ADSENSE

Selasa, 1 Disember 2020

Layan Selera Keluarga di Kala Sarapan Pagi

Berehat seketika dari berBDR. Jengok ke luar jendela!

Selamat pagi warga Borneo, Malaya, Indonesia, Singapura , Brunei dan rakan-rakan dari negara jiran yang lain. Cantik betul suasana pagi ini. Matahari bersinar terang. Awan putih bak kapas tanpa cela berarak perlahan. Langit biru menambah keindahan latar alam. Melihat awan di awangan nan tinggi, teringat mata pelajaran Geografi tentang jenis-jenis awan. Yang masih diingat dalam kepala sehingga kini hanyalah jenis dan bentuk awan komulusnimbus saja. Itu pun disebabkan bentuknya yang tebal bergumpal dan biasanya dilihat pada sebelah petang. Kalau pagi membawa ke tengahari seperti sekarang ini, banyaklah bentuk awan. Bercampur awan tebal dan awan nipis. Wokey! Tinggalkan jendela itu. Kita ke dapur maya buat seketika. Apa agaknya sarapan pagi tadi yang sempat disediakan buat alas perut seisi keluarga?

Pagi ini Amie buat salad butterhead lettuce, tambah kubis ungu dan tomato ceri. Gaul dengan Kewpie Roasted Sesame Japanese Dressing. Rebus sekejap beberapa biji kentang dan kemudian panggang dalam air fryer. Pada masa yang sama panaskan sup cendawan, dan akhir sekali panggang roti ala-ala croutons.

Salad butterhead lettuce, kubis ungu & tomato ceri & Kewpie Roasted Sesama Japanese Dressing.

 

Gourmet potatoes rebus & kemudian panggang dalam air fryer.


Roti ala croutons tapi lupa nak bubuh serbuk keju parmesan sewaktu memanggang.





Sarapan pagi dah siap, tapi ada tambahan lain mengikut selera masing-masing. Abang Farid sudah tentunya nak makan croutons dengan sup cemdawan. Amie sempat panaskan satu tin sup cendawan dengan kentang untuknya.



Encik Suami pula, tak suka makan tomato ceri dalam salad. Dimintanya Amie gantikan  tomato ceri dengan limau. Entah limau apa namanya. Dia panggang fillet salmon dalam air fryer. Kita pun tolong susun pilihan sarapannya dalam pinggan. Wah! Lengkap hidangan sarapan Encik Suami dengan karbohidrat, protein dan fiber. Encik Suami tambah semangkuk kecil sup cendawan dengan kentang. Laju jew dia makan sarapan. Sempat tolong cuci bekas makanan sarapan pagi dan kemudian terus keluar bekerja.


Cerita dari dapur sampai di sini saja. Kita sambung BDR. Petang nanti kena turun ke tempat kerja pula. Jadi hari ini kerja separuh-separuh. Sebelah pagi bekerja dari rumah. Sebelah petang bekerja di tempat kerja. 

Undur diri dulu buat seketika. Ceriakan hari anda dengan senyuman. Jumpa lagi.

13 ulasan:

mama tisya berkata... Reply To This Comment

potato rebus tu skali tgk mcm jambu air....sedap2 menu bfast tu..mmg mcm bfast ala2 kt hotel gtu

adianiez AIDA berkata... Reply To This Comment

sihat sungguh sarapan amie.
aida pagi ni sarapan sebungkus nasi lemak.
tu la dia makanan isi perut hingga ke ptg nanti.
tegok la air putih.
mlm baru makan dgn anak-anak :)

nohas berkata... Reply To This Comment

healthy foods..

Seri Kandi Di Tanah Jauhar berkata... Reply To This Comment

Sarapan pagi Amie tak pernah menghampakan, lagi2 yg ada fillet salmon tu, fuyohhh!

Syaz Rahim berkata... Reply To This Comment

hari2 makan sedap hasil tangan sendiri, kagum!

Kakmim berkata... Reply To This Comment

western sgt ni amie.. hehehe

nayfatimahrasyid berkata... Reply To This Comment

Sajian sihat👍👍

nayfatimahrasyid berkata... Reply To This Comment

Done follow #1417

SalbiahM berkata... Reply To This Comment

Bestnya. Saya breakfast bubur nasi Noxxa je. Mak demam so tumpang sekaki. Sup cendawan ngan garlic bread tu menu ahad lepas

Puan Hazel berkata... Reply To This Comment

Healthy food i like!

namakucella berkata... Reply To This Comment

Rajinnya cikgu.... Macam-macam ada

mamapp berkata... Reply To This Comment

Wow bestnya makanan.. menu yg sihat ni

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Hidangan yang sangat menyelerakan. Banyak sayur saya suka. hidangan hari hari macam ni pun sedap. healthy breakfast everyday gitu.