ADSENSE

Rabu, 2 Februari 2011

Ikan Bilis Goreng Petai

Habislah ikan bilis saya...si bongsu bagi kucingnya...sudahlah susu anlene kita pun dibagi kucing jugak.... apahal dengan bongsu saya ni, boleh katakan setiap hari ada saja kucing baru datang ke rumah. Kucing kurap pun ada. Berkali-kali si bongsu merayu untuk pelihara kucing-kucing tu. Saya benarkan tapi dengan syarat jangan bawa masuk rumah sebab dia sudah ada seekor kucing peliharaan. Takut bergaduh.... bercakar. Rajin pulak dia dengan si abang mandikan kucing-kucing tu....bukan habis ikan bilis & susu anlene, syambu mandian keluarga pun ikut kosong... he he.. sebelum habis sekilo ikan bilis yang saya beli di Tawau tempohari, baiklah saya masak dengan petai petang ni....


Bahan-bahan:
200 gram ikan bilis
2 papan petai (buang kulit)
7 biji cilipadi (hiris)
2 biji lada merah (hiris)
7 biji lada hijau (hiris)
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu teh pati asam jawa (bancuh dengan 25ml air)
1 sudu budu
1 sudu serbuk pati ikan bilis
minyak

Cara:
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Toskan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
3. Masukkan cilipadi,lada merah dan hijau.
4. Masukkan bancuhan pati asam jawa. Biarkan seketika.
5. Masukkan budu dan petai. Gaul.
6. Masukkan ikan bilis dan serbuk pati ikan bilis.
7. Gaul seketika dan angkat untuk dihidangkan.


Tiada ulasan: