Resipi Sup Ayam dengan Kurma Merah untuk Carneyz & Puan Hazel

9:36 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom ikut kita hantar semangkuk Sup Ayam dengan Kurma Merah ke rumah Carneyz (Coffee Break with Me) dan Puan Hazel (Hari-Hari yang Kulalui...). Kedua-dua adik kita yang manis ini pernah meminta kita kongsikan resipi sup ayam (ceker) campur kurma merah. Nanti kita kongsikan di bawah ya.

Sup Ceker dengan Lobak Merah &Kurma Merah


Petang tadi mendung hingga ke senja. Selepas bersihkan diri, kita berehat di ruang tamu tetapi akhirnya terlelap jua! Namun begitu, sempat bersilat di dapur sebab teringat kelmarin Encik Suami hendak makan ikan kembung panggang dan sayur pucuk betik. Sebaik sahaja siap masak, Encik Suami dan Firdaus pun sampai. Sebaik sahaja Encik Suami buka pintu rumah, terus berkata: Sedapnya bau masakan!

Apa yang sedap itu? Agaknya aroma yang bercampur-campur dari dapur itulah yang menghasilkan bau yang menggoda selera. 

Ikan Kembung Panggang

Inilah ikan kembung bakar yang Encik Suami nanti-nantikan. Amie lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit serta renjis dengan sedikit minyak. Amie balut dengan daun pisang sewaktu memanggangnya.


Amie hendak sediakan air asam, nak bubuh sedikit belacan. Sayangnya puas mencari si belacan, entah ke mana dia menghilang! Akhirnya Amie gantikan dengan budu. Sedaplah pulak air asam budu!

Air Asam Budu

Sayur Pucuk & Bunga Betik Tumis Pedas

Encik Suami minta kita jangan celur bunga dan pucuk betik. Katanya terus saja tumis. Biar rasa pahit, sebab yang pahit itu ubat. Tapi kita engkar kehendak Encik Suami. Kita hiris pucuk betik, kita ramas dengan garam sehingga berair sebelum mencelurnya! Encik Suami tidak bertanya pun sama ada kita celur dulu atau terus tumis. Habis licin diratahnya sayur pucuk betik itu!

Sayur Pucuk & Bunga Betik Tumis Pedas.

Kita selalu terjumpa sayur pucuk & bunga betik tumis terutama di warung-warung makanan yang diusahakan oleh orang Bugis. Sewaktu kita ke pasar tani pun, ada peniaga makanan jual sayur ini. Mungkin ramaiyangtidak menggemarinya kerana rasanya yang pahit. Bagi kami, yang pahit itulah yang kami cari. Resipinya ada di sini :Pucuk Betik Tumis Pedas


Sebelum ini Amie selalu kongsikan resipi sup kaki (ceker) atau ayam dengan kurma merah. Amie pelbagaikan bahan. Kadang-kadang Amie gunakan labu kundur dengan kurma merah. Selain itu Amie pernah campurkan labu air, kentang, longan kering, akar teratai dan pelbagai lagi. Biasanya sup paling asas Amie hanya gunakan lobak merah dengan kurma merah. Ayamnya pula, bolehlah pilih bahagian yang disukai. Ada yang tak makan kaki ayam (ceker) jadi bolehlah gunakan bahagian lain. Amie suka gunakan ceker kerana ceker lebih lembut sertatidak hancur kalau direnih lama. Rasanya pun lebih sedap. 

Kurma merah mengandungi banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan. Bolehlah rujuk Pak Google untuk lebih lanjut. Ada peristiwa yang menyebabkan Amie selalu masak sup ayam bubuh kurma merah. Sewaktu  mengandung, biasanya bacaan hemoglobin akan menurun. Dengan mengamalkan minum air rebusan kurma merah, bacaan hemoglobin menjadi cantik! 

Eh, cerita tentang mengandung pulak dah!
Mari Amie kongsikan resipi mudah Sup Ayam dengan Kurma Merah (dan Lobak Merah). Kalau rajin, bolehlah selalu renih sup begini. Boleh hirup kuahnya sahaja, atau tambahkan daun salad untuk lebih menikmatinya. 

Kurma Merah

Untuk mendapatkan rasa sup yang sedap, eloklah rebus terlebih dahulu lobak merah bersama kurma merah. Ayam atau bahagian ayam yang dipilih boleh masukkan kemudian. Ini kerana perlu memakan masa yang agak lama untuk memecahkan kurma merah (renih). Biasanya rebus dahulu kurma merah bersama lobak merah selama 10-15 minit, kemudian barulah masukkan ayam / ceker /bahagian ayam pilihan. Kalau masukkan ceker, lagi lama direnih, lagilah sedap kuah supnya sebab sudah sebati dengan rasa kurma merah yang merekah! Dahulu, sewaktu semua anak ada di rumah, Amie akan renih sup begini di dalam slow cooker.

Sup ini tidak memerlukan sebarang rempah atau sup bunjut. Sesuai dinikmati oleh anak-anak dan orang dewasa serta orang tua.


Bahan-bahan:
  • 400 gram ayam (pilih bahagian yang disukai - Amie suka gunakan ceker sebab tidak hancur kalau direnih lama) - bersihkan
  • 15 biji kurma merah
  • 2 batang lobak merah - potong ikut suka
  • 2 labu bawang besar - belah 6
  • 7 ulas bawang putih - buang kulit
  • 2 cm halia - hiris
  • 2 liter air
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Jerang air di dalam periuk.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, kurma merah dan lobak merah.
  3. Gunakan api besar. Biarkan mendidih selama 10-15 minit.
  4. Masukkan kaki /ceker /bahagian ayam pilihan. Biarkan seketika.
  5. Tutup periuk dan perlahankan api dapur.
  6. Renih lebih kurang sejam.
  7. Sekiranya kurma merah sudah merekah, taburkan garam / perasa pilihan.
  8. Kacau beberapa kali.
  9. Padamkan api dapur.
  10. Hidangkan panas.
Jika sukakan sup yang lebih meriah, boleh tambah bahan lain seperti labu kundur, betik mengkal dan sebagainya.


Jemput makan.
Bismillah.


16 comments

  1. Sedap pula masakan sup macam ni, boleh try lah nanti. Juga tumis bunga betik nampak rare. Biasa makan pucuk daun betik je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ringan saja rasa sup ini, tidak ada rempah. Silakan cuba ye Faizah.

      Padam
  2. Terima kasih Kak Amie, kongsikan resepinya <3 Insha Allah bila dah buat saya akan share hasilnya di blog. Resepi Kak Amie mmg selalu buat saya terliur hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kasih Carneyz.
      Sama-sama kongsi resipi. Moga hasilnya dapat dinikmati bersama family.

      Padam
  3. Alaaaa..bestnya, bunga betik tu mmg x termkn la...pahittttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah biasa makan yang manis, dah berumur begini kami biasakan yang pahit pula sebab yang pahit itulah ubat.

      Padam
  4. sedap di hirup kuah sup nya tu kak... sayur bunga betik tak pernah dana cuba masak atau rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Dana. Sedap hirup panas-panas. Terasa manisnya kurma merah dan lobak merah.

      Padam
  5. Kurma merah ini selalu nampak dalam masakan Cina. Tidak sangka Puan Amie selalu guna kerana ada pengalaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakak ipar saya kahwin dengan orang Cina. Banyaklah resipi masyarakat Cina yang menyihatkan dikongsi bersama.

      Padam
  6. Masak secara sihat ni. Tak tumis dengan minyak pun sup-nya. Nanti saya pun nak cuba masak sup macam ni. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan Nur. Dalam seminggu biasanya saya buat 2-3 kali.

      Padam
  7. Kita pun sebenarnya teringin nak cuba..cuma nak tanya resipi takut malu tak buat🤭
    Ni kalau ada kerajinan dan ada bahan boleh la tumpang tengok resipi🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak banyak bahannya tu Mama Cella. Resipinya pun ringkas sahaja, cuma renihnya tu agak lama nak bagi pecah kurma merah.

      Padam
  8. Macam sedap je ikan panggang macam tu. Nampak macam bergoreng pulak. Belum pernah lagi masak sup ayam kurma merah. Rasa macam belum pernah makan pun ye jugak. Curious nak tahu rasanya. Nanti nanti bolehlah masak.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe