Petang kelmarin kami sempat keluar ke bandar walaupun hampir senja dan hujan pun masih turun renyai-renyai. Niat di hati nak cari sayur mayur, terutama sayuran kampung yang dijual di tepi pasar besar (macam2 ada di situ), tapi sebab hujan, tak adalah yang menjual di situ. Terpandanglah pula di sebuah gerai tepi laut, ada benda bergantung-gantung... rupanya petai. Ha... apalagi, bukan senang nak dapat...
Semasa blog walking pagi tadi, terserempak dengan resepi di rozzan blogspot.com Apa yang menarik saya temui ialah resepi masak lemak pucuk ubi dicampur dengan kacang hijau. Kebetulan hari ini saya sedang berkira-kira untuk masak lemak pucuk ubi. Minta halal dan minta izin pada tuan punya resepi, saya ambil satu saja...iaitu kacang hijau. Ha... hasilnya seperti di bawah ni... saya campur masak lemak pucuk...
Kelmarin petang tiba-tiba terpandang 3 biji avocado di dalam bungkusan plastik.... di mana saya dapat buah ni ya....beli di pasar Seri Perdana...bukan, di pasar Lahad Datu...pun bukan. Hmmm...saya imbas kembali beberapa hari yang lalu, ohh ... ya baru saya teringat, 5 malam yang lepas saya bersama suami keluar ke bandar untuk mengambil tempahan baju saya yang sudah siap di jahit. Dan kerana hujan...
Macam-macam rupa mee mamak...rasanya pun macam-macam juga. Dah banyak makan macam-macam rupa dan rasa mee mamak,baiklah saya cuba sendiri. Masaklah apa yang ada, potong-potong, campak dalam kuali. Gaul..... tuang itu tuang ini, pecahkan telur, kacau lagi. Siap. Bahan-bahan:500 gram mee kuning200 gram sotong (potong ikut suka)5 batang sosej udang (potong ikut suka)5 keping tauhu kering (potong ikut suka)3 batang sayur sawi2 biji telur2...
Acar rampai saya mudah saja. Sebab tak mahu pedas, saya tidak bubuh lada kisar. Sebaik-baiknya rendam dulu timun di dalam air kapur makan supaya rangup, tapi saya tak ada kapur. Inilah hasil acar rampai saya untuk hari ini, dan dimakan bersama nasi tomato... Bahan-bahan:1 biji timun (potong panjang)1 batang lobak (potong panjang)2 biji lada merah (belah 2)2 biji lada hijau (belah 2)15 biji...
Assalamualaikum semua....dan salam Ahad yang masih basah...hujan sepanjang waktu. Nampaknya tak bolehlah buat aktiviti luar rumah pada hari ini. Anak-anak pun sibuk bantu ayahnya mengemas kabinet dapur... maklum, segala lipas dan bertelur menetas, kenalah sekali-sekala buat 'operasi lipas' he he he... Oleh kerana musim sejuk (winter????).. yang dinginnya sampai menyucuk tulang, dan bersin pun mula kedengaran sekali-sekala, agaknya dah masuk angin sejuklah tu......
Saya memang 'kayu' bab kuih muih terutama kek. Memandangkan anak-anak suka makan kek coklat, saya cuba 'belajar' sikit-sikit. Memang banyak cara untuk membuat kek, tapi saya masih kaku dan untuk selamat saya pilih jalan beli adunan brownies kemudian saya hiaslah ikut suka hati saya. harap-harap selepas ini saya pandai buat kek sendiri. Bahan-bahan:510 gram low fat brownies mix3 biji telur gred A75 ml...
Hari Ahad datang lagi... wah..seronoknya bila semua dapat berkumpul terutama semasa menikmati sarapan pagi. Pagi ini saya sediakan keluarga roti telur dengan sup jagung campur udang. Sebenarnya saya mahu sediakan jagung kukus campur mayonis dan kismis tapi sekali lagi tangan dan mata saya 'tak betul.' Periuk pengukus sudah di atas dapur. Air kukusan sudah mendidih. Bila buka tin jagung, alamak... jagung krim pulak....
Hujan terus turun mencurah-curah... di kampung, di bandar, segenap penjuru daerah Lahad Datu. Biarpun hujan siang dan malam, perut pun perlu di isi.... anak-anak dah mula bising, asyik masak ikan berkuah2...dah bosan kata mereka. Bagus juga anak-anak beri isyarat begitu, jadi kenalah kreatif sedikit untuk masak. Kebetulan cuti sekolah (cuti tahun baru cina) seminggu penuh... ini yang syok ni... waktu beginilah boleh mengeratkan...
Kalau masak bab sos yang ada madu, lemon, plum dan sos thai memang sampai menjilat jari. Bukannya susah sangat nak masak cara begini sebab banyak bahan siap telah tersedia. Pilih saja di kedai, masaklah ikut suka...macam masakan saya di bawah ni he he... cuma saya tak goreng udang terlebih dahulu sebaliknya saya terus masak (sekali masak je..) sama juga rasanya... Bahan-bahan:400 gram udang...
Sebut tentang masak rendang, tentu terbayang rendang ayam, itik, rendang daging, rendang kerang atau rendang ale-ale serta beberapa jenis haiwan laut yang lain terutama yang bercengkerang. Kali ini saya cuba perkenalkan rendang sotong.... bagi yang dah biasa masak dan makan resepi begini, tentu tak jadi masalah untuk memasaknya. Adik-adik dan anak-anak remaja yang baru mengenali dunia masakan, sebenarnya kita mempunyai pelbagai jenis resepi......
Ada beberapa jenis sayuran yang terdapat dalam botol jeruk hong kong mixed ginger. Antaranya termasuklah lobak merah, pickles, cucumbers, leeks, red peppers, betik dan white melons. Jeruknya agak manis dan saya rasa sesuai sekali untuk dimasak bersama udang. Saya hanya menambah sedikit sos soya dan tak perlu masukkan sebarang perisa tambahan sebab jeruk sudah rasa manis dan sos soya rasa masin. Bahan-bahan: 400...
Kerja menumis ni kerja paling mudah... bahan asas tentulah bawang putih dan bawang merah. kalau nak tambah perencah lain, ikut suka masing-masinglah. Petang ini saya masak sayur campur kacang buncis dengan lobak tapi saya tambah dua lagi sayur yang perlu direndam terlebih dahulu supaya kembang iaitu white fungus dan jelly snow-fu. Bahan-bahan:12 biji kacang buncis (potong ikut suka)1/2 biji lobak merah (potong ikut...
Setelah siap masak ketam sos lemon, tiba-tiba saya teringat seorang kawan lama (waktu bujang dulu) suka mengajak saya datang ke rumahnya dan beberapa kali menghidangkan ketam rebus. Katanya, kalau nak makan ketam sepuas-puasnya, jangan masak dengan macam-macam cara, rebus saja dan ratah tanpa nasi. Betul...memang puas saya makan dengan cara begitu. Insya-Allah, selepas ini saya akan ikut saranannya, cuma mungkin rebus ketam dan...
Sebenarnya resepi gerut-gerut masak asam ni terlewat n3.... ni lauk kelmarin, tapi tak apalah, tak basi pun dalam gambar kan.... bukan apa, tak sempat nak n3 sebab mengantuk sangat. Agaknya sepanjang minggu ni setiap hari ada mesyuarat di tempat kerja, itu yang buat habis masa dan badan duduk statik atas kerusi.... apalagi hujan, ha... kepala pun asyik fikir bantal sajalah. Apa pun saya...
Petang tadi sempat juga saya masak sedikit mee udang... makan berdua dengan anak sulung. Si bongsu kekenyangan makan limau mandarin dan sedang menunggu janji untuk membawanya keluar malam ini. Okey... mee udang...tidaklah susah sangat untuk memasaknya. Yang penting bahan-bahan mesti berasaskan udang. Bukan sebab malas dan sebagainya, tapi sebab nak cepat,guna sajalah pes mee udang yang dah sedia ada...he he... Bahan-bahan:150 gram mee...
Selamat malam semua... malam ni agak lewat sedikit n3 sebab layan anak bongsu (janji untuk membawanya ke bandar membeli sesuatu...) Saya masak sambal goreng....Bahan asasnya betik tapi kenapa nama resepi sambal goreng pula.... tak dapatlah nak menjawabnya sebab memang sudah begitu namanya. Ini satu lagi resepi yang biasa dimasak oleh keluarga sebelah suami dan juga tidak ketinggalan sebagai salah satu menu semasa kenduri....
Salam semua.... petang ringkas saja. Lewat pulang dari kerja kerana ada sedikit tugas tambahan yang perlu disiapkan... anak bongsuku tertidur atas sofa dengan kasut sekolah yang belum ditanggalkan.... rupanya terlupa janjiku padanya hari ini untuk membawanya ke bandar membeli sesuatu ....... dan dia menanti kepulanganku di depan pintu hingga terlena...ohhh...maafkan mummy sayang......syukurlah, bila dipujuk, dia bersetuju untuk ke bandar esok (ohh...esok ada mesyuarat pulak...) Dia meneruskan...
Rasanya jarang benar anak-anak zaman sekarang menyebut kuih jemput-jemput atau cekodok.... maklum, kuih ni kuih orang kampung... Dulu, macam-macam jenis jemput-jemput yang bonda buat. Campur pisang, campur kelapa parut, campur udang, dan yang paling dikenang sampai sekarang tentulah jemput-jemput ikan bilis. Saya masih ingat, kami adik beradik akan membandingkan bentuk kuih jemput-jemput di tangan masing-masing. Ada yang seperti bentuk rama-rama, kepala arnab dan...
Ada sebelah kepala ikan kaci tertinggal belum dimasak .... nak buat apa ha... oohhh boleh buat sup campur dengan beberapa bahan lain...tapi resepinya ada sedikit-sedikit gaya tom yam sebab saya masukkan lengkuas, serai, cili api dan daun limau purut. Tak kisahlah.... yang penting bila ada kuah-kuah begini, saya namakan 'sup' sajalah... Bahan-bahan:sebelah kepala ikan kaci5 ketul ketam ball5 ketul prawn ball5 ketul fish...
Anak-anak dah menagih janji.... masak nasi lemak. Biasanya kena masak lebih sikit sebab anak-anak suka sangat makan, tak cukup sekali makan... jadi tak perlu masak untuk tengahari. Paling mereka suka tentulah sambalnya. Untuk memastikan sambal nasi lemak rasa lebih sedap, saya pastikan memasaknya sebelah malam sebelum tidur. Ini kerana apabila kita menghangatkannya pada keesokan pagi, segala bahan sudah cukup sebati dan meresap sepenuhnya....
Sambungan cerita nasi jagung dengan ayam masak merah.... tersalah buka tin jagung tu......ha ha.....setelah sebahagian air rebusan ayam digunakan untuk masak nasi jagung, dan nasi jagung sedang dikukus, sementara kuah ayam masak merah sedang menunggu masa menjadi pekat, saya didihkan kembali air rebusan ayam dan saya masukkan 1/2 cawan hirisan isi ayam. Bahan-bahan:1 tin jagung krim1/2 cawan hirisan isi ayam2 cawan air rebusan...
Selamat malam semua.... hari ini Sabtu, esok Ahad... hari untuk bersama keluarga. Hari ini anak-anak ke sekolah untuk menghadiri kelas ganti sempena cuti Tahun Baru Cina nanti. Agaknya terlalu banyak makan limau mandarin, perut pun rasa semacam sejak dua tiga hari ini, tapi setelah minum setengah gelas 'eno' dan tidur seketika, rasa lega sedikit. Rasanya terlelap dalam seminit dua, tapi bila terjaga jam...
Biasanya kita masak ikan tenggiri segar tapi kali ini saya cuba masak ikan tenggiri kering. Oleh kerana ini merupakan kali pertama, tentulah banyak kekurangannya dan saya harap kali kedua dan seterusnya ada penambahbaikan dalam masakan sebegini. Bahan-bahan:sepotong ikan tenggiri kering (potong 4 - potong lebih kecil lebih baik)10 keping potongan nanas segar1 rumpun sawi pahit (potong-potong)1 cawan santan pekat15 biji cili padi (ditumbuk)5...
Anak-anak kata ikan kukus yang saya masak rasa pedas. Memang saya sengaja masak begitu. Orang lain masak 3 rasa, saya pun masak 3 rasa dengan cara saya sendiri. Oleh kerana saya renjiskan minyak bijan supaya ikan nampak berkilau-kilauan, aroma kukusannya keluar sampai ke ruang tamu.... anak-anak sangka saya buat nasi ayam sebab biasanya saya renjis minyak bijan juga ke atas ayam goreng atau...
Pagi tadi, sewaktu kelam kabut mencari kunci kereta (lupa letak), terpandang sesikat pisang masak dalam beg plastik di atas meja. Apa yang sempat saya fikirkan ialah, suami yang bawa dari kampung (suami dan anak-anak biasanya akan ke kampung untuk majlis baca yasin setiap hari Khamis malam Jumaat. Oleh sebab saya leka menonton filem Hindustan (Vivaah), tak perasan pula ada buah tangan yang dibawa....
Memang anak-anak tak akan menjamah masakan rebus saya... kecuali kuahnya. Anak kedua memang sudah berpesan, kalau mummy masak ikan, mesti masak sos! Mengenang permintaan anak saya ni, saya pun pandang-pandanglah apa bahan yang ada untuk dibuat sos. Biasanya menjelang pukul 6.15 petang anak dengan ayah sampai ke rumah... anak kedua sekolah di sidang petang, dan setiap kali pulang mesti terus ke dapur.... mummy...