Salad Timur & Barat (Laut & Darat)
6:16 PTGDah puas makan salad dari barat, kerabu dari timur dan pelbagai rasa telah dicuba...kali ini ambil jalan tengah pula. Buat salad antara timur dan barat. Apa bendanya yang Amie buat tu sampai jauh-jauh benar pergi timur ke barat, barat ke timur, tak cukup bahan dari darat, bahan dari laut pun turut sama dicampur. Tengok sajalah rupa salad timur & barat di bawah ni ha....
Bahan-bahan:
1 biji mangga masak
1 biji epal hijau
1 biji limau sunkist
200 gram nanas masak
5 helai daun salad
1 biji lemon
7 helai daun selasih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu minyak zaiton
secubit garam
1 sudu madu
10 ekor udang kertas (buang kulit- belah belakang -celur)
Cara:
1. Potong ikut kegemaran masing-masing - epal, mangga, limau sunkist.nanas dan daun salad.
2. Masukkan dalam mangkuk bersama udang.
3. Tambah minyak zaiton, madu, garam, dan taburkan serbuk lada hitam serta masukkan daun selasih.
4. Perahkan jus lemon.
5. Boleh disimpan dalam peti sejuk terlebih dahulu tetapi kalau ingin makan begitu sahaja pun boleh.
2 comments
wah...bestnya....nak try buat la...lau xsedap nak suh awak buatkan bleh???
BalasPadamhe he...mesti sedap dik...semua bahan pun fresh2 belaka...
BalasPadam