Mentang-Mentanglah Pokok Lemon Sudah Berbuah!
7:47 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Dulu, kami tanam pokok lemon betul-betul tepi pintu dapur. Lima tahun tanam, tidak juga berbuah. Akhirnya Encik Suami tebang dengan alasan daunnya yang rimbun jadi sarang kerengga. Pedihnya rasa hati apabila pokok lemon kesayangan hilang dari pandangan mata!
Beberapa tahun lalu, kami beli benih limau (sangkaan kami pokok limau nipis) tetapi rupanya pokok lemon. Seronok sangat, sebab berbuah lebat dan inilah kali pertama dapat petik lemon yang ditanam di tepi tingkap rumah bahagian depan.
Teruja sangatlah dapat petik hasilnya. Tiada kerengga yang datang menumpang teduh di pokok lemon kali ini.
Encik Suami memang akan minum lemon panas setiap hari. Apabila gunakan lemon sendiri, sudah tentu rasa teruja sebab aromanya lebih segar! Amie tegur Encik Suami, kenapa hiris lemon tebal-tebal? Kalau kita minum di restoran, alahai...halus nipis betul hirisannya.
Jawab Encik Suami: Kita kan banyak lemon di pokok!
Ambooooiiii!
Secawan lemon panas. |
Oleh kerana lemon dari pokok sendiri bersaiz besar, jadi kenalah gunakan cawan mulut besar untuk buat minuman lemon panas.
Keratan rentas lemon yang baru dipetik. |
Inilah perbezaan lemon dari pokok dengan lemon yang dibeli. Nampak betul beza saiznya. Lemon dari pokok kami lebih besar.
Semoga terus rajin berbuah ya pokok lemonku sayang! |
2 comments
Suka lemon, boleh buat air lemon tea sendiri, wangi harum..
BalasPadamwah mantap tu, lemonnya lebih besar
BalasPadamMemang seperti itu jika baru pertama berbuah. lebih besar-besar.