Sayap Ayam Sup Daun Selasih - Basil Lemon
3:33 PTGHari ini Sabtu, esok mestilah Ahad ye... hari pembersihan (gotong-royong keluarga kemas rumah termasuk dapur) dan sudah semestinyalah peti sejuk. Pagi ini, berkira-kira untuk menghabiskan stok bekalan yang tinggal sepotong dua tu, kumpul semua dan masaklah sekali harung...he he he...jadilah sayap ayam sup daun selasih... Sebenarnya, kami pernah makan nasi ayam penyet di Tawau (cerita dalam resepi Nasi Ayam Penyet), dan hingga hari ini masih terasa segarnya aroma daun selasih dalam supnya. Suami saya pun mengakui keenakannya. Bukan susah dik, gantikan saja daun sup yang biasa kita gunakan tu dengan daun selasih. Dan lagi satu, biasanya Amie masak sup ala masakan Cina, tak bubuh lada putih ataupun sebarang rempah, tapi hari ini teringin pula nak buat resepi sup sendiri. Bahan yang dimasak berasaskan sup Cina tapi tambah resepi Melayu....
Bahan-bahan:
5 keping sayap ayam (potong 2)
5 biji kentang (kupas & potong 2)
1/2 batang lobak (potong 5 keping)
1 kuntum white fungus (rendam hingga kembang dan carik-carik)
10 kuntum cendawan shiitake kecil (cuci dan rendam dengan 1 liter air bersih)
7 biji bawang putih (pecahkan)
1/2 labu bawang besar (hiris halus)
3cm halia muda (hiris halus)
1 sudu lada putih (tumbuk)
3 kuntum bunga lawang
5cm kulit kayu manis
1 sudu besar serbuk pati ayam
bawang goreng
2 tangkai daun selasih
Cara:
1. Didihkan air rendaman cendawan shi-take bersama bawang putih, bawang besar dan halia serta bunga lawang dan kulit kayu manis.
2. Masukkan sayap ayam, lobak, kentang dan cendawan shi-take.
3. Masukkan lada putih.
4. Apabila ayam & kentang telah empuk, masukkan white fungus dan serbuk pati ayam. Biarkan seketika.
6. Masukkan daun selasih dan tutup api.
5. Sayap ayam sup telah masak dan masukkan ke dalam mangkuk. Taburkan bawang goreng dan lebihan daun selasih di atasnya.
6. Nikmatinya semasa masih panas.
0 comments