Pudin Cocos

9:45 PTG

Ada sejenis kuih manisan tradisional Cocos yang hanya muncul sekali dalam setahun terutamanya pada hari raya. Manisan ini dinamakan pudin. Bukannya puding! Tahun berganti tahun, pudin semakin jarang kelihatan di antara kuih-muih yang dihidangkan di hari raya.

Amie sempat melihat arwah MIL menyiapkan tempahan pudin untuk orang kampung. Adunan pudin ini dituangkan ke dalam plastik tahan panas. Seterusnya dimasukkan ke dalam tin-tin MILO yang kemudiannya ditutup rapat. Arwah MIL mengambil masa selama 12 jam untuk mengukusnya! 12 jam tau! Arwah MIL kukus d dalam kawah dengan menggunakan kayu api. Kalau mula mengukus pukul 7 pagi, bermakna pukul 7 malam barulah tin-tin MILO berisi pudin tadi diangkat.

Gambar di bawah ini ialah rupa pudin yang sudah dipotong atau dihiris. Rasanya manis. Kalau disimpan dengan elok di dalam peti sejuk, pudin boleh bertahan sehingga setahun.

Pudin Cocos.

Pudin Cocos

Entah berapa tahun lamanya Amie simpan resipi Pudin Cocos tapi tak pernah cuba buat sendiri. Sekarang, kalau hendak makan Pudin Cocos hanya perlu tempah sahaja. Rasanya pun sudah agak berbeza dengan Pudin Cocos yang pernah dihasilkan secara tradisional. Boleh kukus di atas dapur gas. Adunannya pun boleh diuli gunakan mixer, dan bukannya gunakan tangan seperti dahulu.

Pudin Cocos

24 comments

  1. Lama tuuu kukus, 12 jam! Yang hitam hitam tu apa kak amie? Macam kismis pulakk hehehe

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Terima kasih Wak. Menuntut tahap kesabaran yang tinggi untuk menghasilkannya.

      Padam
  3. Baca caranya macam ala-ala kuih bakul yang terkenal ketika perayaan CNY.Tengok rupanya pula macam kek buah kukus.Rasanya mesti sedap ni.Orang dulu-dulu kreatif & kebanyakan mempunyai resipi keluarga sendiri kan.Sayangnya banyak yang sudah hilang tanpa disedari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, macam kek buah kukus.
      Memang banyak makanan tradisi kaum-kaum tertentu mula pupus. Itu sebabnya saya suka dokumentasikan dalam blog jika ada maklumat mengenai apa-apa makanan tradisi.

      Padam
  4. nmpk menarik pudin cocos ni. mcm kena cuba nnti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cari musim raya. Itu pun hanya dalam komuniti Melayu Cocos saja.

      Padam
  5. apa resepinya kak? nk tau pulak apa rasanya... kalau kt sini kek hati parek yg kena kukus 8 jam.. pudin lg lamalah 12 jam.. hehehe.. tp mmg tahan dan sedap.. sbb guna kismis yg ditumbuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pudin Cocos ni pada Kak Amie lebih pada berbanding kek hati parek. Nanti kalau rajijn, Kak Amie nak buat juga. Boleh jadikan entri. Takut terus pupus, generasi baru tak kenal lagi.

      Padam
  6. Memang kene kukus dengan api kayu ye kak kalau dengan dapur gas atau letrik mau melambong bil dan cepat habis gas heheheh... tp tahan tu kalau sampai setahun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakak dulu nampak arwah MIL kukus banyak tin dalam kawah. Memang berbaloilah guna kayu api.

      Padam
  7. Lama betulmegukus pudin tu rajin sungguh milamie

    BalasPadam
  8. Nampak elok je rupa bentuk puding ni.. Seperti kek kukus pun ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, macam rupa kek kukus. Selalu juga tanya kenapa dinamakan pudin, dan nampaknya masih belum ada jawapannya.

      Padam
  9. selalu dengar pasal pudin cocos, sedap nya nampak rupa dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manis rasanya. Makan sikit jew heheheee.

      Padam
  10. Nampak macam sejenis puding yang padat dan lembap macam kek. Rare cara pembuatannya masuk dalam tin, kukus 12 jam. Lama betul. Boleh simpan sampai setahun tu. Tak dinafikan, dari segi rasa memang ada perbezaan. Tak leh lawan rasa sedap cara tradisional dan air tangan orang dulu dulu.

    BalasPadam
  11. Mak oiii...12 jam kukus tu..mencabar kesabaran ye nak buat pudin cocos ni...

    BalasPadam
  12. Kuih tradisional memang renyah nak buat tapi tahan lama dan sedap. 12 jam kukus perghhh

    BalasPadam
  13. Bekas kuih tu pun macam bekas kuih legend je.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe