ADSENSE

Isnin, 28 Februari 2011

Kuey Teow Goreng

Amie singgah sebentar di kedai beli  sebungkus roti, kononnya kalau rajin nak buat puding roti. Sedap kalau buat puding roti sendiri, dan rasa kenyang bila kita makan. Masuk dapur, lain pula ceritanya.... terpandang sebungkus kuey teow dengan seikat daun kucai dalam bakul di tepi tingkap..... alamak ni mesti gara-gara keletihan malam tadi sampai terlupa nak simpan semua bahan yang dibeli di dalam peti sejuk. Amie tengok daun kucai masih dalam keadaan elok, walaupun ada sedikit warna hijau kekuningan di hujungnya... akibat kena panaslah tu. Seperti biasa Amie keluarkan ikan untuk direndam, terpandang udang dan isi kerang. Ha.... terlupa niat asal nak buat puding roti, terus goreng kuey teow..... biasa saja cara masakannya. Nak kata ikut mana-mana buku resepi atau resepi orang lain, Amie tak buat rujukan kerana Amie dah biasa goreng kuey teow begini sejak zaman anak dara lagi dan memang suka sangat makan kuey teow terutama char kuey teow....tapi petang ni goreng biasa saja...


Bahan-bahan:
500 gram mee teow (cuci & toskan airnya)
15 ekor udang kertas (bersihkan & belah belakang)
1 cawan isi kerang
1 cawan taugeh (buang kulit kacang & ekor)
10 batang daun kucai (potong sepanjang 5cm)
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
4 sudu sos cili thai
2 sudu sos tomato
4 sudu sos soya
1 sudu serbuk pati ikan bilis
4 sudu minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan udang dan isi kerang. Gaul dan masak sehingga kulit udang berubah merah.
3. Masukkan kuey teow, disertai dengan sos cili thai, sos tomato dan sos soya. Kacau seketika.
4. Masukkan taugeh dan kucai serta taburkan serbuk pati ikan bilis. Balik-balikkan sebentar.
5. Kuey teow goreng siap untuk dihidangkan.
6. Jika suka, makan bersama lada jeruk.

4 ulasan:

Ayu berkata...

Assalam amie, sedapnya kuey teow goreng dah lama kita tak buat..kita suka kuey teow yang goreng basah..uish kecur dah ni..

Amie berkata...

kita pun suka kuey teow basah.... lain kali kita cuba buat yg basah, kita bagi kat ayu ye...

Nora Shahaira berkata...

nora kalo masak kue tiaw, guna bahan mana yang ada je..tak de spesifik..lauk telur pun jadi je..punyalah suka kan kue tiaw ni..huhu

Amie berkata...

nora, kalau di s'gor amie suka beli kuey teow goreng di pasar malam... rindu sangat kat pasar malam di sana sampai termimpi2...balik pun setahun sekali je hu hu