Hasil Karyaku Sepanjang Tahun 2022

3:25 PTG

Bismillahirrahmanirrahim. 
Bulan November sudah menghampiri penghujung. Rasanya Amie tidak mempunyai banyak masa untuk menulis entri seperti biasa, dan berkunjung ziarah ke rumah rakan-rakan maya. Kalau sehari tidak menulis, memang akan berterusan berhari-hari lamanya. Harap tidaklah sampai berminggu atau berbulan berehat!

Hari ini Amie kongsikan hasil penulisan sepanjang tahun 2022. Barangkali, Antologi Bahagia ke Jenjang Pelamin merupakan antologi ke 35 dan terakhir yang diterbitkan untuk tahun ini. Tidak pastilah, mungkin ada antologi lain yang Amie sertai akan sempat terbit juga.

Antologi Bahagia ke Jenjang Pelamin ini sedang dalam perjalanan dari pihak penerbit di Selangor ke Lahad Datu. Sebelum sampai, Amie screen shot layout untuk entri ini.



Tajuk Antologi Bahagia ke Jenjang Pelamin sudah tentu tidak lari dari kisah cinta, atau cinta selepas nikah dan yang seumpamanya. Apabila memikirkan kisah cinta, memang tepulah otak untuk memikirkannya sebab kita sudah tutup memori cinta untuk selama-lamanya.... ahaks! Bukan apa, penghayatan itu perlu untuk menghasilkan karya yang 'hidup'. Jadi, terpaksalah menjadi muda semula untuk merasai kembali perasaan itu!

Bagaimanapun penulis memang tidak boleh menipu diri sendiri, dan sedikit-sebanyak hasil karyanya sudah tentu ada tempias dari kisah hidupnya sendiri. Oleh itu, proses kreativiti sangat penting ketika menukang aksara! Akhirnya terhasillah cerpen Di Mana Hatiku.

Sedutan cerpen Di Mana Hatiku


Amie sebenarnya mula menulis sejak di Tingkatan Enam dan karya pertama tersiar di Majalah SALINA berjudul Sekuntum Bunga Kenangan. Sewaktu di universiti, pernah hantar pantun dan tersiar dalam ruangan Bisikan Hati. Juruhebah radio siarkan lagu Mahligai Syahdu, nyanyian Hattan. Pernah hantar sajak ke Berita Harian, dan tersiar di bawah judul Harga Sebuah Puisi. 
Tahun akhir di universiti, Amie menyertai pertandingan menulis novel remaja tetapi tidak menang. Bagaimana pun novel tersebut di terbitkan pada tahun 1991 oleh Marwillis Publisher. Selepas itu Amie terus menyepikan diri dari dunia penulisan kerana menumpukan perhatian terhadap kerjaya, membesarkan anak-anak dan sambung belajar.

Minat menulis tidak terhenti setakat itu sahaja. Pada tahun 2003 Amie menyertai Peraduan Menulis Novel Sempena 40 Tahun Sabah Merdeka Melalui Malaysia dan mendapat hadiah penghargaan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Novel tersebut bertajuk Teritip dan diterbitkan sebanyak dua kali pada tahun 2007 dan 2009 oleh DBP.

Sebuah cerpen Amie terbit dalam Majalah Tunas Cipta bertajuk Nasi Lemak Buah Bidara (2004) dan sebuah puisi bertajuk Cerita Ombak kepada Pantai tersiar dalam Daily Express (2003).

Begitulah perjalanan pena, sekejap tenggelam, sekejap timbul!

Pada 2021, Amie aktif mengikuti seminar dan bengkel penulisan secara maya. Amie menyertai antologi Kembara Hikmah, terbitan AID Conference.


Kemudian, Amie terus bangkit menghasilkan cerpen kanak-kanak setelah mengikuti bengkel penulisan cerpen kanak-kanak dan berguru dengan Tuan Nurimas SN. Sehingga kini, hasil karya Amie diterbitkan di beberapa buat syarikat seperti SYFE Management, SHE (Syahidah Hassan Enterprise), SNE (Sanggar Nurimas Enterprise), KISMy dan Wacana MBM.

Berikut Amie kongsikan antologi pelbagai genre sepeti cerpen, cerpen kanak-kanak, anekdot dan puisi yang telah diterbitkan sepanjang tahun 2022 untuk kenang-kenangan diri sendiri dan juga untuk tatapan anak cucu pada masa akan datang.

Cerpen Kanak-Kanak : Kembara di Borneo

Cerpen Kanak-Kanak: Permainan Alam Kanak-Kanakku, Makanan Tradisional yang Memikat Rasa & Kisah Datuk dan Nenekku.


Antologi Cerpen Kanak-Kanak: Dunia Keriangan Kanak-Kanak

Cerpen Remaja: Mengurai Impian

Antologi Cerpen : Rezeki Jalanan

Antologi Cerpen : Kawasan Kediamanku

Antologi Cerpen : Ukir Hasrat

Antologi Cerpen: Serpihan Pasrah


Antologi Cerpen : Bicara Rindu

Antologi Cerpen : Kalis Janji


Antologi Cerpen Seram : Seriau

Coretan Penutupan Penuh : Kisah kami yang Tak Terungkap
Anekdot Hikmah Aidil Fitri

Anekdot : Kasut

Anekdot Sayang Abah

Anekdot Seindah Penantian, Semanis Kelahiran

Siri Anekdot Menu Pilihan Hati:
Daun Pisang atau Surat Khabar?
Wah, banyaknya Lauk!
Roti Canai Kuah Banjir
Ikat Tepi atau Ikat Mati?


Antologi Anekdot : Corat-Coret Cinta Berputik
Eh, Ada Surat di Bawah Meja!
Aku Pinang Kau dengan Assigment
Oiii, Darah Manis!
Tiba-tiba Dah Halal!


Antologi Anekdot : Santuni Persahabatan
Kalau Ada Sumur di Ladang
Boleh Saya Menumpang Mandi
Kalau Ada Umur yang Panjang
Boleh Kita Berjumpa Lagi


Antologi Puisi Keistimewaan dan Keindahan Setempat
Sabah Suara Bayu di Puncak Biru

Antologi Puisi : Di Bawah Percikan Arunika

Antologi Pantun Enam Kerat : Yang Santun Yang Berjiwa


13 comments

  1. Aktif betul Puan Amie menulis.
    Tq kerana kongsi pengalaman untuk saya baca.

    BalasPadam
  2. Luar biasa. Rupanya Ami penulis hebat dan berbakat mulai dari univetsity.

    BalasPadam
  3. Tahniah Cikgu Amie. Salute. Walau sibuk dengan kerjaya dan keluarga masih sempat berkarya.

    BalasPadam
  4. Wah, Kak Amie ni mesti ada daya imaginasi yang tinggi, tu yg mampu menghasilkan banyak karya. Tahniah Kak Amie atas penerbitan setiap buku2 Kak Amie ni, kagumnya.

    BalasPadam
  5. 35 tu bukan sedikit tau. Tahniah kak. Eh, mana boleh tutup memori cinta, kena sentiasa create baru. Saya lainlah umur begini masih bujang, memang sudah lupa rasa tu macamana

    BalasPadam
  6. terbaik kak amie👍👍👍👍 dlm kesibukan harian masih sempat berkarya dan mencurah idea. teruskan menulis, kak!

    BalasPadam
  7. hebat sungguh akak..kagum saya dengan akak..

    BalasPadam
  8. tak terkira dgn 10 jari saya ni kak. tahniah dan teruskan berkarya ye kak

    BalasPadam
  9. Masyaa Allah...
    Hebatnya cikgu .
    Bukan kaleng-kaleng ni...Tahniah cikgu

    BalasPadam
  10. Tahniah Kak Amie, seronok tengok karya Kak Amie banyak

    BalasPadam
  11. Wah!! Banyaknya karya akak.. Tahniah kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga terus dikurniakan ilham untuk menghasilkan lebih banyak karya..

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe