Beef Taco - Mexican Taste ke Pasta Klasik Itali

6:11 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini mendung, redup sepanjang hari. Tengah hari tadi berangan hendak hirup kuah sup soto panas-panas. Sebaik sahaja sampai di hadapan restoran, tutuplah pula kedainya. Telan air liur sajalah. 

Akhirnya kami singgah di  kafe Bandar Seri Perdana. Kami memesan:

  • Beef Taco
  • Smoked Duck Aglio

Beef Taco


Ada tiga keping Beef Taco dalam satu set hidangan.

Beef Taco

Tortilanya lembut, tapi penuh menampung isi penuh aroma daging cincang dengan kombinasi jintan manis, paprika serta sayuran segar berupa lettuce, tomato potong dadu dan dilengkapi dengan keju cheddar cair. Gigitan pertama membuat lidah terus jatuh cinta.

Sayangnya, habis sekeping, perut mula rasa kenyang!
Terpaksalah minta tolong Encik Suami habiskan, tapi Encik Suami hanya mampu makan sekeping sahaja sebab perutnya sudah penuh dengan Smoked Duck Aglio!


Sayang pula tidak habis makan Beef Taco. Jadi, kita pun makanlah perlahan-lahan hingga piring jadi kosong!

Smoked Duck Aglio.

Smoked Duck Aglio ini sebenarnya mewah dengan rasa dari pasta klasik Itali Aglio e Olio. Aglio biasanya dihidangkan sederhana sahaja tetapi  apabila ditambah dengan itik salai, hidangan ini naik sahamnya... ahaks! Itik salai lembut berjus, ada rasa umami yang enak dan lemak yang seimbang dengan kesederhanaan pasta. Itik salai tidak terletak dalam bentuk kepingan sahaja tetapi sebahagiannya dicincang dan ditambah cendawan serta serbuk parsley yang harum.

Taburan keju parmesan di atas itik salai!


Melihat Encik Suami makan, kita pun jadi teringin pula. Cubalah sedikit dan apabila dimakan terasalah walapun hidangannya ringkas tapi seperti makan di kafe Eropah!

Minuman segelas besar, hirup berdua.

Sampai di rumah, kutip mangga manila. Ada empat biji semuanya.
Alhamdulillah.
Walaupun semakin berkurangan dari hari ke hari, namun tetap ada.

Mangga Manila

5 comments

  1. Sedapnya la semua menu tu. Terliur pulak tengok semua menu tu. Meny western memang sedap.

    BalasPadam
  2. lamanya tak makan taco. semua menu sedap sangat!

    BalasPadam
  3. Cara Kak Amie describe pasta AO tu membuatkan saya telan ailioq haha... Terasa sedap sungguh :)

    BalasPadam
  4. Pertama kali baca nama juadah ini..nama unik..macam2 nama makanan kan..terbaik gambar

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe