Daging Sekilo Bawang Sekilo
10:36 PTGApasal la...pulak banyak bawang dari daging...apa cerita resepi saya kali ini...
Inilah namanya resepi 'daging sekilo bawang sekilo'... he he he tak tahu nak bagi nama apa. Ini semua kerana ada kenangan bersama tuan punya resei...yang juga tak tahu apa nama resepinya. Saya terlupa entah tahun bila resepi ini saya perolehi tapi seingat saya sekitar tahun 2000-an. Seorang rakan, Imelda Shahriah... sekarang bertugas di Gombak yang bertanggungjawab memperkenalkan resepi ini kepada kami. Oleh kerana bahannya mesti kalau daging sekilo, guna bawang sekilo... akhirnya kami beri nama resepi ini mengikut bahannya.
Bahan-bahan:
1 kg daging (potong kecil-kecil)
500ml santan cair
250ml santan pekat
1 kg bawang besar (potong kasar-kasar)
15 biji lada merah (potong nipis-nipis)
7 biji bawang putih (tumbuk)
3cm halia (tumbuk)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam & gula
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga layu.... lihat gambar di bawah....
4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
5. Kemudian masukkan 500ml santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali.
6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula.
7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah terbit minyak
8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit.
Hmmmm.... kenangan bersama kawan-kawan, selalu makan nasi himpit dengan resepi ini .... semuanya sudah terpisah-pisah....Siti Norzaharah berpindah ke Keningau, Imelda Shahriah pindah ke Gombak, Zaki Halim pindah ke Terengganu, Kak Aminah pindah ke Perak.... tinggal diriku bersama Susie... tapi akhirnya aku pun dipindahkan juga ke tempat lain..... hu hu hu tapi resepi ini tetap dalam kenangan!
5 comments
alright!! jadi pon.. hehe... no biggies kak...
BalasPadamsaye nk buat 200gm daging.. maknenye resipi saye name die 0.2kilo daging 0.2 kilo bawang..! :p heee...
bawang mahalkan kak skang.. ish2...
eh tp nk buat sikit sbb saye sorang je mkn.. :)
gitu le...ceritanya...tu sbb nama pun jadi gitu, tp kena sabar tunggu bawang hancur (2 jam lbh), bwg lunyai - daging pun empuk -
BalasPadamSedapnya!
BalasPadamoooo... lameeeenye.. hehe...
BalasPadam...masakan ni rasanya lain sikit sbb rasa bawang besar yg manis..bygkan sekilo bawang besar hancur jadi kuah, asalnya resepi ni kawan dapat dari neneknya di Melaka... lada merah pun potong saja, kalau blend lain kot rupanya bila dah masak.
BalasPadam