Steamed Milkfish (Baulu Kukus)
9:06 PTGBalik kerja petang tadi, buka peti sejuk...nak tengok apa ikan yang sesuai untuk dijadikan hidangan malam ini. Tiba-tiba terpandang seekor ikan (mungkin suami beli), tapi suami belum balik kerja. Semalam tidak ada pula ikan nan seekor tu dalam peti sejuk. Tanya anak...(hari ini anak bongsu cuti sekolah sebab sambutan Cap Goh Meh), rupanya jiran sebelah bagi. Ooo....Alhamdulillah, rezeki Allah. Jiran inilah juga yang pernah hantar banyak kali ikan baulu yang sudah dipanggang, dan akhirnya menjadikan saya 'hantu baulu'. Memandangkan ikan baulu pemberian jiran Amie masih lagi 'fresh' terfikir pula untuk masak kukus. Kena masak cepat sedikit sebab perlu makan lebih awal kerana selepas Maghrib anak-anak dan suami pergi kampung untuk majlis bacaan Yasin. Akhirnya siap jugalah baulu kukus saya... tapi resepi ini ciptaan sendiri, kalau kebetulan sama dengan resepi orang lain, itu kira kebetulanlah.
Bahan-bahan:
500 gram ikan baulu
1 sudu sos ikan
5 keping snow jelly fu (rendam 20 minit)
100 gram brokoli
1/4 batang lobak (hiris halus)
3 cm halia muda (hiris halus)
4 biji bawang putih (hiris halus)
1/2 labu bawang besar (hiris halus)
Bahan untuk sos:
4 sudu sos plum with lime honey
2 sudu sos tiram masam manis
2 sudu sos cili thai
2 sudu sos soya
1 sudu tepung jagung
1 sudu serbuk pati ikan bilis
1 sudu serbuk lada hitam
100 ml air
Cara:
1. Susun snow jelly fu di atas dulang pengukus.
2.Letakkan ikan di atasnya.
3. Susun lobak dan halia, bawang putih dan bawang merah di atas ikan.
4. Renjiskan sos ikan di atasnya.
5. Kukus selama 20 minit dan pada minit ke 15, masukkan brokoli.
6. Sementara itu, campurkan kesemua bahan sos dan didihkan hingga pekat di dalam periuk.
7. Keluarkan ikan yang dikukus dan letak di atas pinggan.
8. Tuangkan sos di atasnya.
7. Jika ingin pedas, tabur hirisan cili padi.
Selamat mencuba.... dan kalau telinga berasap kerana tergigit cili, minum air panas suam.
3 comments
sedapnyer...lapar la pulak..hee~~
BalasPadamamie..ikan baulu tu..ikan apa?
BalasPadamnmpak sedap..nak cuba nie..
itu sebutan org sabah terutama masyarakat bugis, org filipina panggil bangos, dgr kata org indon panggil belanak sembawa, saya pun baru beberapa tahun belakangan ni makan sbb jiran bugis selalu bagi, ada saya tgk dlm internet org putih panggil milkfish, cubalah...ada sedikit bau / rasa ikan talapian & sikit2 siakap
BalasPadam