Pernah makan lokan bakar? Kalau jalan-jalan ke Sabah, bolehlah singgah sebentar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu. Terdapat banyak deretan gerai lokan bakar dan kelapa bakar di kiri kanan jalan. Boleh pilih warung atau gerai yang disukai. Hidangannya sudah tentu mempunyai rasa yang berbeza walaupun bahannya sama iaitu lokan. Rasa pencecah lokan bakar dari satu gerai dengan satu gerai yang lain pun...
Bumi basah di sana sini. Kota Kinabalu tidak terkecuali. Begitu juga dengan pantai Tanjung Aru. Angin laut yang bertiup menambah kedinginan para pengunjung. Ada yang memanaskan badan dengan menikmati secawan minuman panas di gerai tepi pantai. Encik Suami kata, kita cari makan di sini sajalah. Malam nanti tak payah keluar. Nak berehat katanya. Nampak mata Firdaus pun dah layu!Wokey. Tak ada masalah kalau makan...