Terubuk Masin Kukus Cendawan Shiitake
3:34 PTGHmmm....rupa-rupanya hampir 2 bulan yang lalu, Amie beli lebih 7 jenis ikan kering di Pasar Tanjung di Tawau. Amie bungkus elok-elok dan simpan di bahagian bawah peti sejuk sehingga Amie terlupa untuk memasaknya, maklumlah ikan kering itu kan masin, taklah selalu kita makan. Pagi tadi bertemulah kembali dengan bungkusan -bungkusan kecil yang masih elok tidak terusik mengandungi keping-keping ikan kering keratang, talang, kurau, tenggiri, ikan kering yu, dan satu lagi....dibungkus istimewa sekali dan masih dalam keadaan lembap, itulah...ikan terubuk masin dari Sarawak, mesti disimpan dalam keadaan sejuk dan basah. Amie mesti masak, kalau tidak hari ini, bila lagi? Amie fikir bagus masak kukus, senang dan cepat. Dulu, memang selalu tengok bonda kukus ikan kering gelama atau kepala batu. Setelah nasi menjadi kering, bonda cuci ikan kering dan masukkan saja di atas nasi dan kemudian cepat-cepat bonda tutup periuk nasi. Ikan kering pun masak dengan wap nasi yang ditanak. Tapi Amie masak cara lain.... kukus juga cuma Amie tambah sedikit aksesori dan kukus dalam periuk pengukus, bukan atas nasi dalam rice cooker. Amie pun tidak dapat pastikan berapa lama terubuk kering ini akan habis dimakan, tapi Amie ambil keputusan kukus semuanya (seekor je pun.....), dan kalau tak habis makan boleh simpan dalam peti sejuk, esok lusa teringin makan, boleh panaskan kembali atas nasi seperti yang bonda buat dulu.
Inilah rupa terubuk masin kukus. Amie campur dengan cendawan shiitake sebab suka dengan aroma cendawan kering tu. Masyarakat Cina suka gunakan cendawan shiitake dalam masakan dan itulah sebabnya mereka sebut sebagai 'cendawan harum'. Semasa saya belajar di universiti dahulu, stiap kali cuti semester saya penuhi masa dengan bekerja sambilan dan kebetulan beberapa kali bekerja dengan majikan Cina Muslim. Dari situlah saya belajar mengenali cendawan ini. Mereka gunakan hanya beberapa kuntum cendawan ini dalam masakan. Biasanya mereka cuci dan rendam dahulu cendawan shiitake, dan air rendaman itu digunakan kembali sebagai sup atau dicampur dengan sedikit tepung jagung untuk menghasilkan sos. Melalui pembacaan Amie pula, cendawan shiitake dipercayai mujarab sebagai penawar masalah pernafasan dan melambatkan proses penuaan...awet muda kot...he he he.. Wokey, kita lihat bahan-bahan yang Amie gunakan dalam resepi terbaru Amie hari ini...
Bahan-bahan:
1 ekor terubuk masin
5 kuntum cendawan shiitake
3cm halia muda (hiris nipis)
1/2 labu bawang besar (mayang halus)
1/2 sudu pati asam jawa
1 sudu serbuk pati ikan bilis
1 sudu minyak jagung
Cara:
1. Rendam ikan masin 5-7 minit (Amie tak mahu masin sangat).
2. Rendam cendawan shiitake hingga kembang. (potong 2)
3. Gunakan 2 sudu air rendaman cendawan shiitake dan bancuh dengan pati asam jawa.
4. Letakkan ikan terubuk masin di atas dulang pengukus.
5. Susun halia dan bawang serta cendawan di atasnya.
6. Tuangkan bancuhan pati asam jawa dan taburkan serbuk pati ikan bilis.
7. Akhir sekali renjiskan minyak jagung ke atas ikan
7. Kukus sehingga masak.
4 comments
slm perkenalan amie.. lama tak dpt mkn terubuk masin ni.. byk resepi mskan amie yg sedap2.. nnti boleh kongsi2 rspi.. tq singgah blog akk
BalasPadamsory amie.. ainnur syamira tu ank dara akk.. dah termsuk dia punya pulak..hihihi
BalasPadamainnur & dZana.....makasih sudi dtg dapur amie, amie takde anak dara, semua terune belaka he he ...mmg jarang2 nak dpt terubuk masin sarawak ni, cara masaknya pun amie sesaja cuba2...
BalasPadamAssalam,
BalasPadamSaya copy & paste resepi serta gambar terubuk masin di Fanpage FB saya
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150534516360284.635374.324656380283&type=3&saved
p/s : Saya sertakan sekali link blog ini :)
Terima kasih