ADSENSE

Selasa, 4 Disember 2018

Sambal Udang dengan Terung Pipit & Sup Bakso Sayur Sawi

Assalamualaikum.
Malam ini Amie ingin kongsikan dua resepi mudah, hidangan tengahari.
Amie masak Sambal Udang dengan Terung Pipit, manakala Sup Bakso Sayur Sawi itu permintaan Encik Suami.

 Antara lauk yang dihidangkan, memang udang dahulu yang lesap dari piring!

Sup Bakso Sayur Sawi ini memang sedap , hirup kuah panas-panas!

Jom kita lihat resepi Sambal Udang dengan Terung Pipit di bawah ini.

Bahan-bahan:
15 ekor udang bunga saiz besar - bersihkan - buang kulit dan kepala - belah belakang - tarik kotorannya
1 cawan terung pipit - goreng sehingga layu - angkat dan toskan
1 labu bawang besar Holland - mayang kasar
1 sudu kecil peas asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
1 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut  (boleh gantikan dengan belacan)
1 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar Holland hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan bancuhan air asam jawa dan biarkan masak hingga mendidih.
3.Seterusnya masukkan udang. Gaul sebati dengan sambal tumis sehingga udang masak.
4. Kemudian masukkan terung pipit, garam/ gula / perasa pilihan secukupnya. Daul rata. Masak seketika dan kemudian padamkan api dapur.

Sekarang kita lihat pula resepi Sup Bakso Sayur Sawi kegemaran Encik Suami.

Bahan-bahan:
10 biji bakso
1 pokok sawi hijau - potog serong
1/2 batang lobak merah - buang kulit - potong bulat nipis
1/2 labu bawang besar - hiris
700 ml air
garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1/2 sudu kecil lada putih

Cara:
1. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
2. Masukkan bahan tumbuk, bawang besar dan bakso serta lobak merah. Biarkan masak sehingga bakso timbul.
3. Kemudian masukkan sayur sawi, dan perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya. 
4. Setelah sayur sawi berubah warna, padamkan api dapur.

2 ulasan:

Julia Johari berkata...

Dah lama tak makan terung pipit, dulu masa kecik suka kutip terung pipit pokok liar tumbuh dalam kebun abah...syok...mama selalu buat sambal cili, bila kunyah dgn nasi panas2 krup krap kurp krap...aduiii kecur ailio

mamapp berkata...

Sedap menyelerakan hidangannya ni.. boleh lah cbq nanti