Dari Warung ke Warung

2:33 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Akhir-akhir ini memang sudah agak jarang masak untuk hidangan tengahari dan malam di rumah. Banyak kali menghadiri pelbagai mesyuarat dan balik agak lewat. Kadang-kadang makan di kantin, dan kalau sudah jemu makan menu yang sama setiap hari, kami beralih angin ke warung berhampiran pula. Sesekali kalau terlewat bangun pagi, singgah saja di warung bersebelahan taman perumahan untuk beli alas perut seperti kuih, nasi kuning atau bihun goreng. 

Bihun Goreng dengan Sambal Udang beli di warung.

Jika ada masa, selepas bekerja kami singgah di warung bakso. Masing-masing dengan pilihan bakso kegemaran. Kemudian sama-sama merenung bakso yang pelbagai, dan sama-sama ketawa. Entah apa yang kami ketawakan! Bukan nampak lucu juga bakso kami. Tapi, itulah antara kenangan mengusik jiwa di kala perut sedang meronta minta diisi.

Maka, meratahlah kami dengan apa yang ada di hadapan mata. Kalau kami datang berempat, nampak sungguhlah beza pilihan kegemaran makanan kami!


Mangkuk bakso ini isinya bulat-bulat semua! Oh, ada satu bentuk persegi, entah apa namanya. Ini Jusna empunya mangkuk bakso.


Yang ini pula pelbagai rupa bentuk isinya. Nampak sungguh tamak pemilik mangkuknya! Dari kaki ayam, pentolan, tauhu, wantan dan kulit ayam goreng crispy! Boleh teka siapa tuannya?


Yang ini pun jenis pilih yang bulat-bulat tapi terlindung di bawah mangkuk itu, kulit ayam goreng crispy. Ini mangkuk Nano.


Yang ini tak banyak pilihan. Agaknya tuan mangkuk, Azinni tak suka meratah pelbagai aksesori bakso. Tak sampai berapa minit kami makan, datang semangkuk kulit ayam goreng crispy! Rupanya Azinni memesan kulit ayam yang baru digoreng. Wah, kalah hantu bakso! 



Biasanya kalau ada mesyuarat atau balik lewat, jika ada masa Amie minta Encik Suami temankan makan di warung. Apabila datang lewat, sudah tentulah banyak lauk sudah habis. Yang tinggal hanyalah singgang atau pindang ikan. 

Kepala Ikan Tuna Masak Pindang.

Sedap juga dapat hirup kuah kepala ikan tuna masak pindang.

Nasi campur sayur bunga betik.

Ada suatu hari, Amie nampak sayur bunga dan pucuk betik. Tuan punya kedai sendukkan ke dalam pinggan. Tak banyak. Seco'et saja. Kalau nak makan sayur bunga betik puas-puas, baiklah masak sendiri di rumah.... ahaks!


Kadang-kadang Encik Suami bawa kita makan nasi ayam.


Namun begitu, banyak kalilah kami singgah di warung nasi campur saja.

Yang penting perut boleh diisi.

Balik rumah, tak perlu kelam-kabut masuk dapur untuk masak.


Istimewanya, setiap warung nasi campur yang kami singgahi sudah tentulah hidangkan bersama semangkuk kecil sup kosong yang panas berwap. Bayangkan, cuaca panas terik, hirup sup panas. Keluar peluh membasahi dahi. Aduhai! Walaupun cuaca panas, hirup sup panas tapi wong Jowo boleh kata : Segeerrrr!





17 comments

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Nampak sedap bakso tu kak...yang ada kaki ayam tu pilihan SA la tu...tiber ada kulit ayam crispy...eh....kalau SA ni mmg leka la meratah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah SA... dah ada di depan mata masing-masing ketawa melihat pilihan kegemaran.

      Padam
  3. geram nengok mangkuk bakso yg ada pelbagai lauk sampingan tu kak oi.... bila dah lapar semua rasa dan nampak sedap kan... aduh sedap nengok kepala ikan dan nasi ayam akak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Leka meratah aksesori pilihan sambil hirup sup.

      Padam
  4. ngences tengok bakso tu...ada gorengan lagi...yummy!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap ni... kalau boleh selalu nak ulang datang makan.

      Padam
  5. Sedapnya....
    Seronok kalau dapat "gantung periuk belanga...& makan bertukar-tukar gerai..
    Balik dah boleh mandi dan berehat santai tanpa serabut fikir nak masak apa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mama Cella. Sayangnya selalu keluar makan tengah hari agak lewat, jadi banyaklah lauk-pauk dah habis. Tinggallah saki bakinya saja.

      Padam
  6. Alhamdulillah. Bila badan sihat, makan apa pun sedap. Terliur tengok bakso tu. lama tak makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Sal... nikmat sihat memang tidak ternilai.

      Padam
  7. Sama banyak makan luar terutama waktu sarapan dan puasa. Kami bertiga di rumah. Jadi makan luar boleh pilih.
    Hehe saya tidak suka aksesori banyak-banyak. Bakso selalu bebola itu kan? Tidak pernah pula dapat kaki ayam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bakso tu bebola daging. Entah kenapa hanya dipanggil bakso sedangkan dalam mangkuk ada mi atau bihun dengan kuah sup.

      Padam
  8. Pelik, di saat Kak Amie pergi dari warung ke warung, sy pulak lebih suka memasak di rumah. Ni macam dah terbalik, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu sibuk memang berkunjung warung ke warung. Waktu lapang terperuklah di dapur sorang-sorang hihihihiiii.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe