Tak ada cerita menarik sangat pada hari ini. Pukul 9 pagi, terdengar suara Encik Suami bising-bising di luar rumah, diikuti suara Firdaus dan tawa Fairuz. Rupanya ada arnab masuk kawasan rumah kami, bermain-main di bawah pokok bunga. Kata Encik Suami, arnab ini sama seperti arnab yang pernah datang ke rumah kami pada 3 Mei 2020 lalu. Encik Suami kurung arnab tadi di dalam...
Mata tak boleh lelap pula malam ini. Agaknya terlalu banyak berehat, tenaga pun tak banyak digunakan. Biasanya kalau badan letih, letak kepala di bantal, terus terbang ke kayangan.... ahaks! Baiklah siapkan satu paparan resipi masakan. Amie kongsikan resipi tradisi masyarakat Kadazan Dusun iaitu Hinava Udang. Sebelum ini, Amie pernah kongsikan resepi tersebut di sini: Hinava Udang. Cara penyediaannya sangat ringkas dan mudah. Tak perlu...
Jumpa lagi. Kali ini Amie kongsikan lauk hidangan makan tengahari (sebenarnya hidangan berbuka puasa), yang dibawa ke petang. Sebahagian isi rumah berpuasa, sebahagiannya lagi tidak. Mereka sepakat mahu makan bersama waktu berbuka puasa. Oleh kerana Fuad memang suka makan ikan, jadi Amie pun masak menu ikan untuk hari ini. Amie masak Kengsom Ikan Siakap. Resepi kengsom ikan ada di sini : Resipi Sedap Keng...
Sewaktu belek-belek catatan lama, terpandang draf catatan yang belum diterbitkan. Rupanya cerita hari raya tahun 2019. Oleh kerana sudah lengkap dengan gambar, eloklah dijadikan paparan juga. Sebenarnya, waktu itu keluarga sebelah Encik Suami mengadakan jamuan hari raya di kampung. Masing-masing keluarga membawa hidangan untuk dinikmati bersama. Sudah tentulah sebahagian besar sanak saudara akan turut serta untuk memeriahkan majlis. Dalam perbincangan kumpulan WhatsAap keluarga,...