Sambal Goreng Babat (Perut) Emak

4:35 PTG

Hari ini hari terakhir kita berpuasa di bulan Ramadan. Dalam keadaan PKP ini sudah tentulah segala kenangan membuat persiapan sambutan Aidil Fitri bersama keluarga menjelma kembali. Nostalgia paling indah sudah tentunya kemeriahan suasana hari raya ketika zaman kanak-kanak.

Tidak cukup mengimbau kenangan bergotong-rorong mengacau dodol dan wajik bersama jiran tetangga, terkenang pula emak memukul telur dalam pasu untuk dijadikan adunan kuih bahulu. Telurnya pula telur itik yang dikumpul setiap hari. Paling seronok sudah tentulah menunggu bahulu dibakar dan selalu berharap agar ada bahulu yang hangus. Bolehlah kami kikis buang bahagian yang hitam, simpan untuk berbuka puasa! Allah! Kenangn itu sangat indah! Tidak dapat diulang semula dan tidak ada tolok gantinya.

Waktu itu semua aroma makanan berbau harum! 

Sehari sebelum hari raya, kami mengejar ayam keliling kebun getah! Walaupun ayam tinggal di reban waktu malam, tetapi waktu siang ayam kena cari makan. Jadi, ketika itulah tenaga dikerah untuk tangkap beberapa ekor ayam. Yang penting mesti dapat tangkap ayam dara. Emak kata ayam dara masih empuk dagingnya, boleh digoreng dan hantar 'munjung' ke rumah nenek.  Teringat lagi emak berkata: Pilih kuih baulu yang paling cantik untuk nenek. Ayam dara goreng hantar untuk punjungan ke rumah nenek.

Begitulah.

Zaman itu, hanya pada hari raya sahajalah kami dapat menikmati sepuas-puasnya daging ayam. Tidak terasa daging ayam itu keras atau liat. Waktu itu daging ayam goreng  terasa sangat harum dengan aroma serai, halia, kunyit hidup,rempah jintan manis dan ketumbar bijiyang ditumbuk kasar. Nak merasa daging lembu atau kambing? Tunggulah kalau ada jiran tetangga atau saudara mara dan orang kampung buat kenduri kahwin. Waktu itu kalau dipanggil rewang, dapatlah ikut emak  rewang dan makan lauk daging lembu atau kambing. Begitulah kehidupan kami, anak penoreh getah di zaman 70-an.

Eh! Panjangnya mukadimah! Sudah lari dari tajuk rupanya. Tak apalah, kisah-kisah lama itu sebenarnya ada kaitan dengan entri kali ini.

Arwah Ayahanda pula, berbasikal menuju ke pasar. Pulangnya bersama karung besar diikat di belakang tempat duduk. Apa yang dibawa pulang? Ada rezeki penuhlah satu besen besar dengan perut lembu, sedikit daging cincang, dan kaki lembu. Orang lain makan lembu, kami pun makan lembu juga. Bezanya kami tak mampu menikmati bahagian daging manis atau bahagian peha, tapi kami gembira dapat makan bahagian yang lain.

Amie pernah bantu emak bersihkan perut lembu. Selepas itu Amie pun tidur sebab letih membersihkannya. Keesokan pagi raya, emak hidangkan Sambal Goreng Babat (Perut) yang sangat lazat! Sambal istimewa itu boleh bertahan selama beberapa hari. 

Hari ini Amie buat Sambal Goreng Babat (Perut). Walaupun tidak selazat air tangan emak, tapi cukuplah untuk melepas rindu buat keluarga di Malaya.

Sambal Goreng Babat (Perut)

Bahan-bahan:
  • 1 kg babat (perut) - rebus hingga empuk  - bilas - toskan - hiris ikut bentuk dan saiz yang disukai
  • 1 kg ubi kentang - kupas kulit - potong dadu kecil - goreng hingga kuning keemasan - toskan
  • 50 gram suhun - goreng - toskan
  • 1 cawan kacang pinggang @ tolo - rendam setengah jam - rebus hingga empuk - toskan
  • 5 biji cili hijau - hiris
  • 2 inci halia muda - hiris halus
  • 2 inci lengkuas - hiris halus
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 1/2 cawan minyak
Bahan kisar / tumbuk halus:
  • 20 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Masukkan serai, bawang besar halia dan lengkuas. Tumis hingga terbit aroma.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar. Masukkan gula. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Seterusnya masukkan kacang pinggang @ tolo bersama babat (perut).
  4. Gaul rata hingga hampir kering. 
  5. Masukkan hirisan cili hijau.
  6. Taburkan garam / perasa pilihan. Gaul lagi hingga cili hijau layu.
  7. Padamkan api dapur.
  8. Akhir sekali masukkan kentang goreng dan suhun goreng.
  9. Gaul beberapa kali sebelum dihidangkan.


Sambal Goreng Babat (Perut) ini sangat sedap. Pernah Kak Aton tegur Amie kerana asyik meratah Sambal Goreng Babat (Perut) setiap hari tak kira siang atau malam sewaktu hari raya. 

Katanya: Ya Allah! Engkau ni manusia ke setan? Makan sambal goreng tak tahu berhenti!

Alahai.... Gara-gara asyik meratah Sambal Goreng Babat (Perut) yang emak masak, Kak Aton tak boleh bezakan rupa kita ni rupa manusia ke rupa setan.....ahaks!

13 comments

  1. Samalah kita Kak Amie, anak kampung yg serba kekurangan juga.. sesekali dapat menikmati lauk ayam atau daging, Allah nikmatnya!

    Kami biasanya rebus dan cicah air asam je perut lembu ni. Paling tidak dibuat kerabu. Apapun nampak sedap resepi bonda akak ni :)

    BalasPadam
  2. Antara bahagian yang saya tak makan ialah perut..

    BalasPadam
  3. Kenangan lama mengusik jiwa. Bila kenangan tu muncul, memang rindu betul. Kita masak lebih kurang sama untuk lepaskan rasa rindu tu. Terubat juga, kan :)

    Menarik hidangan babat. Tapi saya tak pernah makan babat. Mungkin kurang menggemari organ dalaman. Tapi menarik hidangan kak amie ni :)

    Selamat Hari Raya Kak Amie. maaf jika ada salah dan silap.

    BalasPadam
  4. Nampakkk sedap tapi tak pernah makan. Perut rasa macamm mana kak amie? Hehehe
    HAHAHAHAHAHA lawak la yang ayat last tu, tak boleh beza manusia ke setan :D

    BalasPadam
  5. pernah rasa sekali jer perut ni, tak tertelan pulak. bukan kegemaran saya

    BalasPadam
  6. hehe suka juga perut.. satay perut pun suka. tapi xleh makan selalu kan orang kata..
    krabu perut suka.. gulai lemak perut pun suka ehhe..

    BalasPadam
  7. kalau buat bahulu sy ckp lemah kena tlg pukul telur dlm pasu tu😆😆😆punya laa lama x kembang2 smpi meradang mama... bila dpt bahulu tang hangit tu wallaaa... nikmat betul... tp part plg x best rumah penuh dgn asap

    BalasPadam
  8. Sedapnya la nampak sambal goreng babat tu..SA nak study dulu resepi ni nanti nak cuba buat la...kalau nak cuba kena buat dalam kuantiti sikit kan..takut nanti x menjadi SA buat..x bermakan plak nanti..SA ni jenis suka mencuba

    BalasPadam
  9. Saya tak pernah makan masakan sambal goreng perut ni, Amie. Tapi nampak sedap kejadiannya.
    Kalau perut masak lemak dengan rebung, yang tu pernah makan. :)

    BalasPadam
  10. sedapnya babat kak... lama tak makan

    BalasPadam
  11. Bila amie cerita zaman dolu2 alahai buat kita teringat2. Sambal goreng babat aruah mak saya jenis basah sebab guna santan pekat campur dgn belacan dan air asam jawa. Bila raya memang itulah jadi pujaan semua anak-anaknya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe