Selamat petang. Cuaca mendung dari pagi. Namun hujan tak junjung turun. Ikutkan mata memang nak lelap saja. Laporan BDR sudah siap hantar ke jabatan. Kerja-kerja semakan masih belum selesai, tapi tidaklah disiapkan sekali harung sampai ke malam. Buat berperingkat-peringkat. Esok dan lusa boleh sambung. Yang penting, mesti berada di stesen masing-masing. Sekarang boleh berehat, dan boleh keluar rumah.Sebentar lagi, 3:19 petang akan masuk...
Pernah dulu Amie kongsikan resipi lada. Orang Sabah panggil sambal kicap dan yang sewaktu dengannya itu sebagai 'lada' . Ada macam-macam jenis 'lada' yang biasa Amie jumpa di daerah LD. Versi lada yang lepas boleh lihat di sini : Lada.... Ya Cerita Lada di Negeri Sabah! Tidak lengkap rasanya kalau makan mee atau mee hoon goreng, atau mee hoon sup, atau bakso, sup tulang atau...
Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc
Pasta Spiral Goreng Berkrim
Layan selera anak-anak bujang dengan Pasta Spiral Goreng Berkrim.Pasta Spiral Goreng Berkrim (Keju & Herba)Bahan-bahan:120 gram pasta spiral - rebus dengan secubit garam hingga lembut - toskan1 tin (290gram) sos pasta berkrim Prego1 cawan hirisan dada ayam10 kuntum cendawan butang - belah 21 cawan hirisan brokoli1 cawan hirisan kobis bunga3 sudu besar minyak zaitun3 ulas bawang putih cincang1 labu bawang besar cincang1/2 sudu...
Seorang rakan sekerja, viralkan dalam group, petai baru turun dari pokok. Seikat RM10. Kalau saiz besar, 5 papan, kalau saiz agak kecil 6 papan. Boleh COD. Amie pun respon, berminat nak beli, tapi disebabkan lambat buka mesej, petai sudah habis dibeli oleh kawan-kawan yang lain. Kelmarin, katanya turun lagi petai dari pokok. Cepat-cepat Amie beli 3 ikat. RM30.Petai atau kacang pahit. 18 papan petai...
Jom minum air kelapa muda yang beraroma, kelapa pandan. Kalau minum di luar, paling murah dapat harga RM3.50 sen sebiji. Biasanya harga antara RM4-RM5 dan kadang-kadang mencecah sehingga RM7.Anak buah hantar 40 biji kelapa pandan. 5-6 tandan begitulah. Dalam setandan ada juga yang tak ada airnya. Ada yang sudah agak tebal isinya, dan ada yang sedang-sedang lembutnya.Ada yang suka tambah kiub ais. Ada...
Selamat berhujung minggu buat semua. Hari minggu bukanlah hari untuk bersenang-lenang berehat depan televisyen. Inilah hari paling sibuk dengan kerja-kerja rumah yang sedia menanti. Sangkaan Amie hari ini segala aktiviti yang dirancang berjalan lancar, tapi tergendala lebih awal... ahaks!Kelmarin petang., lebih kurang pukul 6 petang kami dapat arahan tugasan yang perlu disiapkan secara online. Selepas Maghrib, pukul 6 lebih terus menghadap komputer sehinggalah...
Kelmarin Amie ikut google meet yang dijadualkan bermula dari pukul 8 pagi, berakhir pada pukul 4 petang. Kenduri kesyukuran di rumah adik ipar bermula selepas solat Asar. Waktu solat Asar di LD pada pukul 3:19 petang. Jadi Amie tak dapat ikut ke kampung. Encik Suami dan anak-anak sahaja yang pergi ke kampung, sementara Fairuz tertidur di dalam bilik sebab keletihan pulang dari laut...
Selamat pagi semua. Selamat memulakan hujung minggu bersama keluarga tersayang. Jom jalan-jalan keliling rumah lihat tanam-tanaman di atas tanah sekangkang tikus. Pagi ini terpandang buah limau nipis merekah di bahagian bawahnya. Adakah isi limau terlalu padat atau kulit limau tidak mampu menampung isinya? Atau mungkin disebabkan hujan dan panas yang tidak menentu, maka cuaca turut mempengaruhi keadaan buah?Percikan air hujan dan renjisan air...