Minggu lepas Encik Suami panggil Amie keluar rumah. Katanya ada buah kelapa muda untuk Amie. Firdaus angkat buah kelapa dari bonet kereta dan letakkan di depan pintu dapur. Oh! Buah kelapa rupanya, kata Amie.Agaknya pada masa yang sama Encik Suami ingin ambil kesempatan untuk tunjukkan bunga orkidnya yang mula mengeluarkan bunga. Nampak teruja sungguh Encik Suami. Maklumlah dari sejumlah 117 spesies bunga orkid...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-64. Moga Malaysia terus aman dan makmur.Bangun pagi tersenyum lebar melihat kiriman gambar dalam WhatsAap. Gambar ini diambil pada tahun 2019 sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62. Kemudian kami berempat sempat merayap ke Brunei Darul Salam.Senyum tambah lebar apabila Encik Suami ketuk pintu ajak sarapan pagi. Malam tadi tidur lewat sebab bergoogle meet dengan kawan-kawan. Amie minta jasa baik Abang Farid...
Asam Pedas Sotong! Tambah serai dan daun limau purut untuk timbulkan aroma. Masak sekejap saja, jangan lama-lama sebab nanti sotong jadi liat macam getah sekerap pulak. Asam Pedas Sotong.Hidangan tengahari Isnin:Nasi PutihAsam Pedas SotongIkan Cencaru KukusSup Bebola Daging dengan Sayur SawiSayap Ayam Goreng Tepung BESTARIUlam Lettuce & Terung GorengCili Kicap Bawang PutihIkan Cencaru Kukus.Amie nak makan nasi dengan ikan cencaru kukus cecah cili kicap...
Assalamualaikum. Teman-teman bloggers yang budiman. Sudilah kiranya like you tube Abang Farid di atas tu. Terima kasih daun keladi! Assalamualaikum. Teman-teman bloggers yang budiman. Sudilah kiranya like you tube Abang Farid di atas tu. Terima kasih daun keladi! ...
Sewaktu belek-belek gambar di HP untuk dipadam, terpandang gambar-gambar sewaktu kami makan-makan di kampung Encik Suami sempena Aidil Adha yang lalu. Biras Amie masak Coto Makassar tetapi ditambah pula dengan bahan-bahan soto ayam seperti pergedil kentang. Katanya, biarlah ikut suka nak campur makan yang mana. Yang pasti, kuahnya adalah kuah Coto Makassar!Biras kita keturunan Bugis. Kita pula keturunan Jawa. Apabila bahan Coto Makassar (Bugis)...
Bonda, kalau hendak makan, 'jemput' satu persatu anak-anak yang tidak ada di depan mata. Bonda sebut namanya. Entah kenapa. Sampai sekarang Amie tidak pernah tanya. Cuma, cuba fahamkan untuk diri sendiri sahaja. Mungkin Bonda rindu. Mungkin Bonda mahu merasakan anak-anak sentiasa ada bersama terutama sewaktu makan. Barangkali sekarang Bonda tidak lagi seru nama anak-anak seperti suatu waktu dahulu.Memang seronok, memang meriah dapat makan...
Malam tadi sudah berjanji akan bergotong-royong dengan Firdaus untuk buat Apam Puri Inti Kastard Durian buat minum petang. Siang malam budak kecil itu asyik ke hulu ke hilir membawa acuan karipap! Suka betul Firdaus dengan dunia masakan rupanya. Kita memang sentiasa beri peluang kepadanya untuk mencuba sesuatu perkara yang disukainya. Kalau tak pandai, kita beri bimbingan.Apam Puri Inti Kastard DurianAda yang panggil kuih...
Sepanjang pagi ini hujan turun renyai-renyai tanpa henti. Hati tersangat pedih mengenang teman-teman, satu demi satu tewas di tangan Covid-19. Terkini, salah seorang teman kembara telah kembali ke pangkuannya. Al-Fatihah buat arwah Suryani Ismail. Arwah bertarung dengan Covid-19 stage 4 dan 30 hari lamanya arwah ditidurkan di HUKM. Pada 28 Ogos 2021 pukul 12:30 malam Allah telah menjemputnya berpindah ke alam abadi.Sedih sangat...
Masak ikan cara rebus-rebus sahaja memang sedap. Terlebih sedap kalau dapat hirup kuahnya yang masih panas. Biasanya anak-anak mmemang kurang 'menyentuh' hidangan begini. Jadi, kenalah masak lain yang lebih 'kering' atau sedikit berkuah untuk mereka.Ikan Tudung Periuk Masak Rebus Kuning.Hidangan tengahari Sabtu:Nasi PutihIkan Tudung Periuk Masak Rebus KuningKerabu Pucuk Paku dengan TaugehAcar Mangga MudaKurma AyamIkan Alu-Alu Masak Taucu dengan TerungBuah Nanas & HoneydewMasakan...
Apabila Adik Wi kongsikan gambar-gambar membersihkan tanah pusaka bahagiannya, teringat pula kata-kata Bonda pada tahun 2019 sewaktu kami bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha. Ya, sudah 2 tahun berlalu tidak bertemu keluarga di Malaya disebabkan PKP. Kata Bonda : Bila nak tebang pokok kelapa sawit? Pokok sudah tua. Hasil dah tak banyak. Kakak itu hendak buat rumah sewa. Kakak ini hendak buat kedai. Adik...