ADSENSE

Sabtu, 5 Februari 2011

Kek Pisang Kukus

Salam pagi Sabtu.... dah minum belum? Nampaknya pagi ini n3 kek pisang lagi lagi, bukan apa...pisang masih banyak.... ranum pula tu. Hari tu buat kek coklat pisang, kali ini kek pisang pula. Sebenarnya saya buat malam tadi.  Kukus tau.... jom makan sepotong dengan  secawan coffee plus....di luar masih dingin, maklum baru lepas hujan. Hmmm...kek pisang kukus ni....saya guna cara tradisional, tak timbang-timbang, guna cara bonda....pakai cawan je...



Bahan-bahan:
2 cawan tepung (saya guna tepung pau)
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan pisang lecek
3/4 cawan minyak jagung
1 sudu esen vanilla
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara:
1. Ayak dahulu bahan-bahan yang dicampur seperti tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
2. Pukul telur dan gula hingga kembang dengan menggunakan mixer.
3. Masukkan minyak dan terus pukul kemudian masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat.
4. Masukkan pisang dan esen vanilla.
5. Tuang adunan ke dalam loyang pengukus.
6. Ambil masa antara 35-40 minit untuk mengukus sehingga kek masak.

Tiada ulasan: