Mencari Ikan di Bulan Syawal

10:26 PG

Hari ini Syawal ke-7. Seminggu lamanya Fairuz tidak ke Kota Kinabalu bersama abang-abang sepupunya menghantar ikan. Bekalan ikan tidak diperolehi. Maklumlah nelayan pun hendak menyambut hari raya juga. Pada masa yang sama, Fairuz membantu abang sepupunya mencuci kereta pula. Katanya, banyak sangat pemilik kereta datang untuk cuci kereta sebelum menjelang hari raya, jadi terpaksalah tambah tenaga kerja. Rupanya beberapa hari selepas hari raya, masih banyak pelanggan datang untuk cuci kereta. Kebetulan pula bekalan ikan belum sampai untuk dihantar ke Kota Kinabalu, jadi buat sementara waktu Fairuz terus bantu cuci kereta. 

Kelmarin Fairuz ikut abang-abang sepupunya mengambil bekalan ikan di Semporna. Dengan penuh teruja sebaik sahaja buka pintu dan masuk ke dalam rumah, Fairuz terus bercerita.

Mommy! Tengahari tadi kami singgah makan di Kunak. Kami keluarkan 3 ekor ikan sulig dari tong. Abang Aznan minta tolong tukang masak di restoran gorengkan. Ya Allah! Sedap betul Mommy. Lain betul rasanya ikan fresh dari laut. Sedapnya! Mommy tak mau rasakah ikan fresh? Sedap Mommy!

Amie kata, kalau ada lebihan ikan sulig bolehlah beli sikit. Kata Fairuz, ikan sulig saiz besar sudah diasingkan untuk di bawa ke Kota Kinabalu. Yang ada hanya saiz kecil. Apabila Amie dan Encik Suami lihat, tidaklah kecil sangat. Dari muncung sampai ke ekor lebih 8 inci. Jadi kami borong lebihan ikan sulig seberat 6.5 kg itu.

Nama lain ikan sulig ialah ikan Jepun. Dalam bahasa Inggeris pula ikan ini disebut sebagai ikan tofu. Ada yang panggil ikan tauhu. Di tempat kami, kawan-kawan Cina suka gunakan ikan ini untuk dibuat fishball. Isinya putih, lembut dan sudah tentulah sedap.

Ikan sulig @ Jepun @ tofu @ tauhu.



Selain ikan sulig, kali ini banyak bekalan ikan kerapu di bawa ke Kota Kinabalu.


Ikan kerapu bara atau kerapu sunoh ini memang selalu mengancam jiwa!
Nantilah, kalau ada rezeki boleh beli dan makan puas-puas, sebab harganya pun harga kayangan!


Amie beri tumpuan dulu kepada ikan sulig. Encik Suami minta Amie olah jadikan sambal ikan. Seperti biasa, sudah tentulah ada perahan jus limau nipis sebagai sentuhan terakhir dalam masakan. Itulah gaya masakan keluarga sebelah Encik Suami!


Selain digoreng, masak sambal, panggang dan sebagainya, ikan sulig juga sangat sedap dijadikan serondeng! Haaaa.... nampaknya akan ada projek menyerondeng ikan lagilah nanti.

Ikan sulig.

Hari ini Fairuz bersama abang-abang sepupunya bergerak ke Kota Kinabalu membawa tong-tong berisi ikan untuk diagihkan ke pasaraya-pasaraya di sana.

17 comments

  1. mcm tak pernah jumpe plak ikan sulig tu kat KL ni... atau ade nama laen ke org sini panggil?

    BalasPadam
  2. Cantik rupa ikan sulig tu. Tak pernah dengar/kenal pun.

    Seronok Fairuz, banyak pengalaman dia dapat.

    BalasPadam
  3. bagus betul abang sepupu fairuz ni ye kak, ada je kerja dibuatnya... selain bekalkan ikan , perkhidmatan cuci kereta pun boleh...

    tak pernah dana jumpa ikan sulig tu kat sini kak... nampak rupa pun tahu dah sangat fresh... mau kalau goreng gitu je pun sedap tu ye kak...

    ikan kerapu tu agaknya berapa rm ye kak sekilo? cantik betul rupa kulit nya

    BalasPadam
  4. Macam pernah nampak jer ikan ni kat pasar...nanti kalau nampak lagi SA NAK BELI LA...

    BalasPadam
  5. Suka sangat bila cikgu post info about ikan- ikan di sana.nampak segar2 & cantik2 ikannya.Pasti sedap aeindah rupanya

    BalasPadam
  6. Rajin Fairuz tolong abang sepupu dia. Selaigi ada peluang cari rezeki gitu. bagus dia. Macam macam jenis ikan kerapu kat sana. Ikan sulig tu pun tak pernah tengok. Dapat makan ikan fresh memang sedap.

    BalasPadam
  7. first time dengar ikan suliq..huhu..segar-segar nampaknya, kak

    BalasPadam
  8. Macam² ikan ada.. Nasib baik tengok entry, kalau baca tajuk je, memula tadi perasan mencari IKLAN.

    BalasPadam
  9. uncle kurang arif pasal ikan ni... uncle cam ikan jaws je...

    BalasPadam
  10. Kalau pergi KK, macam - macam jenis ikan dan makanan laut yg first time nampak..
    Nak try makan, kadang-kadang takut ehhehe takut x menepati anak tekak..
    Tapi memang teruja tengok, sebab lain dari yang lain...

    BalasPadam
  11. ikan fresh dari laut memang sangat sedap

    BalasPadam
  12. uiiii... kalau ada sy kt situ mmg rambang mata dibuatnyaaaa

    BalasPadam
  13. mcm tak penah nampak ikan sulig nii kat sini..

    BalasPadam
  14. Ingatkan kak amie typo, rupanya memang nama ikan tu ikan sulig ye hahaha, adoiii kita ni kenal ikan gitu gitu aje hehehe >.<

    BalasPadam
  15. Sedapnya mkn ikan fresh..manis isinya kan..

    BalasPadam
  16. Saya pun kurang arif nama ikan ni. Tapi ikan segar ni, memang sedap bila dimasak. :)
    Gigih Fairuz bekerja, cuci kereta, hantar ikan lagi.

    BalasPadam
  17. Ikan segar2 best kalau dpt makan. Mcm2 jenis lauk boleh dimasak. Nina mengucapkan selamat hari raya bt kak amie sekeluarga. Maaf jika ada salah dan silap

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe