Sarapan Mee Hoon & Ayam Goreng

12:19 PTG

Malam tadi sudah berkira-kira sebaik sahaja bangun pagi, akan terus menyiapkan kerja online yang belum selesai. Tak perlu sediakan sarapan kerana biasanya Encik Suami akan beli makanan. Biasanya begitulah. Kita nak masak sarapan tapi Encik Suami terlebih dahulu letakkan sarapan pagi di bawah tudung saji.

Eh! Pagi ini tidak ada pula apa-apa sarapan di atas meja! Firdaus yang sudah siap mandi dan berpakaian berkata: Mommy, Daus nak makan.

Terdengar bunyi ketukan di luar rumah. Bukan ketukan pintu. Tapi ketukan tukul dengan papan. Rupanya Encik Suami sedang menyiapkan pintu almari baru di stor belakang dapur. Nampaknya Encik Suami  sudah mula cuti kerja hari ini. Apabila terpandang Amie yang sedang merenung buah mangga udang dari tingkap dapur, Encik Suami terus tegur: Masak sarapan apa pagi ini? Goreng mee hoonlah. Soalannya dijawab sendiri.... ahaks!

Mee hoon? Hari-hari beli mee hoon goreng dengan ayam goreng untuk sarapan pagi, pagi ini nak goreng mee hoon lagi?

Walaupun rasa pelik asyik makan mee hoon goreng setiap pagi, tapi tak pernahlah pula rasa jemu untuk menikmatinya.

Wokey!

Mee hoon goreng dah siap. Amie goreng dengan sayur dan cili hijau saja. Tambahkan sambal kicap perah jus limau kasturi, sayap ayam goreng dan juga jus epal merah. Pagi ini terlebih rajin sediakan jus epal sendiri. Kami sarapan bertiga saja bersama Firdaus.

Mee Hoon Goreng, Ayam Goreng, Sambal Kicap & Jus Epal.


Mee Hoon Goreng 
Bahan-bahan:
  • 1 paket mee hoon - rendam dengan air biasa sehingga kembang - toskan 
  • 7 kelopak kobis Cina / - hiris tipis
  • 2 biji cili hijau - hiris
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga harum.
  2. Masukkan hirisan kobis Cina dan hirisan cili hijau. Kacau rata. Biarkan masak hingga kobis layu.
  3. Seterusnya masukkan mee hoon, diikuti dengan serbuk cili dan garam / perasa pilihan.
  4. Gaul sebati dan padamkan api dapur.

Oleh kerana mee hoon goreng pun banyak, dan ada pula sayap ayam goreng, jadi tengahari nanti tak perlulah masak nasi. Jemput sarapan pagi merangkap makan tengahari.

10 comments

  1. Bila dah suka kan kak amie, makan tiap tiap hari pun tak jemuuuuu :D

    BalasPadam
  2. buat meehoon goreng singapore pun sedap kak.. adoi sendiri yg teringin sbnrnya.. hihi

    BalasPadam
  3. wow menyelerakan sangat ini...

    BalasPadam
  4. Sukaaaa...
    Saya juga salah seorang peminat mihun.Padahal zaman sekolah rendah paling tak suka ..Hihihi,manusia mudah berubah

    BalasPadam
  5. sedap bhun goreng, mkn hari2 pon xjemu

    BalasPadam
  6. lama tk mkn meehoon goreng..sedap plak dimakan ngan ayam goreng tu

    BalasPadam
  7. Husband saya pon request masak mihun goreng je sarapan pagi ni. Tambah lagi sedap mihun kak amie ada ayam goreng dengan jus epal. Tukang buat jus tak ada pulak PKP kali ni.

    BalasPadam
  8. SA suka bihun macam ni..panjang2 dan x suka bihun yang dipotong2 tu...nampak sedap kak...lapar perut tgok bihun akak

    BalasPadam
  9. Wah tidak bosan makan bihun hari-hari.

    BalasPadam
  10. kalau dah suka hari-hari pun tak pe. Tapi amie punya gandingan memang terbaik lah\

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe