Pesona Kek Lapis Sarawak - Sedap Sampai Lupa Kira Kalori!
11:50 PGBismillahirrahmanirrahim.
Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli!
Maka memboronglah kami dari petang sampai ke malam, mencari dan memilih-milih Kek Lapis Sarawak. Tempat yang kami singgah ialah:
- Kek Lapis Sarawak Siti Payung - Ground Floor Lot 1314, Miri Waterfront Commercial Centre, Miri
- Kek Lapis Sarawak - Permaisuri Imperial Mall
Melihat pelbagai jenis, warna dan aneka corak Kek Lapis Sarawak, bukan sahaja mata jadi rambang tapi sampai terjuling-juling hendak memilihnya!
Miri di waktu malam.
Miri di kala petang.
Waktu petang, kami menjamu mata dan melontar RM di Kek Lapis Sarawak Siti Payung. Siti Payung menawarkan lebih daripada 20–25 pilihan perisa dan corak, termasuk kek roll seperti:
- Chocolate Cheese Roll
- Strawberry Almond
- Oreo
- Durian
- Mint Chocolate
- Cadbury
- Pandan
- Blueberry Roll
- Masam Manis
- Hazelnut
- Mint Chocolate, dan pelbagai lagi.
Kek Lapis Sarawak biasa berharga sekitar RM18.00 manakala Kek Lapis Roll Premium RM28.00. Kek mampu bertahan selapa 7-10 hari suhu bilik, 3 bulan di chiller dan 6 bulan jika dibekukan.
Kek Lapis Roll |
Kek Lapis Biasa |
Siapa tak rasa seronok, dapat makan kek lapis pelbagai macam. Lepas itu memborong terus!
Tester- Pelbagai perisa Kek lapis Roll di Kek Lapis Sarawak Siti Payung. |
Menjelang malam kami ke Permaisuri Imperial Mall pula. Di sini kami dapat menghidu pelbagai aroma Kek Lapis Sarawak yang pelbagai. Sekali lagi kami melontar RM! Bukan mata sahaja yang semakin juling, kepala pun jadi pening hendak memilih yang mana satu idaman kalbu.
Kita jamu mata sajalah dengan gambar-gambar pelbagai jenis Kek Lapis Sarawak di bawah ini.
Yang hitam itu kek belacan.
Ya ampun!
Ada Kek Lumut.
Ada Kek Belacan!
Dalam sibuk-sibuk memborong Kek Lapis Sarawak, Nano tidak putus asa mencari tebaloi tapi tak juga ditemui! Nampaknya tidak ada rezeki Nano untuk makan tebaloi. Mungkin tebaloi tidak ada di Miri.
Google - Tebaloi |
2 comments
Kalori tu apa Kak Amie? Ahak 😆
BalasPadamKita yg tengok gambar pun juling sekali nampaknya. Mesti byk RM yang terbang ye Kak Amie hihi...
Kalori = Unit tenaga
Padam