ADSENSE

Isnin, 3 Disember 2018

Nasi Goreng Mackerel Sedap!

Seronok rasanya melayan bujang kenit Firdaus sarapan pagi.
Pagi ini Amie hidangkan Nasi Goreng Mackerel.
Mommy! Daus nak tambah lagi nasi goreng!
Dua pinggan nasi goreng menjadi santapannya pagi ini, setelah penat mewarna sementara menunggu Amie menyiapkan sarapan pagi untuknya.
Selepas makan nasi goreng, Firdaus menyambung hobinya mewarna lukisan. Pagi ini dia minta Amie cetakkan gambar Upin & Ipin dan juga Ultraman. Kelmarin dimintanya Amie cetakkan gambar dinasour dan Tom & Jerry, juga untuk diwarnakan. Sebenarnya Firdaus teruja menggunakan pelbagai jenis warna termasuk warna air kepunyaan Fairuz. Minggu lepas Fairuz menduduki peperiksaan Pendidikan Seni Visual, dan selepas peperiksaan tamat diletakkannya segala warna, berus dan tempat membancuh warna di atas meja di luar rumah. Apalagi! Sang adik pun terus menjadi pelukis!
Pagi ini Fairuz menduduki kertas peperiksaan Perniagaan pula.
Moga Fairuz dapat menjawab semua soalan dengan mudah.

 Nasi Goreng Mackerel yang enak sudah terhidang untuk alas perut sebelum memulakan aktiviti harian!

Inilah antara bahan yang Amie gunakan untuk memasak Nasi Goreng Mackerel. Amie sangkakan Encik Suami beli sardin dalam tin, rupanya Fried Mackerel in Chilli Sauce! Encik Suami memang rajin membeli beberapa jenis ikan tin tapi tin bersaiz kecil. Katanya, ikan dalam tin menjadi penyelamat kalau Amie sibuk tak sempat masak. Selain ikan mackerel dalam tin, Amie tambahkan satu paket perencah nasi goreng.

Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan seperti di bawah ini.

Bahan-bahan:
4 cawan nasi putih
1 tin kecil Fried Mackerel in Chilli Sauce - asingkan sos dan isi - lecek kasar ikan mackerel 
1 paket perencah Nasi Goreng Adabi
1 labu bawang besar Holland - cincang
3 batang kacang panjang - hiris kecil
1/2 batang lobak merah - potong dadu
1/2 cawan jagung tin
3 kuntum cendawan kering shiitake - rendam hingga lembut - hiris nipis
3 sudu besar minyak
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
5 tangkai cili  kering
1/2 sudu kecil belacan

Nampak sedap tak?

 Asingkan isi mackerel dengan sos seperti gambar atas dan bawah.

 Sos cili ini Amie tidak buang sebaliknya Amie campurkan dalam perencah nasi goreng.

Isi ikan mackerel yang dilecek kasar dengan garfu. Ikan ini memang sedia keras sedikit sebab namanya pun fried mackerel.

1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar Holland hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan perencah nasi goreng ADABI. kacau sebati.

4. Seterusnya masukkan lobak merah bersama hirisan cendawan shiitake kering.
5. Pada masa ini masukkan sos cili, kuah ikan mackerel goreng itu. Kacau sekali lagi dan biarkan masak sehingga kuah hampir kering.

 6. Masukkan pula hirisan kacang panjang dan jagung tin.  Gaul sebati.

7. Akhir sekali masukkan nasi putih diikuti dengan isi fried mackerel. 
8. Gaul rata, dan jika rasanya kurang memenuhi citarasa bolehlah tambahkan perasa seperti garam  dan sebagainya. Amie tambahkan satu sudu kecil Maggi Cukup Rasa.

Jom sarapan pagi!

Amie belanja gambar Firdaus (gambar petang kelmarin) dengan kertas lukisan yang sedang diwarnakan.

4 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

alahai sedap nya senang menolan sebab mackerel kan lembut licin tu pinggan kalau makan nasi goreng ni Mie kan

nor berkata...

salam

bagus firdaus boleh mewarna dengan elok dan satu arah .. selalunya budak lelaki baya firdaus colouring kurang teratur dan cermat..

Phong Hong berkata...

Amboi! Sedapnya, Amie! Mesti puas Firdaus makan. Kalau PH, hmmm... menambah-nambah. Nampak gaya, kena pergi beli mackerel lah ni...

Amie berkata...

Kak Noor,
betul kak...sedap, menambah2 dalam pinggan.

Nor,
oooo ye ke, saya pun tak perasan he heheee.

PH,
beli, jangan tak beli, dah masak nasi hantar sepinggan untuk saya tau.