Mi Tarik Oat Goreng Pedas dengan Hati Ayam

4:58 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum ini selalu merenung me tarik oat jenama ARONA air tangan MAMA CELLA. Nampak berkilat-kilat mi tarik oat yang Mama Cella goreng dengan daging, dibuat sarapan pagi dan juga dibawa sebagai bekal ke tempat kerja. Nampaknya jangkitan mi tarik sudah menapak di dapur orang LD. Bermula dengan percubaan pertama, MI TARIK LABU GORENG YANG LEMBUT & KENYAL!, sekarang kita sudah beli mi tarik untuk kali ketiga! Buat sarapan pagi, dan bawa bekal ke tempat kerja.

Setakat ini, belum ada rezeki untuk bertemu dengan si ARONA. Hanya si Fat Boi saja yang ditemui di beberapa buah pasaraya sekitar LD. Kali ini Amie paparkan menu Mi Tarik Oat pula. Amie hendak hasil yang agak kering berbanding masakan Mi Tarik Labu Goreng beberapa hari lepas. Amie gunakan perencah cili kisar bersama udang kering. Kalau Mama Cella gunakan daging, Amie gunakan hati ayam. Tidak ada stok daging dalam peti sejuk.

Sekarang Amie rebus kesemua 300gram Mi Tarik Oat. Hasilnya memang banyak, dan boleh makan berulang kali. Encik Suami kata, cukuplah makan mi oat saja dan tak perlu masak nasi.

Mi Tarik Oat Goreng Pedas dengan Hati Ayam.

Mi Tarik Oat

Mi Tarik Oats Goreng Pedas dengan Hati Ayam

Gambar tak berapa jelas oleh bayang-bayang kerana tak ada kemahiran tentang teknik pencahayaan. Maklumlah, biasanya ambil gambar waktu siang, terang benderang oleh matahari, jadi jelaslah semua isi makanan yang kita fokus. 

Jom lihat resipi Mi Tarik Oat Goreng Pedas dengan Hati Ayam di bawah ini.

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus Mi Tarik Oat
  • 5 ketul hati ayam - potong 2
  • 1 pokok sawi - potong ikut citarasa - pisahkan batang dan daun
  • 4 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut dan tumbuk halus
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Cara memasak:
  1. Didihkan air secukupnya. Masukkan Mi Tarik Oats dan rebus sehingga lembut - anggaran 8-10 minit. Angkat da toskan. Bilas di bawah air paip yang mengalir.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga terbit aroma.
  3. Masukkan cili kering kisar, udang kering tumbuk dan hati ayam. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air. Biarkan sehingga hati ayam masak sempuna.
  4. Kemudian masukkan batang sayur sawi. Gaul seketika.
  5. Seterusnya masukkan Mi Tarik Oat bersama daun sawi.
  6. Tuangkan sos tiram dan tambahkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  7. Gaul rata, dan padamkan api dapur.


14 comments

  1. Dinda Ami luar biasa. Beragam masakan bisa dia buat. Saya jadi ngiler. Kapan ke Malaysia saya cari kamu tinggalnya di mana. Biar dicicip semua masakannya. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunda Nur, saya di Sabah. Bersebelahan dengan Kalimantan, berjiran dengan Nunukan dan Tarakan. Marilah datang. Dialu-alukan.

      Padam
  2. Gara-gara Mak Cella, terus naik sale mee oat haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni kena claim bayar kat pengeluar mee oats🤣🤣

      Padam
    2. Rupanya mi tarik jenis kering ni lama dah ada di pasaran. Cuma baru perasan sejak Mama Cella selalu masak.

      Padam
  3. Saya pula rasa nak kena cari brand fatboi ni.Nak juga rasa brand lain kot ada kelaian rasa dan kelainan harga🤭🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga kan Mama Cella. Cari ya, jangan tak cari.

      Padam
  4. Nampak sedapnyer
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  5. saya pun terpengaruh jugak ni. lama tak makan mi tarik. ingatkan kak Amie tarik sendiri mi nya

    BalasPadam
  6. Elok guna apa yang ada.
    Banyak itu sekali goreng mi tarik.

    BalasPadam
  7. apasal menggoda sangat mee goreng tu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe