Acar Timun Laut @ Acar Teripang dengan Timun Tikus
7:14 PTG
Selamat bertemu kembali.
Jemput makan Acar Timun Laut @ Acar Teripang.
Orang yang paling gembira dapat makan Acar Timun Laut tentulah Encik Suami!
Apalagi bila Amie tambahkan timun tikus dalam Acar Timun Laut ini.
Sebelum ini Amie pernah kongsikan resepi Timun Laut Masak Sos Tiram DI SINI. Dan gambar di atas ialah gambar timun laut yang sudah dibersihkan. Untuk resepi Acar Timun Laut, bolehlah lihat resepinya di bawah ini:
Bahan-bahan:
10 ekor timun laut @ teripang yang sudah dibersihkan
10 biji timun tikus - belah 4
1 biji mangga epal - cincang
1 kuntum bunga kantan - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
1 tangkai cili hijau - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
1/2 cawan perahan jus limau kasturi (boleh gantikan limau nipis atau cuka)
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar gula pasir
Cara:
1. Timun laut hendaklah direbus terlebih dahulu sehingga lembut. Kemudian dihiris nipis seperti gambar di atas.
Ini timun tikus. Mungkin ada yang tak pernah melihat buah timun tikus. Amie suka makan timun tikus...hiks! Waktu kecil dahulu, selalu berebut dengan adik-beradik kalau terjumpa buah timun tikus yang hidup liar di semak di dalam kebun.
Timun tikus tadi Amie belah 4. Encik Suami suka sangat makan acar ini sebab rasa timun tikus yang rangup selain rasa timun laut yang lembut kenyal.
Ini hirisan mangga epal. Ikut sukalah nak guna mangga jenis apa, asalkan memenuhi selera masing-masing.
Amie tambahkan hirisan bunga kantan untuk menaikkan aroma, hirisan bawang merah dan bawang besar serta cili merah dan cili hijau. Kalau suka pedas, boleh tambahkan hirisan cili padi.,
Amie suka gunakan jus limau kasturi atau jus limau nipis. Untuk lebih mudah, bolehlah gunakan cuka makan.
3. Tambahkan garam dan gula serta jus limau kasturi.
4. Gaul sebati dan biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dinikmati.
Rupa Acar Timun Laut selepas 15 minit digaul dengan bahan-bahan yang lain.
1 comments
Sama spesis kat langkawi tu ke timun laut ni
BalasPadam