Singgang Kuning Ikan Putih

2:58 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini seawal pukul enam pagi, kita sudah keluar rumah untuk menjalankan amanah sebagai ketua bahagian penyediaan minum pagi sempena kem kepimpinan di sekolah. Seawal pukul 6:30 pagi kami mula bertungkus-lumus  menyapu roti dengan kaya untuk lebih kurang 320 peserta. Roti yang sudah disapu kaya dimasukkan pula ke dalam plastik dan diselotape. Lebih kurang pukul 11 pagi, selesailah tugas kumpulan kami. Kemudian menyaksikan pula gotong-royong kumpulan lain sedang memasak untuk hidangan tengahari. Aduhai! Esok giliran kumpulan kami pula yang akan menyediakan makan tengahari!

Oh, tak dapat dibayangkan betapa sibuknya, betapa letihnya hari esok.
Jadi, lupakan saja. Lupakan dulu semua itu.
Sampai ke rumah, kita terus tanak nasi dan olah ikan putih, rebus-rebus jadi ikan singgang. Sekejap lagi nak lelapkan mata. Nak rehatkan badan. Malam nanti siapkan tugas-tugas hakiki yang perlu diselesaikan. Esok pagi bersama tujuh orang ahli kumpulan, perlu banyak tenaga  masak hidangan tengahari untuk 320 peserta kem kepimpinan!

Singgang Kuning Ikan Putih.

Singgang Kuning Ikan Putih

Bahan-bahan:
  • 5 kepingan ikan putih
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 keping asam gelugor - boleh gunakan bancuhan air asam jawa
  • 7 batang kacang bendi - kerat dua
  • 5 biji tomato kampung
  • 7 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1/2 labu bawang besar - mayang kasar
  • 2 cm kunyit hidup - hiris
  • 2 cm halia - hiris
  • 800 ml air
  • garam / perasa pilihan


Cara memasak:
  1. Jerang air di dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.
  2. Masukkan kesemua bahan kecuali ikan, kacang bendi dan tomato.
  3. Setelah kuah mendidih sekali lagi, masukkan ikan bersama kacang bendi.  Biarkan lima minit sehingga ikan masak.
  4. Kemudian masukkan tomato kampung.
  5. Tambahkan garam / perasa pilihan
  6. Kacau beberapa kali.
  7. Padamkan api dapur.

12 comments

  1. Selamat menjamu selera( pinjam ayat WP) dan selamat beradu..Semoga esok dimudahkan urusan memasak lunch tu cikgu..
    Ramainya macam masak kenduri la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mama Cella. Memang ramai peserta kem kepimpinan sekolah.

      Padam
  2. Ikan singgang dipadankan dengan ulam mangga muda boleh kecur air liur dibuatnya.

    Selamat berehat Kak Amie, dan selamat bertugas memasak esok hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Carneyz. Betul tu, padanan yang sangat menyelerakan.

      Padam
  3. Semoga dipermudahkan dan diberi keafiaatan dalam menjalankan tugas buat Kak Amie dan kawan2. Nampak sedaplah singgang kuning ikan putih tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih SK. Masak tu tidaklah susah, yang ambil banyak masa sudah tentulah waktu menyediakan semua bahan masakan tu kan SK.

      Padam
  4. Tunggu pencenlah baru dapat berehat sepenuhnya

    BalasPadam
  5. Wah sedap ni . Antara menu feveret ccl juga . Campak2 je bahan ..memang mudah nk masak

    BalasPadam
  6. Suka singgang juga. Memang kena banjir kan nasi

    BalasPadam
  7. Sedapnya singgang..memang laju makan nasi kalau pekena kuah singgang.

    BalasPadam
  8. Kalau tengah penat, masak singgang paling simple dan sedap

    BalasPadam
  9. Masak singgang paling sedap dan mudah...hirup kuah dia huiiii...sodap

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe