Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika belek-belek folder, hendak edit gambar-gambar seterusnya untuk dijadikan entri, kita terpandang gambar sepotong kek. Apabila diingat-ingat semula, rupanya kami beli Blueberry Crepe Cake ini di Vanilla Mile Crepe di Suria Sabah Mall.
| Blueberry Crepe Cake |
Ketika itu sibuk melayan Firdaus makan-makan, dan makan aiskrim. Dan kemudian kami beli buah laici untuk dibawa ke Tuaran, tempat penginapan kami seterusnya.
Oleh kerana perut sudah kenyang, jadi tidak sempat jamah kek. Mungkin boleh dijadikan minum petang dalam bilik penginapan nanti.
Encik Suami masukkan kotak berisi Blueberry Crepe Cake tadi ke dalam mini peti sejuk di hotel.
Barangkali disebabkan peti sejuk tertutup rapat di dalam almari, jadi apabila tidak terpandang oleh mata kasar. itu yang buat terlupa untuk mengeluarkannya semula.
Kadang-kadang kita tak terfikir atau terlupa kewujudan mini peti sejuk yang tersorok / tersimpan di dalam almari sebegini.


