ADSENSE

Sabtu, 5 Februari 2011

Ikan Pari Asam Rebus

Selalunya kalau ikan pari saya masak asam pedas. Tapi rasanya hari-hari asyik masak pedas.... ni nak masak rebus pulak...tapi masih pedas juga sebab masuk cili padi. Tak kisahlah, yang penting resepi menjadi dan siap sebelum senja menjelma.  Ada satu resepi masak ikan pari yang pernah saya baca lama dulu....tapi belum pernah buat. Ni...nak cuba, try, test ni... katanya ikan pari tu dikukus sampai masak lepas tu baru tuang bahan-bahan yang direbus. Yang saya masih ingat sampai sekarang...macam2 tumbuhan dimasukkan dalam masakan tu...tak tahulah kalau tumbuh2an yang saya masukkan ini masih belum mencukupi....kang nampak tumbuhan saja, ikan parinya entah ke mana....Nak tengoklah apa istimewanya resepi ini ye....


Bahan-bahan:
7 keping ikan pari (kukus hingga masak)
2 batang serai (diketuk)
2 tangkai daun kesum
5 helai daun limau purut
7 biji kacang bendi
7 biji cili padi (dipecahkan)
sedikit belacan
1 kuntum bunga kantan
2 keping asam gelugor
sedikit asam jawa
1 biji tomato
garam & perasa

Cara:
1. Didihkan 400ml air.
2. Masukkan semua bahan dan akhir sekali masukkan garam. Biarkan mendidih hingga masak.
3. Toskan air ikan pari yang dikukus.
4. Letakkan ikan pari kukus dalam mangkuk.
5. Tuangkan bahan yang dididihkan tadi.
6. Pari asam rebus sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: