Terbuka Selera dengan Laksa Kedah
8:20 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sejuk saja sepanjang hari ini. Mendung, hujan renyai-renyai membasahi bumi. Perut rasa lapar tapi tidak berselera untuk makan. Seorang rakan penoreh getah berasal dari Kedah jual laksa, sebungkus RM7.00. Katanya Laksa Kedah. Kita pun belilah sebungkus.
Balik rumah, panaskan kuahnya. Tekak yang mengada-ngada tidak mahu terima apa-apa makanan, tapi apabila terhidu bau kuah Laksa Kedah yang pekat, terus teringin untuk mencicipinya.
Laksa Kedah |
Kuah ikannya cukup rasa, dengan aroma daun kesum yang menggoda. Ada hirisan timun, daun salad, bawang besar, telur rebus, hirisan nanas dan cili. Selera terus terbuka seluas-luasnya! Hirup kuahnya yang panas, dan terus masuk sesudu laksa ke mulut. Alhamdulillah. Habis setengah mangkuk!
Selepas makan laksa, terus kupas mangga manila yang baru dikutip. Makan dua biji. Barangkali buah mangga manila di pokok semakin berkurangan kerana hampir ke penghujung musim. Hari ini dapat kutip tujuh biji. Alhamdulillah.
1 comments
Laksa Kedah dan laksa Penang sama tak yaa? Saya lihat bentuknya sama saja. Apalagi kuah ikan juga kan?
BalasPadam