Singgah Kupi-Kupi di Madam Ina Cafe

12:30 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita ini sudah berlalu, pada hari Ahad lepas ketika dalam perjalanan puang dari Tawau ke Lahad Datu. Ame bersama Encik Suami singgah di sebuah kafe yang terletak di Simpang Empat, Kunak. Pada mulanya kami tercari-cari gerai sate, tetapi yang ada hanya gerai sayap ayam panggang. Apabila mata terpandang Madam Ina Cafe di sebelah kiri jalan berhampiran Restoran Samal Hijau, kita terus ajak Encik Suami singgah. Ketika itu jam sudah menunjukkan angka 6:30 petang, dan bermakna dalam tempoh 1 jam lebih kami akan sampai ke LD. Bolehlah singgah seketika di sini. Kupi-kupi dulu bah, bilang orang Sabah.


Encik Suami memesan cappucino. Katanya, supaya matanya segar ketika memandu. Sementara menunggu pesaan hidangan sampai, kita cuci-cuci mata dahulu dengan pemandangan warna kuning di dalam kafe.



Nampak sungguh tenang suasana di dalam cafe. Selain warna kuning yang membangkitkan keceriaan, susunan meja kerusinya juga kemas dan lantainya bersih. Semua pekerja memakai baju warna kuning disesuaikan dengan warna tema kafe ini. 





Kami sempat makan puding lapis india, nona manis dan talam pandan ketan hitam. Tidak lama kemudian sampailah hidangan yang kami pesan:
  • Kuetiaw Sizzling
  • Lamb Chop
  • Cappuccino
  • Mago Smoothie

Kuetiaw Sizzling

Mango Smoothie



Lamb Chop


Sumber : MADAM INA CAFE

Sumber: MADAM INA CAFE




Ketika kami sedang menjamu selera, datanglah berduyun-duyun pelanggan ke dalam kafe, dan ada yang naik ke tingkat atas. Menurut pekerja di kaunter, bayaran dikenakan sebanyak RM35 jika kita memilih untuk berada di tingkat atas. Sudah tentu ada yang special di sana.


Selesai makan, kami segera beredar.


Kami perlu menyambung perjalanan.


Sempat menoleh ke belakang sebelum menutup pintu kereta.

Secawan cappuccino panas yang dihirup, diharap dapat memberi tenaga dan kesegaran mata Encik Suami semasa memandu dalam perjalanan dari Kunak ke Lahad datu.

14 comments

  1. nampak eksklusif dengan warna kuning

    BalasPadam
  2. Tetlrang biji mata tengok warna kuning. Hehe. Ceria sungguh.

    BalasPadam
  3. Menarik konsep kedainya.. Citarasa zaman kini.

    BalasPadam
  4. Manarik cafenya ..
    Kuih lapis India tu apa baham dan rasanya..macam manarik tu cikgu

    BalasPadam
  5. kafenya kuning terang dan mangoe smoothinya alamak seger banget

    BalasPadam
  6. Madam Ina tentu peminat warna kuning. Warna begini, boleh menambah selera makan.

    BalasPadam
  7. Wahhh.. cerianya kafe ni.. saya suka tempat makan yang cerah macam ni.

    BalasPadam
  8. Curious pulak saya nak tau boleh dapat apa dengan bayaran extra RM35 tu. Ada karaoke kah?

    BalasPadam
  9. wahhhh serba kuning. mesti madam ina tu peminat warna kuning

    BalasPadam
  10. cerah mata hilang mengantuk tengok warna kuning
    puding lapis india kuih talam pandan ketan hitam tu kuih dari indonesia ke kak?

    BalasPadam
  11. sangat ceria warna cafe tu, kuning dia tu memang canti la kak. Cantik dalam kedai tu juga kak

    BalasPadam
  12. SA pun dah lama x kupi kupi la...kawan- kawan semua bz

    BalasPadam
  13. Terang dan ceria cafenya.. Terus segar mata melihat.. Owh ada bayaran ye untuk duduk diatas.. Apa agaknya yang istimewa dibahagian atas tu ye..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe