Rewang (Kem Kepimpinan) AJK Minum Pagi

3:47 PTG

Bismillahirrahmanirrahim. 
Kem Kepimpinan sudah berlalu, namun penatnya masih bersisa! Sabtu 13 Ogos 2022, Amie bersama ahli kumpulan bertugas menyediakan minum pagi. Sebagai ketua kumpulan perlulah tampilkan diri sebagai suri teladan... ewwaaahhh! Masuk bakul berlubang pulak dah. 

Seawal pukul 6:30 pagi, kami sudah memulakan tugas menyediakan roti dengan sapuan kaya untuk lebih kurang 320 orang peserta. Semuanya perlu disiapkan pada pukul 9 pagi. Alhamdulillah, kumpulan kami dapat menyiapkannya sebelum pukul 8:30 pagi. Dua jam kami bertungkus-lumus menyapu kaya pada 66 bungkus roti dan memasukkannya ke dalam plastik kecil dan kemudian selotape dengan kemas. Setiap seorang murid dapat empat keping roti. 


Sementara menunggu yang lain tiba, kami memulakan tugas menyapu roti dengan kaya.

Sebahagian daripada 66 bungkusan roti.


Rakan-rakan yang lain mula berdatangan dan terus membuat kerja masing-masing.


Bungkusan kecil roti yang akan diagihkan kepada peserta Kem Kepimpinan yang terdiri daripada ketua dan penolong kelas, pengawas disiplin, pengawas pusat sumber, ketua-ketua unit berunifom, kelab dan persatuan.

Kuih-muih yang Amie beli di gerai.

Oleh kerana pihak pentadbir telah mengumumkan tiada sarapan pagi disediakan, jadi kami membawa bekalan masing-masing. Maklumlah tidak sempat bersarapan di rumah. Amie singgah di gerai berhampiran rumah. Sempat beli serba sedikit kuih muih.


Ada kuih lenggang @ kuih ketayap, bingka labu, kuih bakar, karipap, bihun goreng dan entah satu lagi dalam gulungan daun pisang seperti pulut berinti kacang, apa namanya pun tak tahu. Amie pun tak sempat makan. Hanya jamah beberapa sudu bihun goreng saja.


Tidak lama kemudian berdatanganlah kawan-kawan bersama oleh-oleh bawaan masing-masing. Yus membawa sekotak telur ayam serta sedozen roti. Jane mengirim brownies (Jane tak dapat hadir kerana hantar anaknya mendaftar kolej di Mersing).


James datang bersama bungkusan nasi lemak dan nasi kuning. Nasi kuning bungkus daun pisang menjadi rebutan kawan-kawan!

Nasi lemak.


Dapatlah sebungkus nasi kuning daun pisang.


Jom makan nasi kuning.


Sue datang dengan membawa kuih-muih seperti karipap.


Ada kuping gajah dan kuih kasturi.


Ada sosej gulung.


Popia pun ada.


Sinar membawa tembikai.


Isi tembikai rasa manis! Tak puas makan sepotong, jadi makanlah berpotong-potong!


Eh, kita kena sediakan minum pagi tapi kita pula yang sibuk urus sarapan sendiri ... ahaks!
Setelah semua roti diagihkan kepada semua peserta, giliran kami pula untuk berehat dan isi perut. Nano sediakan teh kosong. Kami bawa air mineral dan masak dalam cerek elektrik. Apabila makan ramai-ramai teh kosong pun rasa sangat sedap. Telur yang Yus bawa, kami goreng dan makan dengan roti!

Jom jengok-jengok jiran kami (AJK Makan Tengahari). Kumpulan ini berada di belakang surau berhampiran dengan tempat mencuci (mudah dapat bekalan air). 

Alamak, seram! Melihat betapa banyaknya beras yang perlu dimasak, dan ayam yang perlu diolah, terbayanglah pula giliran kami keesokan harinya pula.


Sebanyak 60 kilogram ayam perlu dimasak. 
Setiap kuali boleh masak 20 kilogram ayam.
Jadi, kena masak 3 kuali!


Sebahagian sayur kobis yang sudah dihiris.
Selamat memasak AJK Makan Tengahari.
Kami simpan tenaga untuk kerahan kerja pada keesokan hari pula.

24 comments

  1. Seronok kan Kak Amie bila ramai- ramai buat kerja rewang macam ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ringan sama dijinjing, berat sama dipukul. Seronok bersama-sama kan SA.

      Padam
  2. Hehe tunjuk bakat memasak esok Puan Amie. Tidak sabar tengok menu tengahari yang disediakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Semuanya dapat diselesaikan seadanya.

      Padam
  3. Seronok tengok duk ramai bekerjsama macam ni kan K.Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, kerja dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan.

      Padam
  4. seronok kan amie, lama dulu kita diasingkan dari aktiviti begini.. Alhamdulillah kini kembali kepada fitrah kehidupan insan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sekarang sudah boleh berkumpul semula.

      Padam
  5. Bila ada aktiviti luar kelas, cikgu2lah yang sibuk kerja lebih masa tanpa gaji untuk mempastikan program berjalan lancar. Ada ibu bapa yang masih tak nampak pengorbanan guru2

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah, akan berusaha buat yang terbaik untuk anak-anak didik.

      Padam
  6. aduh bestnya rewang masak2 gini kak... mesti meriah sambil borak sambil buat keje...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak memborak membawang memang tersangatlah bosannya buat kerja begini.

      Padam
  7. Seronok kerja2 rewang ni bila buat dgn geng2 sekepala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa... kerja rewang begini yang tak sekepala pun terus jadi sekepala hihihiii.

      Padam
  8. mcm nak kenduri kan..seronok ramai2 masak mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila nampak kuali besar macam kawah memang terbayang terus suasana kenduri kan Mummy Ayu.

      Padam
  9. Baru nak tanya apa nama kuih bergulung daun pisang tu...hihihi

    Wah,banyaknya ayam.Kalau kat kampung saya dulu2 60kg ayam( 100 kati=1 pikul) dah boleh jamu kenduri kahwin sekampung...
    Semoga guru dan muridnya semua dimudahkan urusan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh! Tak perasan 60kg itu sepikul rupanya! Saya ingat dulu arwah ayah kalau beli sepikul beras cukup untuk makan tiga bulan!

      Padam
  10. penyelia pun kena makan. nanti tak ada tenaga nak handle peserta. meriah sarapannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena isi perut sendiri dulu sebelum nak isi perut yang lain kan Sal.

      Padam
  11. Pelik2 nama kuihnya, Kak Amie. Kalau datang sana, nak rasa semua, alamat boleh senget kapal terbang, hahahaha.

    BalasPadam
  12. meriahnyer rewang semua tuuh., ;p

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe