Pemenang 20 Juta Pageview Amie's Little Kitchen

9:59 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Sudah saksikan fenomena gerhana bulan petang tadi? Mudah-mudahan sempat juga menunaikan solat gerhana bulan. 

Jom kita cerita sedikit tentang  JOM TANGKAP PAGEVIEWS KE 20,000,000 (20 JUTA) AMIE'S LITTLE KITCHEN UNTUK DAPATKAN DUIT RAYA! yang Amie jadikan entri malam semalam. Amie pun tak sempat tangkap angka 20,000,000 walaupun Amie juga berjaga-jaga. Kebetulan hanya tinggal lebih kurang 300 angka sahaja lagi untuk cukup, Amie siapkan entri BRENGKES IKAN BELAIS : MASAKAN TRADISI COCOS, kemudian Amie lihat kembali sudah sampaikah jumlah itu. Rupanya terlambat sedikit untuk tangkap, dan Amie hanya dapat tangkap angka di bawah ini:


Terlebih dahulu Amie memohon maaf di atas kekurangan dan kelemahan menganjurkan program tangkapan paparan halaman ini. Maklumlah, kali pertama dan mata pun asyik terkelip-kelip melihat nombor sampai kepala naik pusing.... ahaks! Syukurlah Amie tidak terlepas sehingga angka 20 JUTA itu untuk paparan entri tangkap pageview, walaupun hanya dalam tempoh masa yang sangat singkat diberi untuk rakan-rakan memasang pukat!
Bagaimanapun, Amie sempat berpesan agar emelkan print screen angka yang diperolehi kepada  Amie. Mari kita lihat siapakah di antara mereka yang berjaya mendapat duit raya seperti yang Amie janjikan.


20,000,589

NUR ASIMAH AZIS
20,000,842


20,000,000

20,000,000

20,000,076

20,000,006

20,000,000

Sesungguhnya Amie tak sangka ada sambutan untuk tangkap pageview di blog Amie. Ingatkan tak ada yang mahu menyertai. Disebabkan rasa sangat terharu dan menghargai usaha penangkap-penangkap pageview yang sporting ini, jadi Amie pun ubah jumlah duit raya sebagai pemberian hadiah yang dijanjikan. Jom kita lihat penerima dan jumlah duit raya yang bakal dimasukkan ke dalam akaun masing-masing.

JENG
JENG 
JENG
JENG
JENG JENG
JENG JENG
JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG
JENG JENG
JENG JENG
JENG
JENG
JENG!!!!!!!!!!
!!!!!!
!!!!
!!!
!






DUIT RAYA RM 50  akan masuk ke akaun : 
DUIT RAYA RM60  akan masuk ke akaun:
Kepada penangkap tepat 20,000,000 pageview seramai 3 orang, Amie tambahkan nilai dari RM50 seperti yang dijanjikan kepada RM70 setiap seorang. Penerimanya ialah:
Tahniah diucapkan buat semua pemenang dan  jangan lupa emelkan details seperti nama penuh, nombor telefon dan nombor akaun bank ke salamiez@gmail.com

Tidak lupa juga ucapan terima kasih  kepada semua yang sentiasa memeriahkan Amie's Little Kitchen. Moga ukhuwah terus berpanjangan. Tanpa anda siapalah Amie's Little Kitchen. Di sinilah tempat kita bertemu secara maya, bergurau senda dan berkongsi segala rasa. 

Shared joy is a double joy; shared sorrow is half a sorrow.

35 comments

  1. Yeyyyyyy....
    Tak sia2 pass batton kepada Adah mengadap laptopnya sepetang tadi sebab saya nak masak iftar.Saya dari semalam semalam asyik mengintai.Laju betul pageview bila menginjak lepas zohor.Bila dapat tangkap terus,kelam kabut dia email.Hihihi..rezeki
    Alhamdulillah,semoga Allah limpahkan lagi rezeki cikgu Amie sekeluarga kerana sering berkongsi ilmu,rezeki & kegembiraan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah. Ada hasilnya.
      Aamiin...aamiin ya Allah. Mudah-mudahan sama-sama dilimpahkan rezeki dalam pelbagai bentuk.

      Padam
  2. Tahniah kepada pemenang.. Dapat duit raya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Encik Fairus. Kita raikan kegembiraan bersama-sama.

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Tahniah...akak dpt snap no 20,000,888 ja ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. In shaa Allah ada rezeki yang lain pada masa yang lain pula.

      Padam
  5. wahh bestnya dapat duit raya. tahniah semua pemenang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka-suka dan seronok-seronok raya PKP heheheee.

      Padam
  6. Wah RM70. Murah rezeki Puan Amie.

    BalasPadam
  7. Tahniah semua yang berjaya snap.. Alhamdulillah.. Murah rezeki.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. mudah-mudahan sama-sama kita dimurahkan rezeki. Aamiin ya Allah.

      Padam
  8. Omo😳😳😳 wahhh tak sangkaa kita msk list jugak!! Terima kasih la banyak2.. Semoga murah rezeki sis selalu..

    Sama laa mmg dok target ms lg 300 nak ke 20k tu tp dek sibuk buat mende lain, bila jenguk balik dh terlps ngm2 20k..huhu..tapi end up klu org ckp klu dh rezeki tak ke mana kan... 😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Rezeki atas usaha. Sama-sama kasih dan mudah-mudahan sama-sama juga dimurahkan rezeki. Aamiin.

      Padam
  9. Alhamdulillah, dapat duit raya😊 Terima kasih banyak-banyak, Kak Amie. Semoga Kak Amie dan keluarga sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan rezeki berlipat ganda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Farrah.
      Tepat sasaran peluru berpandu ye hehehheee.
      Alhamdulillah. Mudah-mudahan sama-sama kita dilimpahi kebahagian dan rezeki berlipat ganda. Aamiin.

      Padam
  10. Tahniah juga kepada rakan-rakan lain yang berjaya 😊

    BalasPadam
  11. Allahuuuu.. serius.... dapat duit raya jugak??? Terima kasih, Amie.. dan tahniah kepada pemenang2 lain terutama Mama Cella

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kasih SK. Rezeki tak salah alamat hahahahaaa!

      Padam
  12. Alamak, dah umum ye. Semalam sy sempat tangkap 20 000 455. Lambat pulak email. Apapun tahniah untuk semua. hebat tu dapat tangkap tepat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. First time main tangkap-tangkap angka. Ingatkan tak ada yang layan heheheee... Nanti lain kali kita sedia peluru berpandu pulak ye Fiza.

      Padam
  13. tahniah smua yg dpt duit raya..yg dpt capture tepat tu..jrg2 berlaku smp 3 org dpt capture sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... tepat sasaran peluru berpandu diorang tu heheheee.

      Padam
  14. Alhamdulillah rezeki hehehe. Terima kasih kak amie! Semoga kak amie dilimpahkan rezeki yang berterusan :)

    BalasPadam
  15. Tahniah semua pemenang.. tahniah Amie 20juta Tu

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah.. Tahniah pada semua yang berjaya memasang pukat dan menangkap hasilnya.. Semoga murah rezeki kak Amie..

    BalasPadam
  17. Tahniah buat semua pemenang. Seronok pulak tenguk ent3 ni. Dok bayangkan semua dok menunggu nak pasang pukat. Alhamdulillah duit raya dapat. Mudahan allah murahkan rezeki amie sekeluarga

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe