, dapat makan ayam setahun sekali apabila tiba hari raya. Kalau nak makan daging lembu, kenalah tunggu majlis kahwin pula. Suatu hari, guru di sekolah kita suruh pulang awal, pukul 3 petang kerana mereka bermesyuarat. Biasanya ayah akan ambil kita pukul 5 petang dengan menaiki basikal. Hari tersebut, kita jalan kaki sampai ke rumah. Ayah terkejut kerana beliau baru sahaja selesai solat asar, dan ketika turun tangga, kita sudah sampai halaman rumah! 

Ayah terus suruh bonda kita tangkap seekor ayam. Ayah sembelih dan petang itu kami makan nasi lauk sup ayam! Bonda masak sup sahaja supaya seisi keluarga dapat merasa daging ayam dan kuahnya!

Betapa sayangnya arwah ayah terhadap kita!
Gara-gara balik sekolah jalan kaki sampai rumah, terus tangkap ayam buat lauk!

Mengaji Atau Tidur?

Kisah Mengaji Atau Tidur, merupakan pengalaman zaman kanak-kanak, sering tertidur sewaktu belajar mengaji al-Quran. 


Kurang 10 Sen.

Paling hiba, apabila kita baca semula  nukilan kisah Kurang 10 Sen!

Meminjam kata-kata Tuan Nurimas SN:
Kapan pun boleh dihadap (Anekdot Sayang Abah) tanpa menjejaskan ruang waktu yang panjang dan mengganggu tugasan hakiki untuk ketawa sendiri-sendiri atau menitiskan air mata sepi. Suka dan gembira, duka dan lara serta insaf dan terfana, segalanya akan menghiasi deria indera usai mengkhatami naskhah ini.




10 comments

  1. Tersentuh rasa membaca kisah kak Amie dan arwah ayah, terutamanya kisah kurang 10 sen tu. Semoga arwah ayah kak Amie tenang di alam sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila dihayati semula, memang tersentuh hati kerana tidak sedar perbuatan kita waktu itu.
      Amin ya Allah ya Rahman ya Rahim. Moga arwah ayah tenang di sana.

      Padam
  2. sedih..kenangan dengan ayah akan kekal jadi teman kita sentiasa.moga kenangan ini akan terus hidup dalam hati kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Tiada duanya. Ayah di dunia dan di akhirat.

      Padam
  3. Kenangan yang dirindui..Kasih sayang ayah selamanya. Sanggup buat apa saja untuk bahagiakan si anak. Pengorbanan seorang ayah. begitulah...tak terbalas rasanya jasa seorang ayah. Hanya berdoa supaya Allah dapat memberikan sebaik baik ganjaran kebaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya tinggal kenangan.
      Tidak mungkin akan berulang kembali. Hanya mengharapkan belas kasihan-Nya untuk bertemu di syurga-Nya....in syaa Allah.

      Padam
  4. Itulah kenangan. Saya baca pun teringat kenangan yang dicipta bersama abah. Hargai masa bersama.

    BalasPadam
  5. Allah.. Baca pun tumpang sayu dan sedih, tapi di sebalik tu ada kisah manis untuk dikennag. Bukan jahat kak Amie, nakal je

    BalasPadam
  6. Ala....
    Saya sudah terjun ke dalam ini cerita...bersama menyusur jalan cerita cikgu sambil menyoroj dibalik pena..
    Terasa ceritanya begitu dekat di hati..Rasa ingin menangis sepuasnya tetapi tidak tahu kenapa harus menangis..😭

    BalasPadam
  7. betapa kita nakal kan kak, masa tu kita tak boleh nak pikir pasal baik buruk lebih kepada pikir diri sendiri je nak seronok dan gembira je. Cerita kurang 10 sen tu, aduh dana nangis baca... paham kak sebab pernah lalui masa kecik dulu, betapa kita tak tahu menilai kesusahan mak ayah kita. Tapi bila dikenang semula mmg sedih pilu kan, betapa tak bertimbang rasa nya kita.... kita masih tak paham kan

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe