ADSENSE

Sabtu, 22 Disember 2018

Ikan Tuna Goreng Bersos

Selamat bertemu kembali setelah seminggu dapur tak berasap!
Alhamudlillah, hari ini dapat hidangkan masakan ikan goreng bersos kegemaran Abang Farid. Malam tadi Abang Farid sampai ke LD, lebih kurang pukul 11 malam. Kami terbang bersama dari KLIA2 dan mendarat di Tawau. Encik Suami setia menanti bersama Fairuz dan Firdaus di lapangan terbang Tawau.
Rancangan kami, hujung tahun ini akan jalan-jalan ke Kota Kinabalu, tetapi Abang Farid kata dia nak berehat sahaja di rumah. Rasanya rindu sungguh Abang Farid dengan tempat kelahirannya. Sebaik sahaja kereta menghala ke pintu pagar rumah, terus dia bersuara berkali-kali: Wah! Seronoknya. Saya sudah sampai ke rumahku syurgaku!

Jom lihat resepi Ikan Tuna Goreng Bersos hidangan makan tengahari kami hari ini.

Bahan-bahan:
4 keping ikan tuna - lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis ABC
1 cawan air
3 sudu besar minyak

Bahan hiris:
1 labu bawang besar
1/2 biji capsicum merah - hiris panjang
1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
1 batang leek - hiris serong

Cara:
1. Goreng ikan tuna hingga masak. Ketepikan.
2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak gorengan ikan tadi di dalam kuali. Masukkan hirisan bawang besar, capsicum merah dan capsicum hijau. Kacau sekali dua.
3. Tuangkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos kicap ABC. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan goreng dan gaul rata.
5. Taburkan hirisan batang leek.
6. Padamkan api dapur.

Alhamdulillah.

2 ulasan:

Cik Matahariku berkata...

wahh..kalau anak-anak saya suka dengan masakan macam ni kak Amie..:)

Amie berkata...

Cik Matahariku,
kan..memang budak2 suka masakan begini. Nak masaknya pun senang.