Layan Selera di Kalimantan Timur

9:22 PTG

Boleh dikatakan banyak tempat terkenal di seluruh Indonesia sudah dijejaki ramai terutamanya Bandung, Jakarta, Jogjakarta, Surabaya, Padang, Medan, Acheh dan sebagainya. Bagaimana pula dengan Kalimantan? Mungkinkah para pengunjung tegar ke wilayah popular di Indonesia sudah pernah berkunjung ke sini?
Secara umumnya terdapat 5 wilayah di Kalimantan iaitu Kalimantan Barat, tempat wujudnya Kota Khatulistiwa kerana ibu kotanya iaitu Bandar Pontianak terletak di garisan Khatulistiwa. Selain itu, Kalimantan Tengah, dan juga Kalimantan Selatan, yang terkenal dengan floating market dan ibu kotanya iaitu Banjarmasin. Kami memilih untuk ke Kalimantan Timur dan transit menginap di Kalimantan Utara iaitu di Kota Tarakan.

Untuk lebih lanjut tentang perjalanan kami ke Kalimantan Timur dan Kalimantan Utara, bolehlah klik di sini: ADA APA DI KALIMANTAN TIMUR?

Seperti biasa, imbas kembali kenangan lama ini hanyalah sekadar cerita jalan-jalan cari makan saja.

Makan sate di rumah makan Cabe Merah, Balikpapan. 

Kami sempat makan sate di beberapa tempat. Gambar di atas, kami makan sate di Rumah Makan Cabe Merah, Balikpapan. Kuah kacangnya sangat sedap, ditambah pula dengan hirisan lontong yang lembut dan harum aroma daun pisang. Dalam hidangan sate disertakan sekali limau kasturi, hirisan bawang merah dan cili padi.


Layan selera dengan menikmati sate di Tarakan.


Kuah satenya juga sangat sedap. Begitu juga dengan lontongnya yang lembut dan wangi. Ditambah cili padi. Agaknya kalau rasa kurang pedas, boleh picitkan cili padi. Atau kunyah cili padi bersama sate?


Sekali lagi dapat mencicipi sate di Kebun Sayur, Balikpapan. 


Di Tarakan (Kalimantan Utara), ada cili padi sebiji-sebiji dalam pinggan sate. Di Kebun Sayur, Balikpapan (Kalimantan Timur) ini pula dibubuh sambal cili padi pula. Apa pun, setiap kali makan sate, memang terasa sedap sekali, termasuk kuah dan lontong!


Dalam perjalanan dari Balikpapan menuju ke Samarinda, puas melihat kiri dan kanan jalan dipenuhi gerai jualan buah-buahan tempatan. Kami berhenti seketika, beli ciku, buah salak, buah naga dan entah apa lagi. Sepanjang perjalanan, memang mulut tak berhenti mengunyah buah!


Di sini kami berkenalan dengan durian montong, durian mentega dan durian Melaka.

Durian lai.

Ini durian lai. Warnanya kuning pekat, keoren-orenan. Kami makan di Tarakan.


Kami menginap selama satu malam di Galaxy Hotel, Tarakan, Kalimantan Utara.
Kemudian kami terbang ke Kalimantan Timur pula.


Di Kalimantan Timur, kami menginap selama 3 malam di Fave Hotel.
Memang puas hati sangat menginap di hotel ini.


Paling seronok, setiap kali pulang ke hotel dalam keadaan penat kami boleh minum minuman sejuk yang disediakan di lobby. Airnya pun sangat sedap, manis-manis manja dan segar dengan hirisan timun serta daun pudina.


Hari yang lain, lain pula jenis minuman yang disediakan. Bukan segelas kami minum setiap kali duduk di situ, tapi bergelas-gelas!


Walaupun hidangan sarapan paginya pelbagai, tetapi apabila melihat jagung rebus, terasa itulah pula menu yang sangat istimewa!



Begitu juga dengan keledek dan pisang rebus!


Sedap pula makan jagung, keledek dan pisang rebus di sini!



Bertemu Pak Jokowi di Bandar Udara Internasional Juwata.


Jom kita berkenalan dengan makanan tradisional lain di Kalimantan Timur. Ini ialah lemper. Lemper diperbuat daripada pulut dan berintikan serunding. 


Ini pula namanya arem-arem. Ia diperbuat daripada nasi dan isinya sambal serta daging.


Ini bakso.


Ini sup ekor


Tak ingat mana satu nama-nama kuih yang dijual!
Ada otek-otek.
Ada lemper.
Ada cireng. Cireng ialah sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung aci dan digoreng, berintikan abon iaitu serunding ikan. Nama cireng ialah singkatan aci dan goreng.


Ada tempe goreng. Panas dari wajan!


Ada Tahu Sumedang. Tak lepas peluang beli juga. Dulu pernah makan Tahu Sumedang di Bandung.


Tahu Sumedang siap dengan sos dan cili padi!


Tempe goreng pun bubuh cili padi juga!


Kebetulan pula, sewaktu berada di Balikpapan, ada Balikpapan Fest 2019. Seronok sangatlah dapat melihat pelbagai jenis makanan tradisi dari seluruh pelosok negara garuda, bendera merah putih ini!


Tahu Gejrot dari Cirebon.


Bebek Cabe Ijo dari Medan


Kuih ape. Namanya memang kuih ape. Berasal dari Betawi.


Kuih ape.


Kerak Telor Bang Deri dari Betawi (Jakarta)


Kerak Telur Bang Deri.


Gulai Tunjang dari Sumatera Barat.


Sambal Udang dengan Petai, tapi terlebih sedap pula nampaknya sebab ditambah dengan kentang.


Rendang daging.


Melihat lauk-pauk tradisi dari Sumatera Barat, rindu pula dengan masakan Padang!


Ini gulai tembusu yang pernah kami temui di Bukit Tinggi!
Menu istimewa dari Sumatera Barat ini berupa usus lembu yang diisi dengan telur dan tauhu.


Terjumpa gerai kue bika Bukit Tinggi. Belilah kuih ini buat ubat rindu.


Kue bika.


Lontong dalam daun pisang.


Mungkinkah ini rojak?


Nak ambil juga gambar serondeng kelapa.
Sedapnya kalau dapat cecah lontong!

Ayam Taliwang yang sudah siap dibakar.


Jering pun ado!


Bahan-bahan untuk sambal ini memang sudah tersedia dalam bekas besar. Kalau ada pelanggan datang untuk membeli, barulah diulek.


Ini ialah bagoja, ringkasan perkataan Bakso Goreng Gajah yang berisi ayam dan udang. Memang besar saiznya. Kalah bola ping-pong.

Bagoja mendapat nama gajah disebabkan saiznya yang besar!

Tempe Goreng Mendoan

Sekali lagi berpeluang mencicipi tempe goreng mendoan di Rumah Makan Cabe Merah. Mendoan berasal dari bahasa Banyumasan. Mendo bermaksud setengah matang atau lembek. Mendoan membawa erti memasak dengan minyak panas yang banyak dan cepat sehingga masakan tidak matang benar. Tempe Mendoan yang dihidangkan untuk kami ini masih panas, dan memang lembut (lembek). Kita makan cecah dengan sambal kicap.


Selalu hanya makan nasi kuning versi Sabah. Kali ini nak cuba makan Nasi Rames Kuning di Balikpapan. Memang berbeza dari segi lauk-pauknya berbanding nasi kuning yang biasa Amie makan. Ada sambal tempe kering, telur pindang dan juga kremesan yang menutup empal goreng. Empal goreng ialah daging lembu yang direbus, kemudian ditumbuk-tumbuk agar menjadi lembut sebelum digoreng. Memang sedap! Nasi Rames Kuning ini turut dilengkapi dengan kerabu (urap-urapan) sayur.


Petang terakhir di Tarakan sebelum naik feri ke Tawau, kami sempat jalan-jalan ke Pantai Amal. Panas terik di sepanjang pantai menyebabkan kami mengambil keputusan duduk-duduk saja di pondok rehat sambil memesan kepah rebus. Kepah-kepah ini baru naik ke darat.


Besar-besar pula isi kepah rebus ini.


Sambalnya pun sangat sedap!


Tak cukup makan udang segar goreng, kami pesan lagi udang rebus.


Kami makan begitu saja, cecah dengan sambal.


Dan minum air kelapa ais campur sirap.


Tidak dapat dilupakan keenakan makan mantau panas di Lapangan Terbang Sultan Haji Muhamad Sulaiman Sepinggan, Balikpapan.


Kami memilih sapi cabe kering sebagai peneman mantau.


Mmmmm....sedap!
Entah bila akan boleh sampai ke sini lagi.

18 comments

  1. Memang banyak betul makanannya!
    Paling menarik hati sambal udang masak petai, kepah rebus, udang rebus!
    In shaa Allah, lepas covid19 ni berakhir, kak amie boleh gi jalan jalan lagi :)

    BalasPadam
  2. Amie..akak baca posting ni jam2.30 pagi..tetiba lapar tgk pelbagai makanan yg sedap2

    BalasPadam
  3. Itulah keseronokkan melancong iaitu mencuba pelbagai jenis makanan halal.

    BalasPadam
  4. Meriah jenis sate di Indo. Banyak betul buah salak dan buah ciku tu. kalau favourite tu memang untung beli. Pertama kali dengar durian lai. menarik warna isi durian lai tu. Kuning lain macam. Uishh banyak betul kuih muih dan makanan yang baru tahu namanya. meriah kat sana gerai jualan makanan.

    BalasPadam
  5. amboiii kak. banyak sgt makanan ni.hahahaha terus teringin nk makan satey ni :)

    BalasPadam
  6. seronoknya jalan2 cari makan banyak makanan tradisi yg sedap semua

    BalasPadam
  7. Pak Inche kita pernah ke Pontianak, tak ada gambar kenangan ke tataw mana simpan, tapi Iman ada sehelai t-shirt, I Love Pontianak, heheheh.

    Ni bak kata Mak Cella, kurus puasa tengok gambar, hahaha

    BalasPadam
  8. sedap kak, dari awal entri sampai penghujungnya, memang puashati makan kat sini

    BalasPadam
  9. aduh nampak sedap betul sate-sate tu..macam-macam rupa, mesti macam-macam rasa juga kan...rindu betul nak travel!

    BalasPadam
  10. ni aktiviti jalan jalan cari makan kalimantan ke? ape2 pon, sate tu nampak sedap sangat.. terliur plak

    BalasPadam
  11. sedap satenya, teringat sate minang yang biasa beli...

    dalam banyak- banyak tu, lemper tu rasanya kat johor pun ada jugak kak... di panggil kelemper, selalunya kalau ada kenduri kawin itulah kuih yang dimasak untuk orang rewang, sedap dana suka

    di indonesia mereka suka ringkas kan dan gabungkan perkataan kan, sampai kadang tak terpikir namanya tu heheheh

    BalasPadam
  12. Ini memang betul-betul foodhunt. Segala masakan Indonesia kak Amie rasa. Saya suka tempe. Macam sedap pulak tempe lembik tu walaupun selalunya makan yang goreng garing

    BalasPadam
  13. Kueh ape tu kalau kt sini macam apom yg di jual oleh orang india

    BalasPadam
  14. Pergh!! Meriah dengan pelbagai jenis makanan.. Mujurlah datang menyinggah sewaktu sahur.. hehehe..

    BalasPadam
  15. sedapnya sate!! arghhhhh

    keluarga akk ipar sy duduk Balikpapan. tp dia jarang balik sn. dia selalu blk Medan (sblm covid) sbb ahli keluarga dia yg lain ramai kat sana. kalau ada rezeki nk jg ikut dia balik Balikpapan ;-)

    BalasPadam
  16. Sedapnya semua makanan indonesia. Unik dan terliur tgk

    BalasPadam
  17. sedapnya nmpk semua mknn di atas. teringin jgk nak ke kalimantan suatu hari nnti. setakat bru ke bandung je.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe