ADSENSE

Ahad, 2 Disember 2018

Asam Pedas Kepala Ikan Tuna

Jom masak Asam Pedas Kepala Ikan Tuna.
Resepinya pun ringkas dan mudah untuk disedikan.
Tak banyak bahan yang digunakan, hanya bahan asas untuk masak asam pedas sahaja.

Anak-anak akan bising kalau dengar kita masak kepala ikan.
Apa yang nak dimakan?
Haaaa.... tambahlah sekeping bahagian isi ikan.

Jom kita lihat resepinya di bawah ini. Walaupun sudah ada beribu resepi asam pedas ikan di mana-mana blog dan you tube, tapi kita nak kongsi juga. Orang kata masakan asam pedas jarang orang tak suka, apa lagi merasa jemu. Jadi, kongsilah resepi yang sama banyak kali...hiks!

Bahan-bahan:
kepala ikan tuna dan sepotong isi ikan bahagian kepala - kepala ikan dibelah 2 - cuci bersih - toskan
5 biji kacang bendi - buang tampuk dan ekor
2 biji tomato - belah 25 pokok kesum
1 kuntum bunga kantan - belah 4
1 batang serai - diketuk
2 keping asam gelugor
4 sudu besar minyak
1 liter air
garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
1 sudu kecil belacan
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 cm kunyit
1 cm halia
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan asam gelugor, daun kesum, bunga kantan dan air. Biarkan  mendidih selama 5 minit.

3. Masukkan kepala ikan tuna bersama kacang bendi dan tomato.
4. Biarkan ikan tuna masak.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Padamkan api dapur.

Dah siap pun.
Mudah sahaja kan?

Ada petua supaya masakan asam pedas enak dinikmati!
Jangan tambah lauk lain dalam hidangan anda...ahaks!

Tiada ulasan: