ADSENSE

Isnin, 3 Disember 2018

Nasi Lemak Lobster

Selamat petang semua.
Sedang buat apa tu?
Tentulah sedang duduk membaca di dapur Amie...hiks!

Amie hidangkan Nasi Lemak Lobster.
Sebenarnya nak masak untuk sarapan pagi, tapi tertunda sehingga ke tengahari. Maka jadilah hidangan tengahari dan seterusnya membawa ke malam. 

Tidak ada yang istimewa atau terlebih menarik untuk resepi kali ini kecuali tambahan lauk nasi lemak iaitu lobster. Amie nak habiskan 3 ekor lobster dalam peti sejuk, jadi Amie goreng saja untuk dihidangkan bersama nasi lemak. Banyak resepi nasi lemak Amie telah kongsikan, dan sila buka 'tudung saji' di sebelah kiri untuk mencari resepi nasi lemak masakan Amie.

Seperti kebiasaannya, nasi lemak tetap ada rakan pengiringnya termasuklah sambal, telur rebus, ikan bilis dan kacang tanah goreng serta hirisan timun. Sambal yang Amie masak ini merupakan masakan sambal yang sangat disukai Encik Suami. Amie dapat resepi ini dalam buku buku masakan Eric Teo, iaitu Eric Teo's Simply Singaporean. Dan Amie pernah memasaknya di sini : NASI LEMAK SINGAPURA.
Istimewanya sambal yang diolah tidak sedikit pun menggunakan garam dan pes asam jawa! Rasa masin terbit dari penggunaan belacan dan udang kering. Selain itu, buah keras turut digunakan dan menjadikan sambal cepat pekat, dan kelihatan cantik.

Inilah resepi sambal udang kering yang sangat sedap itu! Jom kita lihat di bawah ini. Amie gunakan separuh dari jumlah bahan dalam resepi. Ingat ye, kalau nak cuba masak jangan bubuh garam! Tapi kalau memang dah kuat masin, bubuhlah ikut suka...hiks!

Sambal Chilli
(blend all together axcept dried shrimp and belacan)

Ingredients:
100g dried shrimp (blended)
200ml oil
50g belachan
40g garlic
100g onion
100g shallot
200g chilli paste
100g candlenut
200g sugar

Method:
1. Place oil in a large wok over medium heat.
2. Add belachan and fry till it dissolves into the oil.
3. Add dried shrimps and fry till fragrant. Add the rest of the blended ingredients and continue to fry for 20 minutes over low heat stirring from time to time.
4. Add sugar to taste.

Fairuz tak mahu makan lobster sebab malam ini dia menghadiri majlis perpisahan bersama guru kelas dan rakan-rakan sekelasnya di Seri Perdana. Katanya, mereka akan ber 'shell out'! 

Jemput makan.
Bismillah.

5 ulasan:

LiNa_Pg berkata...

Assalamualaikum kak amie
Tengok nasi lemak dengan sambal tu pun dah cukup sedap.Apa tah lagi digandingkan dengan Lobster super duper sedap la...Kalau kat Semenanjung ni mampu tengok ajer Lobster tu hahaa...

nor berkata...

salam

lobster buat sambal tumis pasti sedap sebab manis dari shell dan isi lobster tu cukup mengasikkan.

tak pun buat masak lemak campur belimbing

Etuza Etuza berkata...

Asalam..wow! mempersonakan sekali..inilah dia pesona makanan hidangan wanita dalam blog ini, hebat

Cik Matahariku berkata...

tak dapat saya bayangkan kesedapan makan nasi lemak dengan lobster tu..makan bertambah nampak gayanya kalau macam ni:)

mamapp berkata...

Fulamak meleleh air lout tgk lobster tu