Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (6) : Keledek & Jagung Rebus
3:38 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Amie kongsikan lagi gambar bekal sarapan pagi yang masih tersimpan di dalam folder. Mana tahu ada rakan-rakan yang berminat untuk kongsi idea. Ada gambar yang tak berapa jelas, dan berbayang disebabkan cahaya lampu di pagi hari. Maklumlah photographer amatur.
Paparan bekal sarapan pagi yang Amie kongsikan ini hanyalah ubi keledek dan jagung rebus. Orang LD panggil keledek dengan nama ubi manis atau ubi rambat. Bahan salad terdiri dari yumak dan romaine lettuce, ditambah telur rebus dan tomato ceri. Amie tambahkan kewpie roasted sesame dressing. Dua jenis buah yang Amie bawa iaitu buah betik dan hirisan buah rockmelon.
Oleh kerana Amie makan beberapa potong buah dan salad telur di awal pagi, perut rasa kenyang apalagi setelah ditambah minuman. Bekal selebihnya Amie makan waktu rehat dan tengahari.
Bekal Sarapan (6) |
- Keledek Madu + Keledek Merah + Jagung Rebus
- Salad : Yumak + Romaine Lettuce +Tomato Ceri +Telur Rebus
- Buah : Betik + Rockmelon
Ubi Keledek (Ubi Rambat @ Ubi Manis) & Jagung Rebus. |
Salad : Yumak + Romaine Lettuce, Tomato Ceri + Telur Rebus. |
Buah : Betik & Rockmelon |
17 comments
Perkongsian Kak Amie ni memang memberi inspirasi kpd sy, cuma perlaksanaannya je belum lagi :)
BalasPadamTeruskan berkongsi idea 🤗
In syaa Allah, akan terlaksana juga tu PH.
PadamTerima kash sokongan PH. Moga terus rajin bawa bekal sendiri.
Makan macam ni hari-hari, boleh kurus ni. Nasi, diganti dengan kentang atau keledek. Plant based diet. Hebat, Amie ni. Saya rasa, saya tak kuat macam ni. ^_^
BalasPadamDua tahun lepas memang makan ikut cara begini Nur. Memang turunlah berat badan tapi masih belum capai berat ideal. Tak apalah, yang penting ada penurunan, dan sentiasa sihat. Kalau kurus, itu kira bonus.
PadamSaya pun berangan esok nak bawa bekal keledek rebus..
BalasPadamYumak tu mengancam...
Hari-hari tunggu nak tengok bekal kreatif dan bekal sihat cikgu
Pada mulanya saya simpan saja gambar dalam HP. Entah macamana terfikir pula untuk share di blog. Moga ada manfaatnya, dan juga terus memotivasikan diri sendiri untuk istiqamah bawa bekal.
PadamKalau uncle tak kenyang ni.... huhu
BalasPadamMemang tak kenyang kalau makan sekali Uncle, kena kerap makan tapi makan sikit-sikit hihihiii.
PadamWak kalau bawa bekal mestilah ada nasi, lauk dan sayur
BalasPadamKalau untuk makan tengahari, saya bawa bekal nasi.
PadamYumak tu apa kak Amie?
BalasPadamSejenis salad, berdaun hijau.
PadamSedap plak tengok keledek tu...eh..rasa nak cuba makan la...bagus untuk diet jugak kan...
BalasPadamSedap keledek tu SA. Yang warna oren tu keledek madu. Manis.
PadamMeriah penuh warna bekal Kak Amie :)
BalasPadamKononnya hendak mencari aura ceria di pagi hari hihihiii.
PadamRajin pelbagaikan menu. Hari ini keledek pula.
BalasPadam