Shang Pin Chin Bu Tang
9:32 PTGSaya selalu korek cerita tentang sup dan herba daripada rakan-rakan keturunan Cina. Kata mereka herba.......to revitalize energy and build up a stronger constitution...hmmmm... teringat arwah ayah kuat makan jamu... sihat sepanjang masa, tapi saya tak pasti jamu apa yang dimakan atau diminumnya. Tapi memang biasalah tengok ayah rebus herba dalam periuk tanah liat. Tak tahulah jamu atau herba apa... Maklumlah, masa kecil dulu sepanjang waktu bersama, bila dah remaja tinggal di asrama sampailah masuk universiti dan bila berkahwin pula duduk berjauhan. Satu hal yang tak mungkin saya lupa ialah ayah kuat sangat minum halia.... jenuhlah saya buatkan air halia untuknya tapi sedikit pun saya tak mahu meminumnya. Entahlah.... sejak bila saya pun tak tahu, baru saya sedari yang saya ni rupanya penggemar teh halia... suka gunakan halia muda dalam masakan dan sebagainya. Agaknya itulah sebabnya saya sekeluarga jarang kembung perut atau masuk angin. He he... dah cerita halia pulak... petang tadi bonda pulak telefon saya, katanya dah 2 malam saya tak telefon. Bukan apa... talian telefon tak berapa jelas, hujan kot... Saja bonda nak tanya, katanya saya kena selesema...dah baik belum? Ohh... sudah ok. Terkejut bonda....cepatnya sembuh...saya masak sup ayam, guna herba cina. Bonda teringat kalau saya balik kampung, suka masak sup berjam-jam lamanya merenihkannya. Masuk akar teratailah, masukkan kurma merahlah dan macam-macamlah...tapi yang special sangat tentulah masuk seekor ayam kampung bulat2. Memang bonda banyak pelihara ayam kampung. Raya tahun lepas bonda bekalkan kami 7 ekor ayam kampung... masih beku walaupun masuk kargo kapal terbang. Manalah nak jumpa ayam kampung di sini..... kawan saya kata kalau nak masak sup ayam untuk redakan selesema, gunakan ayam betina...tak tahulah yang saya masak ni betina ke jantan, asalkan namanya ayam, masak sajalah...
Bahan-bahan:
1 ekor ayam sederhana besar
1 bungkus herba (shang pin chin bu tang)
1 liter air
garam
5 biji bawang putih (pecahkan)
3cm halia (ketuk)
Cara:
1. Panaskan 1 liter air dalam periuk.
2. Masukkan herba shang pin chin bu tang, bawang putih dan halia.
3. Masukkan ayam.
4. Masak hingga mendidih dan kemudian perlahankan api.
5. Tutup periuk dan renih selama 3 jam.
6. Sup ayam herba siap untuk dihidangkan - satu mangkuk setiap orang.
Anak-anak dan suami sangat menggemarinya kerana daging ayam yang lembut, herba yang harum dan enak dihidang semasa masih panas. Selamat mencuba!
3 comments
mn nk dptkan herba pin dagu butang tu kak? hehe
BalasPadamcari di kedai cina atau kedai ubat cina (singseh)... biasanya satu peket lengkap sehingga 7 jenis herba termasuk akar, buah goji, red dates dll
BalasPadamdi pasar raya pun byk...
BalasPadam