Jom Teka Jumlah Mangga Manila Lagi!
11:05 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu bersama tersayang. Semoga sepanjang hari ini ceria-ceria sahaja hendaknya. Untuk menambah seronok-seronok dan suka-suka pada hari ini, Amie adakan Jom Teka Jumlah Mangga Manila Lagi! Sebelum ini entri berkaitan teka jumlah mangga manila ada di sini:
Buah mangga manila dari pokok jiran belakang rumah sudah jarang gugur. Musimnya mula berakhir. Minggu lepas Amie kurang sihat, jadi buah mangga manila terbiar di bawah pokok. Inilah hasilnya setelah dua hari tidak dikutip.
Mangga Manila |
- Perhatikan buah mangga udang di dalam bekas nyiru di dalam gambar di atas.
- Sila kira berapa jumlahnya.
- Setelah yakin kiraan anda tepat, tuliskan jawapan di ruangan komen.
- Peluang menjawab hanya sekali sahaja.
- Jawapan paling cepat dan tepat dikira sebagai pemenang.
- Hanya seorang sahaja pemenang akan diberikan hadiah.
Penyertaan terbuka kepada semua rakan blogger, tetapi carian pemenang hanya dari blogger Malaysia sahaja. Hal ini disebabkan masalah pengeposan hadiah ke luar dari negara Malaysia. Dengan ini blogger luar negara boleh menyertainya tetapi tidak sebagai pemenangnya sekiranya dapat menjawab dengan cepat dan tepat.
Selamat meneka!
Semoga berjaya.
Semoga berjaya.
6 comments
20 biji mangga Amie.
BalasPadam21 biji
BalasPadam21 biji mangga
BalasPadamseronok meneka..petang Ahad cuti santai2 di rumah..
BalasPadam22 biji
BalasPadamHappy weekend kak Amie. Saya teka 22 biji.
BalasPadam