Tanjung Simpang Mengayau ( Tip of Borneo) : Titik Pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu

11:34 PTG

Orang kata kalau datang ke Kudat tapi tak singgah di Tanjung Simpang Mengayau, bermakna tidak lengkaplah lawatan ke sini.  Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Simpang Mangazou, juga dikenali sebagai Tip of Borneo dalam Bahasa Inggeris adalah bahagian paling utara Borneo yang terletak di daerah Kudat, di negeri Sabah, Malaysia dan merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu. 
Nama asal Tanjung Sampang Mangazou berasal dari bahasa kaum Rungus, sebuah kumpulan etnik yang tinggal terutamanya di daerah Kudat. Tanjung (tanjung), Sampang (kesatuan) dan Mangazou (pertempuran) perkataan merujuk kepada lokasi ini berdasarkan peristiwa pertempuran yang berlaku apabila etnik  Rungus  mempertahankan wilayah mereka daripada serangan lanun. Menurut legenda, tempat ini dijadikan kawasan pendaratan lanun.

Penduduk tempatan menggelar Tanjung Simpang Mengayau atau Tip Of Borneo ini dengan nama Tanduk Sabah. Lihat kedudukan Tanjung Simpang Mengayau dalam peta di bawah.

Google : Kedudukan Tanjung Simpang Mengayau (Tip of Borneo)

Selepas bersarapan pagi di hotel, kami bergerak menuju ke Tanjung Simpang Mengayau. Oleh kerana kami bergerak dari arah Kudat, perjalanan hanya berjarak 23 km sahaja. Kami melalui Jalan Pinangsoo Loro. Cuaca pada pagi itu agak cerah. Langit biru, namun awan kelihatan kelabu-kelabu sedikit. Banyak pemandangan sawah padi di kiri kanan jalan. Namun setelah masuk ke jalan simpang ke destinasi, keadaan jalan tidak sebaik jalan raya utama. 

Kereta dipandu perlahan-lahan ketika memasuki jalan kampung.


Apabila tiba di tempat tujuan rasa sangat teruja melihat pemandangan laut yang cantik memukau! Tak sabar untuk turun dari kereta! Di kiri kanan jalan yang sempit ini terdapat beberapa tempat penginapan. Kalau berminat untuk lebih lama di sini, bolehlah bermalam di chalet atau resort pilihan.

Sepanjang jalan, mata asyik melirik arah ke kiri kerana di situlah kelihatan biru air laut yang berkilauan, dan terpegun menyaksikan ombak bergulung menuju pantai lalu menghempas batu-batu besar di tepian!
Tempat penginapan di tepi pantai.
Antara chalet dan tempat penginapan yang terdapat di kawasan ini termasuklah Tommy Place, Merrimas Villa, Borneo Tip Beach Lodge dan Simpang Mengayau Chalet.

Ketika ini cuaca sungguh cerah. Cahaya matahari menyinar terang sehingga terasa kehangatannya di wajah. Inilah pagi yang paling cerah kami lalui setelah 3 hari dalam perjalanan dan hujan sepanjang hari.

Kusangka panas hingga ke petang, tiba-tiba selepas kami bergambar di sini hujan gerimis menyambut kami!

Belum puas rasanya duduk di kawasan tinggi ini untuk menyaksikan panorama indah di bahagian bawah sana!

Terpaksalah kami melangkah pergi mencari tempat teduhan.

Setelah hujan berhenti, kami meneruskan perjalanan menuju ke Tanduk Sabah.

Kami naik bukit dan turun bukit. Pengunjung yang lain ramai yang kembali ke kereta masing-masing dan bergerak pergi ketika hujan turun.

Mata tidak lepaskan peluang melihat dan menikmati pemandangan indah yang menakjubkan! Air laut membiru nampak jernih. Terlihat dengan jelas batu-batu yang terletak cantik dihempas ombak memutih. Allahu Akbar!


Tercapailah hasrat Encik Suami untuk menjejakkan kaki ke Tanduk Sabah. Katanya, inilah satu-satunya tempat yang tidak pernah dikunjunginya sebagai anak Sabah!

Sekarang kami berada di taman berbentuk persegi dan terdapat tiang bendera Malaysia dan glob gangsa besar. Glob gangsa ini menandakan lokasi Tanjung Simpang Mengayau di latitud 7 darjah utara dan longitud 116 darjah timur dengan peta yang memaparkan pulau Borneo  yang diletakkan di atas permukaan yang rata pada sudut dengan tulisan untuk menandakan Peta Borneo. 

Abadikan gambar kenangan di atas kegembiran dan keterujaan Encik Suami pada ketika ini.

                          

                          

Kemudian kami bergerak menuju ke bahagian pantai berbatu dengan menuruni anak tangga.

Nun di hujung sana, Firdaus sudah mendahului kami!

Jom turun perlahan-lahan untuk jejakkan kaki di Tanduk Sabah!

Tanjung Sampang Mengayau dikatakan menghidangkan panorama yang indah ketika matahari mula naik dan matahari tenggelam kepada pengunjung. Pencinta keindahan alam dan photographer sudah tentu tidak akan melepaskan peluang merakam gambar kenangan di sini.

Tanjung Simpang Mengayau dari arah hadapan dan belakang. (Gambar atas dan bawah)

Sumber : Google

Ketika air laut surut, akan jelas kelihatan batu-batu di kawasan ini.
Gambar di bawah menunjukkan keadaan ketika air sedang surut.

Sumber : Google


Inilah persimpangan dan juga titik pertemuan antara Laut China Selatan dengan Laut Sulu. Kalau dari arah hadapan, Laut China Selatan berada di sebelah kiri dan Laut Sulu di sebelah kanan.


Pemandangan arah Laut China Selatan.

Laut China Selatan.

Di sebelah kanan pula, pemandangan arah Laut Sulu.

Laut Sulu.

Walaupun terasa asyik menikmati tiupan angin Laut China Selatan dan Laut Sulu, namun panas terik hawa laut mula terasa. Kami tidak boleh berlama-lama di sini kerana ada destinasi lain yang akan kami tuju.

Inilah sahaja perkongsian kali ini. Kalau datang ke Sabah, dah banyak masa bolehlah singgah di Tanjung Simpang Mengayau. Jarak dari Kota Kinabalu ke tempat ini lebih kurang 215km. 

Jumpa lagi!
Selamat malam!

10 comments

  1. Masha'Allah..cantiknya Tanjung Simpang Mengayau ni. Macam kat Oversea. Ini kalau berjam jam duduk sini pun takpe. sambil tu ambil seberapa banyak gambar sampai habis bateri. haha :)

    BalasPadam
  2. SUBHANALLAH INDAH SEKALI TEMPATNYA

    BalasPadam
  3. cantiknya pantai ni , moga moga nanti satu hari boleh jejak dekat Sabah- Sarawak.. teringin sngt

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian. Pemandangan sangat cantik, subhanallah.
    Teringin nak jejak kaki ke sini, moga ada rezeki :)

    BalasPadam
  5. sabah ni besar!
    sekali pergi tak mungkin dpt cover semua tempat di seluruh sabah, kan :)

    BalasPadam
  6. @Azhafizah MN Laut dan pantainya cantik sangat sampai tak tahu nak ambilgambar dari sudut mana.

    BalasPadam
  7. @paridah Ciptaan Allah Yang Maha Esa tiada tolok bandingannya.

    BalasPadam
  8. @Atie Zieya In shaa Allah, akan sampai juga ke Pulau Borneo suatu hari nanti.

    BalasPadam
  9. @Puan Hazel In shaa Allah, suatu hari nanti Puan Hazel akan sampai juga ke sini.

    BalasPadam
  10. @adianiez AIDA Betul tu. Jarak di antara satu daerah dengan daerah lain pun jauh-jauh!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe