Oleh-Oleh Portugal di Tepi Sungai Tagus
12:19 PTG- Gunakan beg yang berzip dan disimpan di depan badan, bukan di belakang.
 - Elakkan simpan barang berharga di poket belakang seluar.
 - Apabila naik tram atau metro yang sangat sesak, pegang beg rapat ke badan.
 - Jangan lalai dengan telefon atau dompet semasa melihat peta atau menu di luar restoran kerana orang boleh menggunakan distraksi.
 - Simpan pasport, kad kredit tambahan di tempat selamat seperti beg dalam pakaian.
 
- Jual barang kecil sebagai kenangan untuk pelancong.
 - Harganya ada yang murah seperti keychain dan magnet dan ada juga yang mahal seperti kraf tangan asli dan pakaian.
 - Barang yang dijual biasanya menggambarkan budaya tempatan sebagai identiti negara.
 
- Di Portugal terdapat magnet azulejos iaitu jubin biru putih, patung Galo de Barcelos iaitu ayam jantan Portugal, produk gabus seperti beg, topi, dompet, azulejos kecil dan mini botol port wine. Bahan dan rekaannya lebih banyak gunakan gabus atau cork, kerana Portugal pengeluar terbesar bahan tersebut.
 - Di negara kita ada keychain wau, kain batik atau songket, kraftangan kayu, gula melaka, teh Sabah, minyak gamat, keropok ikan dan pelbagai macam lagi. Cendera mata kita lebih banyak gunakan kain seperti batik dan songket serta kayu dan rotan.
 
- Di Portugal, banyak gerai cenderamata tertumpu di kawasan pelancongan utama seperti Lisbon – Baixa, Belém, Alfama, Porto Ribeira dan bandar lama Algarve.
 - Di negara kita pula, biasanya di pasar malam, pasar tamu, pasar seni seperti Central Market Kuala Lumpur dan juga di Pasar Filipina Sabah.
 
- Di Portugal, harga lebih tetap dan kurang tawar-menawar, lebih boutique style walaupun di gerai kecil. Dengan kata lain : HARGA MATI!
 - Di negara kita, tawar-menawar lebih biasa, suasana lebih pasar, meriah dan mesra.
 
Kami tidaklah mempunyai banyak masa untuk membelek dan memilih cendera mata. Asalkan harga mampu bayar dan berkenan di mata terus rembat dan bayar. Kalau hendak berlama-lama memang kena tinggal bas! Namun begitu kena juga berhati-hati sebelum membeli sebab selalu terkena barang yang dibeli MADE IN CHINA!
- 
Banding harga dulu.
Jangan terus beli di gerai pertama. Kadang-kadang magnet atau keychain yang sama rekaannya boleh beza harga antara satu gerai dengan gerai lain. - 
Cari di luar kawasan paling popular.Di sekitar Belém dan Baixa (Lisbon), harga selalunya lebih mahal kerana ramai pelancong. Cuba masuk sedikit ke lorong-lorong kecil atau kawasan yang kurang sesak, harganya lebih mesra poket.
 - 
Beli dalam kuantiti.Ada peniaga yang beri diskaun kalau beli lebih daripada satu. Contohnya, 1 magnet €3 tapi kalau beli 4, hanya €10. Sesuai kalau hendak bagi oleh-oleh untuk kawan atau keluarga.
 - 
Pilih produk tempatan sebenar.Sesetengah souvenir murah sebenarnya dibuat di luar Portugal. Kalau hendak yang lebih asli, perhatikan label “Made in Portugal”. Walaupun sedikit mahal, kualitinya lebih tahan lama dan bernilai.
 - 
Jangan takut masuk kedai kecil.Selain gerai tepi sungai, kedai-kedai kecil di kawasan Alfama atau Bairro Alto kadang-kadang jual barang unik dengan harga lebih baik, termasuk hasil tangan tempatan.
 - 
Tetapkan bajet.Senang terjebak bila nampak semua barang cantik. Elok tetapkan bajet siap-siap, contohnya €20 untuk souvenir di satu-satu tempat.
 
| Pelbagai magnet azulejos, jubin biru putih yang cantik. | 
Harga cendera kenangan pula bergantung pada barang. Magnet dan keychain biasanya antara €2 hingga €5, manakala beg gabus boleh mencecah puluhan euro, bergantung pada kualiti. Berbeza dengan suasana pasar di negara kita yang meriah dan penuh tawar-menawar, di Lisbon harganya lebih tetap, walaupun senyuman mesra peniaga tetap ada.
Berjalan dari satu gerai ke gerai lain sambil menikmati pemandangan Sungai Tagus membuatkan pengalaman membeli souvenir di sini terasa lebih santai dan berharga. Setiap barang yang dibawa pulang bukan sekadar oleh-oleh, tapi juga secebis kenangan indah dari bumi Portugal.
24 comments
Banyaknya ole2. Rambang mata nak pilih tu. Beli fridge magnet boleh buat collection.
BalasPadamBanyak fridge magnet cantik di sini.
PadamKak ana tengok macam ala-ala Morocco pun ada design FM dan cap tu Amie, seronoknya shopping ole-ole kat sana , pelbagai pilihan dan cantik-cantik semuanya :)
BalasPadamYa AJ. Memang yang ala-ala Morocco tu ada kaitan dengan seni bina Islam, Tanah Andalusia di Sepanyol dan Portugal banyak mewarisi tamadun Islam.
PadamCantiknya barang2 cenderahati di Lisbon. Kalau saya kat situ rambang mata dibuatnya. Allahu... banyak tu RM10k lesap hari pertama pulak tu. Mesti hilang mood nak bercuti2 lepas tu.
BalasPadamKalai di gerai begini harganya rendah sedikit berbanding di kedai.
PadamItulah pengalaman pahit rakan rombongan kena copet.
Lisbon ibu negara portugal kan...sonok beli cenderadurja harga tetap berbaloi
BalasPadamYa, ibu negara Portugal.
Padamsukanya gambar mcm ni. nampak ala-ala vintage
BalasPadamYa, betul. Sedap mata memandang kan.
PadamSeronok sekali baca dan tengok pic2 menarik, tapi seram baca kehilangan duit, ya Allah di mana pun ada juga ya berperangai mencopek..hati2 sebenarnya datang ke negara orang..dan paling penting ingat Allah banyak2 ambil peluang besarkan Allah kerana kita melihat keajaiban suasana lain cipataan Allah di rantau orang..Kasihan juga hilang duit tu..mesti keluar air mata..
BalasPadamItulah, malang tidak berbau. Tour guide kami waktu di Itali kata penyeluk saku di sana ada 'Ph.D'. Maknanya sangat licik.
PadamBila travel dan malang tidak berbau buat hilang mood nak berjalan kan apa lagi bila kena pick pocket memang buat rasa nak pengsan kalau ianya dalam jumlah yang banyak. Semuga perjalanan amie semasa travel Allah lindungi daripada manusia yang berniat tidak baik.
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamBawa duit sekadar wang saku sahaja. Memang sudah jadi kegiatan ekonomi kerja-kerja seluk saku ni.
aduhaiiii tenguk sovenirs yang macam-macam serta buatan local ni emmm boleh rambang mata saya dibuatnya. Kalau budget besor mahu diborong semuanya. hehehehe
BalasPadamCantik kan.
PadamWarnanya menambat mata.
Mesti rambang mata datang sini tak tahu nak beli yang mana satu. Macam-macam adaaa.
BalasPadamAktiviti pickpocket ni seram betul dengar. Ingatkan negara luar tak ada. Rupanya banyak je. Selain dengar cerita di Paris, Brazil, sini pun tak ketinggalan juga ye. Kena extra hati-hati. Mujurlah Mbak Watie dah bagitahu siap-siap. Kejadian lalu mengajar kita untuk lebih berhati-hati.
Ooo ada nama lain juga ye Lisbon ni, Lisboa dan Lisbonne. Kalau tak cakap mesti dah fikir tempat yang berbeza.
Memang seram cerita penyeluk saku. Lebih teruk dari tempat kita. Dengarnya mereka pun pandai guna pukau!
Padamlawa2 betul barangan kat situ, especially magnet! warna warni sangat
BalasPadamYa, memang mata asyik memandang magnet saja!
PadamSaya tipe yg tak pandai menawar. Jadi kalo beli souvenirs begini, memanglah, tanya harga, kalau cocok, langsung beli. Tak masuk budget, oke byee 🤣.
BalasPadamBeda dengan suami saya kak. Dia paliiiiing suka menawar tahuuu 😅. Dia bilang macam tak ada tantangan kalo membeli tanpa bargain 🤣
Rasa nak beli semua kan kak rambang mata nengoknya..... tapi memang kene cek harga dulu kot ada yang murah kan... tp kalau masa ada lama memang boleh la berlama-lama, kalau nk cepat apa yg ada trs grab
BalasPadamTerklik lagi, saya nampak hebatkan awan berkelopak di langit cerah..terang benderang..seolah Lisbon happy ramai datang tengok panorama sana..taklah Lisbon sunyi..
BalasPadamkalau kak amie cakap portugis confirm dapat murah souvenir tu ;-) silap hari bulan dapat free terus hehehe
BalasPadambanyak juga pilihan yg ada... kalau sy ni ongkos je yg tak ada hahaha