Lagi dan Lagi Sambutan Ulang Tahun

4:32 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini 23 November 2022 merupakan hari ulang tahun kakak kita di Batang Berjuntai Selangor. Dan hari ini juga kakak kita pencen dari perkhidmatan awam! Selamat bersara kak!

Di LD, kita masih lagi cerita tentang sambutan ulang tahun kita yang jatuh pada 16 November 2022. Ulang tahun kita sudah sambut dengan rakan-rakan sekerja di sini: HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ME tepat pada tarikhnya. Keesokan harinya pula, pada 17 November 2022, kawan-kawan ajak makan tengahari di sini: YB BELANJA MAKAN SEMPENA BIRTHDAY GIRL.

Sebelah malamnya pula, anak-anak kelas subjek kita ajak makan makan di Home Steak Home. Terima kasih yang tak terhingga kerana berusaha raikan di tempat makanan kegemaran cikgu. 

Kek Aiskrim Buah-buahan 

Kelas Subjek PM memang tidak ramai, dan semuanya terdiri daripada murid non-muslim. Terima kasih Thien, Nikkor, Pang, Ng, Bryan, Faesal, Tey dan Jackie. Kita tidak ajar Jackie dan Faesal, tapi mereka suka-suka datang pada malam tersebut.


Malam itu cikgu ikut sahaja arahan. Disuruh potong kek, cikgu pun potong. 

Kek Aiskrim Buah-Buahan

Jackie dan ang pau untuk kita.

Pertama kali seumur hidup dapat ang pau sempena hari jadi! Terima kasih Jackie! Terkejut dan teruja tau! 


Terima kasih anak-anak Subjek PM 4 Inisiatif.


Terima kasih belanja cikgu makan malam. Terima kasih kek aiskrim buah-buahan yang sangat sedap. Dan terima kasih ang pau! Belajar rajin-rajin, dan semoga berjaya dalam SPM 2023/2024.

Tey, Faesal, Jackie, Nikkor, Thien, Pang, Bryan & Ng Choon Lam.


Bersama murid Subjek PM 4 Inisiatif

Oleh kerana rasa sangat terharu, kita pun minta biras buatkan seekor ayam panggang dengan pulut kuning. Kami makan di dalam kelas waktu rehat bersama murid subjek PM 4 Inisiatif.

Pada 17 November 2022 itu juga, selepas rehat, ketika murid-murid Subjek PM 4 Dedikasi sedang menyiapkan latihan, kita duduk di belakang kelas menyemak kertas peperiksaan percubaan SPM. Tiba-tiba semua murid menyanyikan lagu 'Happy Birthday'. Eh, kita pun terkejutlah. Terus terlepas pen merah dari tangan dan setelah selesai menyanyi, kita ucapkan terima kasih. 
Ketua kelas bertanya, bolehkah mereka bawa kek untuk kita. Mereka hendak sambut di kelas pada minggu depan sebab 18 November 2022, Jumaat  diisytiharkan cuti am sempena pilihan raya.
Cikgu suka makan kek apa? Tanya Angelika, ketua kelas.
Aduhai!
Terharunya.
Hari ini 23 November 2022, bersamaan hari Rabu, Amie sangka Angelika tidak hadir. Amie lihat Blessie meletakkan minuman kotak dan dessert di atas meja di belakang kelas.
Sesi PdP diteruskan dengan membuat ulang kaji untuk peperiksaan akhir tahun. Ketika sedang menulis soalan esei di papan putih, tiba-tiba Angelika muncul di pintu kelas menatang sebiji kek yang lilinnya sudah dinyalakan api. 

Angelika membawa kek ulang tahun.



Kebetulan pula pengetua berada di pintu pagar, berhadapan dengan kelas. Amie meminta izin daripada pengetua untuk ambil sedikit masa, agar murid dapat melaksanakan hasrat menyambut ulang tahun guru subjeknya. Pengetua memberi keizinan

Kek Aiskrim Buah-Buahan

Sebenarnya, apabila murid-murid 4 Dedikasi merancang untuk bawa kek ke sekolah, kita pun terfikir untuk bawa sesuatu untuk mereka juga. Sekali lagi kita minta jasa baik biras untuk buatkan pulut kuning ayam panggang. Awal pagi lagi biras kita menyiapkannya dan apabila dihantar ke sekolah, pulut kuning ayam panggang masih panas lagi!

Pulut Kuning Ayam Panggang

Darren, Woo She Jet, Lim, Oliver, Edrian, Samuel, Elaine, Blessie, Michelle, Asweera Sweetha &Yong Chee Xuan.

Terima kasih anak-anak subjek PM 4 Dedikasi. Rajin-rajin buat ulang kaji untuk peperiksaan akhir tahun. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang.

Kek Aiskrim Buah-Buahan

Nampaknya kedua-dua kek berisi aiskrim buah-buahan. Kedua-dua kelas memang tanya, kita suka makan kek apa. Kita jawab, apa sahaja jenis kek cikgu makan. Mungkin selalu melihat kita kongsi buah di dalam kelas, itu sebabnya mereka pilih kek aiskrim buah-buahan! Terima kasih banyak-banyak! Kedua-dua kek memang sangat sedap!

Kawan-kawan di bilik guru makan kek.

Kita bawa sepotong kek ke bilik guru, dan rakan-rakan yang ada di situ mencicipi seorang sedikit. Usik-usik kedengaran:
Hai! Sambut ulang tahun tujuh hari tujuh malam tak habis lagi!
Eh, ulang tahun jatuh pada 16 November, hari 23 November!  Hari ini masuk hari ke lapanlah!

14 comments

  1. wahhhh seronoknyaaaaa.... cikgu kesayangan niiii

    BalasPadam
  2. Terharu saya baca sambutan par pelajar.
    Saya baru tahu Puan Amie ajar subjek PM.

    BalasPadam
  3. Loads of love dari anak-anak murid 🥰

    BalasPadam
  4. Betullah, orang baik ramai sayang. Tentu Cikgu Amie sangat baik orangnya. Kita pun nak ucap selamat hari lahir pd hari yg ke - 9 selepas hari jadi.

    BalasPadam
  5. ramai yang sayang cikgu amie...berbahagia selalu ye akak..

    BalasPadam
  6. Seronoknya baca. Murid berbilang bangsa yang sayang & menghargai cikgu. Tahniah.

    BalasPadam
  7. ramai sayang cikgu ni..patutlah sampai seminggu sambut hari jadi. hehe

    BalasPadam
  8. Seronok baca..meriah betul sambutan hari lahir...tahniah kak amie...

    BalasPadam
  9. gembiranya hati kak, diraikan keluarga, kawan-kawan dan juga anak murid. Siap ajak makan di restaurant kegemaran lagi. Mesti antara cikgu kesayangan ni

    BalasPadam
  10. Seronok tengok cikgu disayangi murid². Sebab tu sambutan harijadi sampai 7hari 7malam 😊

    BalasPadam
  11. Masyaa Allah...
    Limpahan rezeki untuk Cikgu...
    Agaknya inilah antara ganjaran kepada Cikgu yang selalu berkongsi rezeki dengan ramai orang

    BalasPadam
  12. bagusnya anak2 murid kak amie. meriah sambutan tahun ni ya..

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah.. Ramai yang sayang dan meraikan ulang tahun..
    Sedap kek aiskrimnya.. Sha pula yang teruja bila tahu kak amie terima angpau sempena hari lahir..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe