Jus Tomato & Jus Epal Dengan Nanas
8:14 PTGSehari dua ni setiap kali masuk dapur...hidung tersumbat dengan bau nanas masak ranum. Tak tahu nak buat apa dengan nanas nan sebiji tu.... semalam tanya suami tentang paceri nanas. Respon baik darinya.... dia suka makan paceri nanas. Nanti saya masakkan paceri nanas tapi kalau dah sampai sebiji nanas seberat 1300 gram.... dibuat paceri, yang makan cuma kami berdua...ehh... tak boleh jadi. Baiklah saya bahagi 2. Separuh buat jus dan separuh lagi buat paceri. Tengok bahan lain yang boleh digandingkan dengan jus nanas...oooo ada lemon, epal...hmmm tomato..
Banyaknya khasiat nanas.....dalam bidang perubatan mengatakan jus nanas boleh mencuci tubuh, melawaskan kencing, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan macam-macam lagi. Tapi awas...nanas ni tajam... tak sesuai untukwanita hamil tapi baik untuk melancarkan perjalanan haid. Ada yang lebih menarik lagi tentang nanas ni tau.... katanya berkesan untuk menghilangkan lemak dan berupaya menguruskan badan.... he he he... dan satu lagi, katanya kalau banyak makan daging, makanlah pula nanas supaya pecah lemak-lemak tu... Saya buat 2 jenis campuran jus nanas. Yang di bawah ni jus tomato dengan nanas.
Ha...tu dia jus tomato dengan nanas... tomato sebenarnya banyak sangat kebaikkannya terutama untuk kulit...boleh melicinkan kulit tapi suka sangatkah kita makan tomato....ha ha ha... jom kita cuba amalkan minum ini yea... caranya mudah saja..
Bahan-bahan: (untuk 200ml jus)
200 gram nanas
1 biji tomato merah
1 sudu teh jus limau nipis
1 sudu gula pasir
Cara:
1. Kisar kesemua bahan di atas.
2. Tapis.
3. Masukkan ketulan ais.
(Saya belum masukkan ketulan ais dalam minuman tu...)
Dan seterusnya, saya sediakan juga jus epal dengan nanas seperti di bawah... ooohhh ada 2 gambar pulak... yang putih macam susu itulah jus epal dengan nanas...
Pasal epal pula...katanya epal berfungsi sebagai pengimbang lemak dan sesuailah untuk anak-anak yang gemar makan makanan segera. Saintis British pula mendapati jika seseorang mengunyah epal, ia membantu mengurangkan sakit gigi dan tatar yang menyelaputi gigi. Wah... di Jepun pula, kajian mendapati amalan mengupas buah epal...kupas pula dah...dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian... ooohhh segala nikmat kurniaan Ilahi tidak ternilai banyaknya kebaikan dan kelebihannya....Alhamdulillah. Jom kita lihat kreativiti mengadun jus buah-buahan ini...
Bahan-bahan: (untuk 350ml jus)
200 gram nanas
1 biji epal
100 ml susu cair
50 ml air
1 sudu teh madu
Cara:
1. Kisar semua bahan di atas.
2. Tapis.
3. Masukkan ketulan ais.
4. Hidangkan.
0 comments