Lamb Curry
8:01 PTGSuami Amie kata hidangan petang (kami makan nasi sebelum pukul 6.00) hari ini seimbang kerana Amie masak kari kambing biri-biri serta dihidangkan bersama acar mentah. Maksudnya, hidangan berlemak digandingkan dengan acar yang mengandungi rasa masam. Macam biasalah, kalau masak kari, Amie memang suka yang pekat-pekat....
Bahan-bahan:
500 gram kepingan kambing biri-biri muda (potong ikut suka)
5 biji kentang (buang kulit dan belah 2)
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat.
7 biji bawang putih (cincang)
1 labu bawang besar (cincang)
3cm halia muda (cincang)
4 biji tomato (potong dadu)
4 sudu besar lada kisar
3 kuntum bunga lawang
5cm kulit kayu manis
1 sudu biji sawi
40 gram serbuk kari daging
1 sudu teh pati asam jawa (bancuh dengan sedikit santan cair)
beberapa helai daun kari
garam & gula @ perasa
4 sudu besar minyak jagung
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang putih dan bawang merah serta kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada kisar serta tomato. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan daun kari dan serbuk kari diikuti dengan bancuhan air asam jawa..
4. Masukkan kambing dan tumis sehingga daging menjadi layu.
4. Masukkan kentang dan santan cair. Masak sehingga kentang hampir empuk.
5. Masukkan santan pekat diikuti dengan garam dan perasa.
6. Biarkan kari kambing masak dengan sempurna dan tutup api setelah kentang & kambing empuk. (Biasanya kambing biri-biri tidak perlu mengambil masa yang lama untuk lembut)
7. Sedia untuk dihidangkan.
7 comments
wow sedapnya!!
BalasPadamhubby suka mkn ni..
sy follow ye
fara, tq follow me...kamb curry memang sedap...
BalasPadamassalam Amie, memang sedap dan menyelerakan....my hubby pun suka lamb curry ni...saya dulu tak suka lamb tapi sejak dh kahwin ni suka lak mkn..tapi memang sedap!
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamwaalaikumussalam nieza, samalah dgn saya...sebelum kawin tak makan lamb, dah kawin kena masak lamb di rumah mentua, lama2 suka lamb...
BalasPadamsalam amie, k.nor mintak izin ya, nak copy & save resipi ni.. berkenan lak kari2 pekat2 ni.. mekasih ya..
BalasPadamsilakan Kak Nor....dptlah kita beramal jariah melalui alam maya...terima kasih kembali kerana sudi 'copy' lamb curry yg tak seberapa ni..
BalasPadam